Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 95 – At-Tiin

VIDEO – [Durasi  04m 01s] -Surah No 95 – At-Tiin – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/LiCMUx8kZbU ]

سورة التين
بسم الله الرحمن الرحيم

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ (1) وَطُورِ سِينِينَ (2) وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ (3) لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (6) فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ (7) أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ (8)

TERJEMAHAN SURAH AT-TIIN

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Demi buah Tiin dan Zaitun,

(2) Dan Gunung Tursina,

(3) Serta negeri (Makkah) yang aman ini, –

(4) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

(5) Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

(6) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

(7) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

(8) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Manusia dicipta oleh Allah dengan diberi aqal

2. Jika manusia tidak menggunakan aqal dengan betul, manusia akan dihinakan oleh Allah

3. Di dalam surah ini Allah menyebutkan tempat, tetapi yang dimaksudkan ialah “seseorang” yang berada di tempat tersebut.

4. Demi (tempat di mana banyak) pokok Tin, iaitu Nabi Ibrahim.

5. Dan demi (tempat di mana banyak) buah zaitun, iaitu Nabi Isa

6. Dan demi Bukit Thursina (tempat Nabi Musa)

7. Dan demi bumi Mekah yang aman ini (tempat Nabi Muhammad)

8. Mereka adalah manusia-manusia terpilih yang memiliki aqal yang waras. (Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w)

9. Di tempat-tempat perjuangan mereka inilah diketahui mereka telah menggunakan aqal mereka secara waras

10. Kewarasan aqal mereka dapat diketahui melalui tindak tanduk, kehidupan dan sejarah mereka di tempat-tempat ini

11. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia, sebaik-baik ciptaan, iaitu diberi aqal

12. Sekiranya manusia tidak boleh menjaga dan menggunakan aqalnya dengan betul, kami akan palingkan mereka menjadi makhluk yang paling rendah

13. Mereka akan jadi seperti binatang ternak atau lebih teruk dari itu

14. Bila dikatakan seperti “binatang ternak” ianya bukan bermaksud di segi tubuh badan, tetapi di segi aqal. Contohnya, bila kita kata bodoh seperti lembu, ianya tidak merujuk kepada badan, tetapi merujuk kepada aqal

15. Mereka ini seperti binatang ternak, tidak mempunyai aqal yang cerdik

16. Bahkan mereka lebih teruk daripada binatang ternak

17. Sekiranya manusia yang diberi aqal ini tidak menggunakannya sebagaimana sepatutnya, aqalnya menyanggahi neraca wahyu

18. Maka Kami akan palingkannya menjadi manusia yang paling buruk

19. Melainkan orang betul-betul beriman dan melakukan amal soleh

20. Mereka inilah yang beraqal waras

21. Apabila iman dan amal soleh berada pada seseorang, ini bermakna dia mempunyai aqal yang waras; dapat menimbang, menggunakan neraca dengan baik sehingga beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh

22. Bagi mereka pahala yang tidak putus-putus

23. Apakah yang menyebabkan mereka, selepas diberi kepada mereka aqal, boleh mendustakan (hari) pembalasan dari Allah taala?

24. Bukankah Allah taala sebaik-baik yang membuat keputusan?

Leave a comment