VIDEO – [Durasi 04m 44s] -Surah No 98 – Al-Bayyinah – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/uRpzaeiSm7E ]
سورة البينة
بسم الله الرحمن الرحيم
لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنْفَكِّينَ حَتَّى تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ (1) رَسُولٌ مِنَ اللَّهِ يَتْلُو صُحُفًا مُطَهَّرَةً (2) فِيهَا كُتُبٌ قَيِّمَةٌ (3) وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَةُ (4) وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ (5) إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُولَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ (6) إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ (7) جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ (8)
TERJEMAHAN SURAH AL-BAYYINAH
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, –
(2) Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,
(3) Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
(4) Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
(5) Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(6) Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
(7) Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
(8) Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
===================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================
1. Surah ini menceritakan tentang kedegilan orang kafir Mekah dan kedegilan ahli kitab.
2. Orang ingkar di kalangan penduduk Mekah dan ahlul Kitab tidak akan meninggalkan agama mereka itu sehingga datang penjelasan (yang kukuh dan nyata) (tetapi ini hanya dakwaan mereka sahaja).
3. Ahli kitab menunggu-nunggu kelahiran nabi akhir zaman.
4. Begitu juga penduduk Mekah. Mereka berkata, “Sekiranya kami diberi kitab, pasti kami akan lebih terpimpin dari Yahudi dan Nasara”
5. Mereka seolah-olahnya sedang menunggu (nabi akhir zaman).
6. Inilah dakwaan-dakawaan mereka sebelum lahirnya nabi s.a.w
7. Mereka mendakwa tidak akan meninggalkan agama masing-masing (iaitu, Ibrahimi untuk orang Mekah, atau agama Yahudi atau Nasara) sehingga datang penjelasan yang sebenar (iaitu kelahiran nabi Muhammad]
8 “al-Bayyinah” bermaksud “Rasul dari Allah”.
9. Yang membaca kitab-kitab yang suci.
10. Di dalamnya ayat-ayat (surah-surah) yang sangat bernilai
11. Tetapi apabila datang wahyu sebenar yang dibawa oleh nabi yang ditunggu-tunggu, mereka tidak boleh menerimanya
12. Ayat-ayat sebelum ini hanyalah dakwaan mereka sahaja; manakala ayat-ayat selepas itu adalah apa yang sebenarnya berlaku
13. Yang berlaku ialah, “Dan tidak berpecah belah orang yg diberi kitab kecuali setelah datang kepada mereka itu penjelasan yang sebenar (sebahagian dari mereka betul-betul beriman dan sebahagiannya tidak)
14. Sedangkan mereka tidak diarahkan oleh Allah dalam kitab mereka (Taurat, Injil, Suhuf Ibrahim) kecuali sama seperti yang dibaca oleh Muhammad iaitu mereka tidak diarahkan oleh Allah taaal melainkan beribadat kepada Allah dengan setulus-tulus hati.
15. Tidak condong kepada ajaran lain kecuali hanya kepada amalan tauhid, mendirikan solat dan menunaikan zakat
16. Ketiga-tiga amalan ini (iaitu tauhid, solat dan zakat) dituntut di dalam kitab-kitab terdahulu (Suhuf Ibrahim, Taurat dan Injil)
17. Inilah teras dan asas kepada agama yang benar dan betul.
18. Sesungguhnya mereka yang ingkar dari kalangan ahli kitab dan musyrikin Mekah, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam dan mereka kekal di dalamnya.
19. Mereka yang bersikap seperti itu adalah sebodoh-bodoh makhluk (semoga Allah lindungi kita semua).
20. Bahawa mereka yang benar-benar beriman dan dapat melakukan amalan soleh; mereka adalah sebaik-baik makhluk
21. Balasan untuk mereka di sisi tuhan mereka ialah Syurga Adn, mengalir di bawahnya sungai-sungai.
22. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamamnya
23. Allah redha kepada mereka dan mereka amat berpuashati di atas pemberian (balasan) Allah
24. Segala-gala ini (iaitu syurga dan redha) adalah bagi mereka yang ada sifat takut dan gerun kepada Allah.
