Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 3 – Surah Al-`Imran

VIDEO – SURAH AALI ‘IMRAAN – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 02:05 – Mesej Utama

2- 04:42 – Zaman Diturunkan & Kelebihan Dan Fadilat Surah Aali `Imraan

3- 08:13 – Perkaitan Surah Aali `Imraan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4 – 08:27 – (1) Diakhir Surah al Fatihah tersebut dua perkataan ini: الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ (orang-orang yang dimurkai) dan الضَّالِّينَ (orang-orang yang sesat). (2) Diakhir Surah al Baqarah, Allah mengajar satu doa kepada orang-orang Islam, iaitu فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (tolonglah kami dalam menghadapi orang-orang kafir) (3) Sebagaimana al Kitab yang disebutkan pada ayat kedua (4) Dipermulaan Surah al Baqarah (lihat ayat ke 26) (5) Didalam surah al Baqarah disebut tentang nabi Adam yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi.

5- 46:06 – Ciri-Ciri Yang Dikongsi Bersama Oleh Surah Al Baqarah Dan Surah Aali `Imraan

6- 48:00 – Beberapa Kata Kunci Terpenting Didalam Surah Aali `Imraan

7- 49:15 (1) Berkali-kali didalam Surah Aali `Imraan ditegaskan bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dua Bahagian Besar Surah Aali `Imraan Dan Struktur Makronya Struktur Makro Surah Aali `Imraan Mesej Utama Surah Empat Tema Utama Surah Aali `Imraan Hubungan antara Ahli Kitab dan orang-orang Islam Beberapa Hukum dan Perintah lain untuk orang Islam Sebab-sebab dan faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan sementara orang-orang Islam pada peperangan Uhud Peranan orang-orang munafiq dalam perang Uhud

SINOPSIS :
==============================
MESEJ UTAMA SURAH AALI ‘IMRAAN
==============================
Empat langkah perlu diambil untuk kemenangan Islam:
1. Dakwah kepada Ahli Kitab
2. Mengambil manfaat daripada kebaikan yang ada pada Ahli Kitab
3. Menjauhi keburukan yang ada pada ahli kitab
4 Kesatuan dan kesepakatan umat Islam disamping mereka diikat dengan pergerakan yang tersusun.
=========================================
KELEBIHAN DAN FADHILAT SURAH AALI ‘IMRAAN
=========================================
Hadith bermaksud, “Bacalah kamu al-Qur’an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa’at kepada orang-orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, (Surah) al-Baqarah dan Surah Aali ‘Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya” .
==============================
TEMA UTAMA SURAH AALI ‘IMRAAN
==============================
1. Manusia kadang-kadang boleh sesat meskipun ia menggunakan petunjuk dari Allah. Keadaan itu berlaku apabila ia menyalahgunakannya. Salah satu bentuk penyalahgunaan kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu apabila manusia meninggalkan ayat-ayat yang muhkamaat dan suka sangat mengharungi ayat-ayat mutasyabihaat. Umat Islam diajar supaya sentiasa berdoa, “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian”.
2. Dinyatakan kepada Ahli Kitab dengan terang bahawa agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam.
3. Umat Islam diberi gelaran “sebaik-baik umat”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s