Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 3 – Surah Ali-`Imran

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 1j 38m 08s ] – SURAH AALI ‘IMRAAN – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/NBJE4pFuxfU ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 3 – SURAH AALI ‘IMRAAN

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 02:05 – Mesej Utama

2- 04:42 – Zaman Diturunkan & Kelebihan Dan Fadhilat Surah Aali `Imraan

3- 08:13 – Perkaitan Surah Aali `Imraan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4 – 08:27 – (a) Di akhir Surah al Fatihah tersebut dua perkataan ini: الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ (orang-orang yang dimurkai) dan الضَّالِّينَ (orang-orang yang sesat).

(b) Di akhir Surah al Baqarah, Allah mengajar satu doa kepada orang-orang Islam, iaitu فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (tolonglah kami dalam menghadapi orang-orang kafir)

(c) Sebagaimana al Kitab yang disebutkan pada ayat kedua

(d) Dipermulaan Surah al Baqarah (lihat ayat ke 26)

(e) Didalam surah al Baqarah disebut tentang Nabi Adam yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi.

5- 46:06 – Ciri-Ciri Yang Dikongsi Bersama Oleh Surah Al-Baqarah Dan Surah Aali `Imraan

6- 48:00 – Beberapa Kata Kunci Terpenting Di Dalam Surah Aali `Imraan

7- 49:15 (a) Berkali-kali di dalam Surah Aali `Imraan ditegaskan bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. (b) Dua Bahagian Besar Surah Aali `Imraan Dan Struktur Makronya. (c) Struktur Makro Surah Aali `Imraan. (d) Mesej Utama Surah. (e) Empat Tema Utama Surah Aali `Imraan. (f) Hubungan antara Ahli Kitab dan orang-orang Islam. (g) Beberapa Hukum dan Perintah lain untuk orang Islam. (h) Sebab-sebab dan faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan sementara orang-orang Islam pada peperangan Uhud. (i) Peranan orang-orang munafiq dalam perang Uhud

SINOPSIS 
 
====================================
MESEJ UTAMA SURAH AALI ‘IMRAAN
====================================
 
Empat langkah perlu diambil untuk kemenangan Islam:
1. Dakwah kepada Ahli Kitab
2. Mengambil manfaat daripada kebaikan yang ada pada Ahli Kitab
3. Menjauhi keburukan yang ada pada ahli kitab
4 Kesatuan dan kesepakatan umat Islam di samping mereka diikat dengan pergerakan yang tersusun.
 
 
===============================================
KELEBIHAN DAN FADHILAT SURAH AALI ‘IMRAAN
===============================================
 
Hadith bermaksud, “Bacalah kamu al-Qur’an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa’at kepada orang-orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, (Surah) al-Baqarah dan Surah Aali ‘Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya” .
 
====================================
TEMA UTAMA SURAH AALI ‘IMRAAN
====================================
 
1. Manusia kadang-kadang boleh sesat meskipun ia menggunakan petunjuk dari Allah. Keadaan itu berlaku apabila ia menyalahgunakannya. Salah satu bentuk penyalahgunaan kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu apabila manusia meninggalkan ayat-ayat yang “muhkamaat” dan suka sangat mengharungi ayat-ayat “mutasyabihaat”. Umat Islam diajar supaya sentiasa berdoa, “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian”.
2. Dinyatakan kepada Ahli Kitab dengan terang bahawa agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam.
3. Umat Islam diberi gelaran “sebaik-baik umat”.
 
