VIDEO – [Durasi 02m 13s] -Surah No 99 – Az-Zalzalah – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/w0tDd_NFZo4 ]
سورة الزلزلة
بسم الله الرحمن الرحيم
إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا (2) وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا (3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5) يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (6) فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)
TERJEMAHAN SURAH AL-ZALZALAH
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
(2) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
(3) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
(4) Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
(5) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
(6) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
(7) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(8) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
===================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================
1. Intipati surah az-Zalzalah ialah ancaman di akhirat kepada orang degil di kalangan musyrikin
2. Apabila bergoncangnya bumi dengan sekuat-kuatnya pada tiupan sangkakala yang kedua, bumi pun keluarkan segala bebannya (orang yang mati, dihidupkan kembali)
3. Bila dibangkitkan semula, manusia bertanya dengan kehairanan, “Apa yang telah terjadi?”
4. Pada hari itu, bumi akan bercerita tentang berita-berita yang pernah berlaku padanya (dan ia menjadi saksi)
5. Rabb telah merintahkannya berlaku demkian (dengan cara yang tersendiri)
6. Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan berbagai-bagai keadaan (sebagai balasan)
7. Untuk diperlihatkan balasan terhadap amalan yang pernah mereka lakukan
8. Oleh itu perkara yang paling penting ialah amalan kita semasa di dunia.
9. Sesiapa yang dapat melakukan seberat zarah amal baik, dia akan dapat tengok balasannya
10. Dan sesiapa yang melakukan seberat zarah amalan buruk, dia akan dapat tengok balasannya
