Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 97 – Al-Qadr

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 97 – Al-Qadr- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة القدر
بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5)

TERJEMAHAN SURAT AL-QADR

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

(3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

(4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

(5) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Agungnya wahyu sehinggakan malam yang diturunkan wahyu itupun dianggap besar dan agung

2. Di malam itu, ibadat dikira seperti seribu bulan.

3. Asalnya ianya adalah untuk memuliakan wahyu yang turun pada malam itu.

4. Malam itu menjadi agung kerana turunnya wahyu yang agung.

5. “Lailatul Qadr” diulang setiap tahun; ianya lebih baik daripada seribu bulan (atau 83 tahun, 4 bulan).

6. Ini adalah kerana sempena turunnya al-Quran yang mulia.

7. “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan wahyu (al-Quran) pada malam yang sangat mulia iaitu malam “Lailatul-Qadar” “.

8. “Tahukah kamu apa itu malam Qadr?”

9. “Malam al-Qadr adalah lebih baik dari seribu bulan” untuk ibadah seumpamanya (di masa-masa lain)

10. Lebih baik dari 1000 bulan untuk ibadah yang dibuat pada malam Lailatul Qadar berbanding dengan malam-malam lain

11. Pada malam itu jika kita melakukan ibadat akan diberi kelebihan seribu bulan.

12. Pada malam itu turun para malaikat termasuk malaikat Jibril, dengan izin Rabb Mereka, kerana membawa segala perkara dan “urusan”

13. Dinyatakan dalam sebuah tafsir bahawa “urusan” ini ialah kebaikan dan keberkatan dari Allah taala.

14. Malam itu sejahtera sehingga naik matahahri, iaitu malam itu dikekalkan sehingga habis waktu subuh

15. Waktu subuh ialah waktu siang;tetapi malam “Lailatul Qadr” kelebihannya sehingga terbit matahari, sehingga habis waktu subuh.

16. Inilah anugerah Allah pada kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s