Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 2 – Surah Al-Baqarah

VIDEO – SURAH AL-BAQARAH – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:59 – Mesej Utama

2- 10:00 – Zaman Diturunkan

3- 11:21 – Kelebihan Dan Fadilat Surah Al-Baqarah

4- 12:25 – Perkaitan Surah Al-Baqarah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 31:32 – Beberapa Kata Kunci Terpenting Didalam Surah Al-Baqarah

6- 35:20 – Struktur Makro Surah Al-Baqarah

7- 49:38 – Mesej Utama Surah

8- 51:40 – Bahagian Pertama Yang Merupakan Pendahuluan Bagi Surah Al-Baqarah

9- 44:02 – Kata Hikmat dalam bahasa Urdu

جو کہا نہیں وہ سنا کرو

جو سنا نہیں وہ کہا کرو

Jo suna nahi wo kaha karo

Jo kaha nahi wo suna karo

Kena biar boleh kata apa yang kita tidak pernah dengar

Kena biar boleh dengar apa yang orang tidak kata

SINOPSIS :

===========================

MESEJ UTAMA SURAH AL-BAQARAH

===========================

“PERUBAHAN KEPIMPINAN”

Mesej utama Surah al-Baqarah ialah mengisytiharkan penukaran kepimpinan. Kepimpinan Bani Israil bermula dari zaman Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf a.s. berterusan sehingga Nabi Muhammad s.a.w. dilantik menjadi nabi. Zaman kepimpinan dan kekuasaan mereka meliputi kira-kira 2,500 tahun. Kerana sikap Bani Israil yang melampaui batas dan tindak-tanduk mereka yang sentiasa melanggar hukum-hukum ketentuan Allah, akhirnya setelah Nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul, pangkat mereka ditarik dan jawatan kepimpinan yang ada pada mereka dilucutkan. Kemudian pangkat “menjadi saksi atas perbuatan manusia” diberikan kepada umat Islam dan gelaran “umat yang adil dan terpilih” juga dikurniakan kepada mereka. Pangkat dan gelaran itu diberikan kepada umat Islam buat selama-lamanya hingga ke hari kiamat.

==========================

KEUTAMAAN SURAH AL-BAQARAH

==========================

1. Hadis bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu jadikan rumah-rumahmu kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah”.

2. Hadis bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu bacalah surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya (tidak membacanya) menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir”. 

================================

KELEBIHAN DAN FADHILAT AYAT AL-KURSI

================================

Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas setiap sembahyang fardhu, niscaya tidak ada apa-apa lagi yang menghalangnya daripada masuk syurga selain mati”. ====================================================

KELEBIHAN DAN FADHILAT DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH ====================================================

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Maksudnya: “Dua ayat di akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada sesuatu malam, ia akan cukup untuknya (pada malam itu)”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s