Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 96 – Al-‘Alaq

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 96 – Al-“Alaq- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة العلق
بسم الله الرحمن الرحيم

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5) كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَى (6) أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى (7) إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى (8) أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى (9) عَبْدًا إِذَا صَلَّى (10) أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَى الْهُدَى (11) أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى (12) أَرَأَيْتَ إِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى (13) أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى (14) كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ (15) نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ (16) فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ (17) سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ (18) كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ (19)

TERJEMAHAN SURAH AL-‘ALAQ

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

(2) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

(3) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, –

(4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, –

(5) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

(6) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

(7) Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

(8) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

(9) Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) –

(10) Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

(11) Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? –

(12) Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

(13) Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

(14) Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

(15) Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), –

(16) Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

(17) Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

(18) Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

(19) Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Sibukkanlah diri dalam men”tabligh”kan (menyampaikan) al-Quran untuk menjelaskan tentang tauhid

2. Lima ayat pertama dari surah ini adalah yang mula-mula turun kepada nabi s.a.w

3. Semasa ayat ini diturunkan nabi membaca bukan dari tulisan dan nabi tidak boleh membaca sehingga wafat

4. Maklumat bahawa nabi tidak boleh membaca ada dalam kitab Taurah dan Injil

5. Lambang nabi kita ialah “ummi” sebagaimana terdapat dalam kitab Taurat dan Injil. Sifat “ummi” nabi ini kekal sehingga wafat

6. Musuh Islam cuba menghilangkan fakta dalam Taurat dan Injil dengan mendakwa nabi pada akhirnya boleh menulis. Kalau kita bersetuju dengan perkara itu (nabi boleh menulis), maka orang Yahudi akan berkata, nabi kamu itu adalah nabi palsu kerana dalam kitab kami dinyatakan nabi itu “ummi”.

7. “Ummi” ialah lambang nabi kita
8. “Baca” dalam ayat ini bermaksud “baca” mengenai aqidah

9. “Bacalah (wahai Muhammad) dengan meminta bantuan berkat nama Rabb kamu yang telah menciptakan”.

10. Rabb yang mencipta semua makhluk.

11. Rabb merupakan sifat yang paling dikenali (tentang tuhan).

12. “Yang telah menciptakan manusia (sebagai makhluk terbaik) daripada segumpal darah”

13. “Bacalah! Rabb kamu adalah yang maha mulia”. “Bacalah! Rabb kamu adalah yang maha mulia, yang Maha Pemurah”

14. “Yang telah mengajar manusia rahsia qalam”

15. Dengan qalam (bila ia menulis), manusia boleh menangis, takut, ketawa, berdengki, berperang

16. Itulah rahsia qalam. Dengan hanya melalui tulisan sahaja manusia mengeluarkan air mata (kerana sedih), ketawa, takut. Itulah rahsia qalam. Dengan qalam, manusia boleh memahami

17. Dan Allah juga, mengajar manusia apa yang dia tidak tahu , walaupun tanpa perantaraan qalam

18. Inilah lima ayat pertama yang diturunkan kepada nabi s.a.w

19. Ayat-ayat al-Quran ini mengajar manusia untuk kenal Allah. Jangan selewengkan makna ayat-ayat ini

20. Ayat-ayat ini adalah supaya nabi mengenal Allah

21. Allah yangg Maha Mencipta dan memberi kepada manusia sesuatu yang istimewa

22. Supaya meresap ke dalam hati nabi tentang jasa-jasa Allah. Dan supaya nabi bersedia untuk menerima apa saja tunjuk ajar dan arahan dari Allah

23. Ada dalam ayat-ayat tadi lafaz “baca”. Ianya bukan bermaksud semata-mata “membaca” tetapi tidak kenal Allah

24. Nabi baca ayat ini sampai wafat tetapi dia tidak tahu membaca sampai akhir hayatnya. Maksudnya, ayat ini tidak memaksudkan semata-mata perbuatan “membaca”.

25. Bukan bermaksud nabi baca surah ini sehingga pandai membaca tulisannya.

26. Mungkin ada orang bertanya, kamu ajar ayat suruh orang membaca tetapi kamu sendiri tidak boleh membaca. Ini mungkin memberi isyarat bahawa al-Quran ini mempunyai kelemahan

27. Sebenarnya, melalui ayat ini, Allah ingn mengajar supaya mengenali Allah dengan mengenali sifatNya dan jasaNya kepada hamba

28. Bila manusia mengenali Allah melalui sifat-sifatNya, ciptaan dan jasaNya kepada kita, kita akan bersedia untuk ikut perintahNya

29. Begitulah, sebagaimana sesorang membalas jasa ibubapa yang memeliharanya. Kebiasaanya jika seseorang tidak dipelihara oleh ibubapanya, dia tidak akan ada keinginan untuk berbakti kepada orangtuanya

30. Jasa itui penting. Allah memberitahu bahawa, Dia maha mencipta. Dia ajar manusia, dan manusia pun tahu. Sifat “tahu” ini sebesar-besar nikmat yang ada pada manusia.

31. “Sesungguhnya, manusia itu sangat melampaui batas, hanya kerana dia merasakan dirinya sudah kaya (dan sudah cukup, tidak memerlukan kepada yang lain)”

32. “Sesungguhnya kepada Rabb kamulah kembali segala-galanya”

33. “Adakah kamu nampak seorang manusia yang menghalang dan melarang seorang hamba apabila dia sembahyang”

34. Ada orang yang larang buat maksiat, dan ada orang yang melarang seseorang dari menunaikan sembahyang

35. Dari riwayat disebutkan namanya Abu Jahal, yang melihat nabi sembahyang yang mana bercanggah dengan apa yang mereka lakukan, dia mengejek-ngejek dan melarang nabi dari melakukan sembahyang

36. Dalam satu peristiwa, ketika Abu Jahal ingin menghalang nabi sembahyang di Masjidil Haram, Allah menampakkan malaikat Jibril. Lalu Abu Jahal lari seperti kanak-kanak ketakutan. Bila ditanya, dia menjawab, “Aku nampak perkara yang tidak dilihat oleh kamu”

37. Apakah pandangan kamu jika orang yang bersembahyang atau mengingatkan orang lain supaya bertaqwa kepada Allah itu, berada di atas petunjuk?

38. Orang yang ditegah dari sembahyang itu berada di atas petunjuk, dia juga mengarahkan orang lain supaya menjadi baik dan bertakwa

39. Apakah pandangan kamu tentang seorang lain yang mendustakan wahyu, aqidahnya rosak, dia tidak melakukan amalan taqwa dan taat?

40. Tidakkah dia tahu bahawa Allah sedang melihatnya?

41. Sebenarnya, sekiranya dia tidak berhenti dari perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya itu. Nescaya Kami akan tarik ubun-ubun kepalanya. Ubun-ubun seorang yang betul-betul mendustakan lagi jahat

42. Biarkan dia panggil mereka yg berada dalam majlisnya. Kami akan panggil malaikat Zabaniah kami.

43. Janganlah kamu patuh kepadanya.

44. Sujudlah dan berusahalah untuk hampir kepada Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s