 
 

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 4 – Surah An-Nisa’

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 44m 35s ] – SURAH AN-NISAA’ – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/oaz7tZspcKo ]

SINOPSIS

==============================

MESEJ UTAMA SURAH AN-NISAA’

==============================

1. Menyampaikan dakwah Islam ke seluruh dunia, khususnya kepada Ahli Kitab dan orang-orang Kristian.

2. Perintah supaya orang-orang Islam bebas dari sifat nifaq; mereka hendaklah hidup dengan ajaran tauhid.

3. Perintah supaya melahirkan masyarakat yang kukuh bermula daripada keluarga hingga kepada sebuah negara.

==============================

TEMA UTAMA SURAH AN-NISAA’

==============================

1. Segala penyelesaian pertikaian yang berlaku dalam masyarakat mestilah berpandukan wahyu dan tidak boleh dibawa ke hadapan “thaghut”. Yang dimaksudkan dengan “thaghut” di sini ialah mahkamah-mahkamah bukan Islam (Ayat: 60).

2. Orang-orang Islam berperang dan berjihad di jalan Allah, orang-orang kafir pula berjuang demi “thaghut” . “Thaghut ” yang dimaksudkan di sini pula ialah gagasan dan ideologi.

3. Orang-orang lelaki dan perempuan diperintahkan supaya menjaga kehormatan diri.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 4 – an-Nisa’

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 2 – Surah Al-Baqarah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 1j 30m 54s ] – SURAH AL-BAQARAH – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/oSFLoTqsmdY ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 2 – SURAH AL-BAQARAH

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:59 – Mesej Utama

2- 10:00 – Zaman Diturunkan

3- 11:21 – Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Baqarah

4- 12:25 – Perkaitan Surah Al-Baqarah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 31:32 – Beberapa Kata Kunci Terpenting Di Dalam Surah Al-Baqarah

6- 35:20 – Struktur Makro Surah Al-Baqarah

7- 49:38 – Mesej Utama Surah

8- 51:40 – Bahagian Pertama Yang Merupakan Pendahuluan Bagi Surah Al-Baqarah

9- 44:02 – Kata Hikmat dalam bahasa Urdu

جو کہا نہیں وہ سنا کرو

جو سنا نہیں وہ کہا کرو

Jo suna nahi wo kaha karo

Jo kaha nahi wo suna karo

Kena biar boleh kata apa yang kita tidak pernah dengar

Kena biar boleh dengar apa yang orang tidak kata

SINOPSIS 

=================================

MESEJ UTAMA SURAH AL-BAQARAH

=================================

“PERUBAHAN KEPIMPINAN”

Mesej utama Surah al-Baqarah ialah mengisytiharkan penukaran kepimpinan. Kepimpinan Bani Israil bermula dari zaman Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf a.s. berterusan sehingga Nabi Muhammad s.a.w. dilantik menjadi nabi. Zaman kepimpinan dan kekuasaan mereka meliputi sekitar 2,500 tahun. Kerana sikap Bani Israil yang melampaui batas dan tindak-tanduk mereka yang sentiasa melanggar hukum-hukum ketentuan Allah, akhirnya setelah Nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul, pangkat mereka ditarik dan jawatan kepimpinan yang ada pada mereka dilucutkan. Kemudian pangkat “menjadi saksi atas perbuatan manusia” diberikan kepada umat Islam dan gelaran “umat yang adil dan terpilih” juga dikurniakan kepada mereka. Pangkat dan gelaran itu diberikan kepada umat Islam buat selama-lamanya hingga ke hari kiamat.

=================================

KEUTAMAAN SURAH AL-BAQARAH

================================

1. Hadith bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu jadikan rumah-rumahmu kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah”.

2. Hadith bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu bacalah surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya (tidak membacanya) menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir”. 

======================================================================

KELEBIHAN DAN FADHILAT AYAT AL-KURSI (SALAH SATU AYAT DALAM SURAH AL-BAQARAH)

======================================================================

Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas setiap sembahyang fardhu, niscaya tidak ada apa-apa lagi yang menghalangnya daripada masuk syurga selain mati”.

================================================================

KELEBIHAN DAN FADHILAT DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH ================================================================

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Maksudnya: “Dua ayat di akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada sesuatu malam, ia akan cukup untuknya (pada malam itu)”.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah  No. 1 – al-Fatihah & Surah No. 2 – al-Baqarah

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – (Sambungan) Surah No 2 – al-Baqarah