Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 92 – Al-Lail

VIDEO – [Durasi  05m 30s] -Surah No 92 – Al-Lail – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ak_O_ASekLo ]

سورة الليل
بسم الله الرحمن الرحيم

وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى (1) وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّى (2) وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَى (3) إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى (4) فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى (5) وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى (6) فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى (7) وَأَمَّا مَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَى (8) وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى (9) فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَى (10) وَمَا يُغْنِي عَنْهُ مَالُهُ إِذَا تَرَدَّى (11) إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَى (12) وَإِنَّ لَنَا لَلْآخِرَةَ وَالْأُولَى (13) فَأَنْذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّى (14) لَا يَصْلَاهَا إِلَّا الْأَشْقَى (15) الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّى (16) وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى (17) الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى (18) وَمَا لِأَحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى (19) إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى (20) وَلَسَوْفَ يَرْضَى (21)

TERJEMAHAN SURAH AL-LAIL

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),

(2) Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;

(3) Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); –

(4) Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

(5) Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), –

(6) Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,

(7) Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).

(8) Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, –

(9) Serta ia mendustakan perkara yang baik,

(10) Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

(11) Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?

(12) Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).

(13) Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.

(14) Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,

(15) Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, –

(16) Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.

(17) Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, –

(18) Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,

(19) Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,

(20) Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;

(21) Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Surah al-Lail adalah tentang perbedaan amalan di kalangan manusia

2. “Demi malam apabila ia menutup matahari”

3. “Demi siang apabila terang dan nampak matahari”

4. “Dan demi Allah taala yang menciptakan lelaki dan perempuan”

5. “Sesungguhnya usaha ikhtiar kamu adalah berbagai-bagai”

6. Amalan manusia adalah bermacam-macam, ada amalan (yang membawa) ke neraka dan ada amalan (yang membawa) ke syurga

7. “Adapun orang yang boleh “memberi” sesuatu kepada Allah, hatinya takut kepada Allah. Manakala aqidahnya pula membenarkan tauhid”

8. Maksudnya, amalan infaqnya adalah ikhlas, dan aqidahnya adalah tauhid

9. Maka Kami akan permudahkan kepadanya mengamalkan syariat yang membolehkannya selamat (ke syurga)

10. Adapun seorang lain yang bakhil dari menunaikan hak-hak yang wajib dilaksanakan, dia merasa sudah cukup dengan kekayaan dan kemewahan. Dan dia mendustakan tauhid

11. “Dan Kami akan memudahkannya kepada perkara-perkara yang menyusahkannya”

12. Iaitu perkara-perkara yang menyusahkan hidupnya di dunia dan perkara yang menyusahkannya selama-lamanya di akhirat nanti

13. “Hartanya yang ia bakhilkan tidak boleh menolongnya apabila dia terjatuh ke dalam neraka”

14. “Sesungguhnya adalah tanggungan Kami memberi kepada mereka petunjuk hidayah”

15. “Dan sesungguhnya Kamilah yang berkuasa di alam akhirat dan di dunia ini”

16. Dan milik (kekuasaan) Allah akhirat ( dalam balasan) dan dunia ini (dalam amalan)”

17. “Maka Aku memberi peringatan kepada kamu tentang api yang menyala-nyala”

18. “Tidak akan masuk (ke dalamnya) kecuali orang yang celaka”

19. “Yang berdusta di segi aqidah dan berpaling di segi amalannya (yang berpaling dari amalan soleh)”

20. “Akan dijauhkan neraka itu dari orang yang bertaqwa”

21. Orang yang memberi harta dengan ikhlas

22. “Orang yang memberi hartanya kerana ingin membersihkan jiwanya dan amalannya daripada kemurkaan (Allah)”

23. Kesempurnaan ikhlas adalah apabila harta diberi bukan kerana ingin membalas jasa seseorang). Mungkin kita memberi kerana seseorang itu pernah berbudi kepada kita, dan itu adalah. Tapi jika dinilai di segi keikhlasan, ianya belum lagi dikira sempurna

24. Apabila ditanya, “Kenapa kamu beri kepadanya?” Jawabnya, kerana dia telah berjasa kepada kami”. Ianya memang sunnah (digalakkan) tetapi di segi neraca keikhlasan, ianya dikira belum sempurna

25. Allah beritahu, “Dia bagi harta kerana dia ingin bebaskan dirinya dari dosa dan murka Allah”

26. Kerana amalan infaq ini adalah untuk mendapat redha Allah, bukan kerana yang lain dari Allah. Dia infaqkan hartanya bukan kerana untuk mendapat balasan, bukan kerana orang yang pernah berjasa kepadanya, bahkan kerana untuk mendapat redha Allah. Kerana inginkan Allah ampunkan dosanya. Bukan kerana jasa dan budi orang yang dibantu itu

27. “Kerana semata-mata untuk mendapat redha Allah yang tinggi”

28. “Nescaya dia akan berpuas hati dengan balasan dari Allah”

Leave a comment