Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 85 -Al-Buruuj

VIDEO – [Durasi  16m 59s] -Surah No 85 – Al-Buruuj – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Ey4ytJa3dGc ]

سورة الطارق
بسم الله الرحمن الرحيم

وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ (2) النَّجْمُ الثَّاقِبُ (3) إِنْ كُلُّ نَفْسٍ لَمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ (4) فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ (5) خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ (6) يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ (7) إِنَّهُ عَلَى رَجْعِهِ لَقَادِرٌ (8) يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ (9) فَمَا لَهُ مِنْ قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ (10) وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ (11) وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ (12) إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ (13) وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ (14) إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا (15) وَأَكِيدُ كَيْدًا (16) فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا (17)

TERJEMAHAN SURAH AL-BURUUJ

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Demi langit dan “At-Taariq”; –

(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu? –

(3) (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);

(4) Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

(5) (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

(6) Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) –

(7) Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan.

(8) Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

(9) Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),

(10) Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).

(11) Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,

(12) Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,

(13) Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),

(14) Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

(15) Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,

(16) Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

(17) Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Di akhirat nanti ada kumpulan malaikat yang menjaga amalan-amalan manusia. Amalan-amalan manusia itu dibawa oleh malaikat (sebagai bukti) beserta dengan saksi-saksi lain selain dari mereka (malaikat itu sendiri)

2. Sebagaimana kita tahu dari surah-surah sebelum ini, manusia akan membaca sendiri buku amalan mereka. Dalam Surah Bani Israil disebutkan, “Kamu baca sendiri amalan-amalan yang kamu buat. Cukuplah pada hari ini kamu yang baca (menjadi penghitung terhadap dirimu)”, engkau yang melakukannya maka engkau sendirilah yang membacanya

3. Buku-buku amalan ini dibawa datang (di hari pengadilan) oleh para malaikat. Malaikat-malaikat ini (iaitu malaikat pencatat amal) juga adalah sebagai saksi dan dibawa juga saksi-saksi lain iaitu diri manusia itu sendiri, bumi dan semua (yang terlibat).

4. “Demi langit dan bintang yang menjelma di malam hari”

5. “Tahukah kamu apa itu bintang “at-Taariq”?”. Makna “at-taariq” ialah apa yang muncul pada waktu malam hari. Yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah bintang; bintang (yang dari gelap) menembusi cahaya dan nampak jelas berbanding yang lain.

6. “Tidaklah setiap manusia kecuali ada padanya malaikat yang (dilantik khas untuk) menjaga (mencatit amal-amal mereka)”. Iaitu setiap manusia ada malaikat yang menjaganya, tidak terkecuali sesiapa pun. Malaikat inilah yang akan membawa dan membuka buku-buku amalannya

7. “Hendaklah setiap manusia perhatikan dari apa dia diciptakan oleh Allah”

8. Dengan berdalil dengan kudrat (penciptaan) Allah taala ini, ketahuilah bahawa akan ada kiamat (dan hari akhirat) kerana Allah yang sama yang akan menghidupkan kembali mereka.

9. “Dia hendaklah perhatikan dari apa dia dijadikan”.

10. “Dia dijadikan dari air (mani) yang terpancut”, air yang terpancut ini boleh jadi dari lelaki atau perempuan. “Ia keluar dari sulbi lelaki atau dada wanita”

11. Kalau begitulah keadaan kejadian mereka dari Yang Maha Memiliki Kudrat (Allah) maka, “Sesungguhnya Dia sangat berkuasa untuk menghidupkan kembali manusia”

12. Waktu ini (waktu dihidupkan kembali) ialah hari yang didedahkan segala-gala yang tersembunyi. “Yang tersembunyi”, yang manusia sembunyikan, samada ianya aqidah yang salah, ataupun amalan yang tidak ikhlas akan dizahirkan oleh Allah taala pada hari itu. Akan terdedah segala rahsia dan niat, kepercayaan (keyakinan) dan aqidah yang ada dalam hati manusia.

13. “Tidak ada lagi padanya kekuatan untuk menolak (hukuman) dan mempertahankan dirinya (dan juga tiada lagi yang dapat membantunya) sekiranya hukuman dilaksanakan oleh Allah taala”.

14. “Demi langit yang mempunyai air hujan”

15. “Dan demi bumi yang merekah untuk mengeluarkan tumbuhan”, apabila air hujan turun dan menimpanya

16. “Sesungguhnya al-Quran ini kalam Allah yang benar-benar jelas, tegas dan tepat”

17. Apa yang diberi tahu oleh Allah taala ini adalah jelas, samada di segi aqidah atau pun amalan (syariat). Ianya tegas (tetap), tidak boleh diubahsuai dan menepati apa yang dituntut. Apa yang diberitahu oleh Allah taala itu adalah tepat, cuma (kadang-kadang) manusia tidak memahami (dengan sepenuhnya) kerana kelemahan manusia itu sendiri. Kalam Allah taala ini adalah “fashlun” (jelas, tegas dan tepat); sekiranya ada kekeliruan terutamanya dalam hal-hal aqidah, kita kena yakin bahawa Allah telah menghuraikannya (dengan jelas, tegas dan tepat) dan kita perlu ambil masa untuk men”tadabbur” ayat-ayat al-Quran tersebut. Adalah tidak mungkin kita tidak dapat faham apa yang Allah hendak beritahu.

18. “Fashlun” ialah sesuatu yang Allah beritahu dalam kitabnya dengan jelas, tegas dan tepat yang tidak boleh diubahsuai. Tiada makna kedua. Sekiranya manusia masih keliru, itu adalah kelemahannya dan tidak boleh dinisbahkan kepada kalam Allah.

19. Kalam Allah ialah kalam yang jelas, tegas dan tepat.

20. “Dan ianya tidak boleh diragui”

21. “Hazli” ialah satu perkataan yang bertentangan dengan “Fashlun”, yang dijadikan sebagai senda gurau, tidak memberi makna yang tepat, boleh diambil atau dibuang, boleh digunakan atau diabaikan. Al-Quran tidak seperti itu.

22. “Hazli” biasanya diterjemahkan sebagai yang diragui tetang kebenarannya

23. Sekiranya, seseorang membaca sesuatu (contohnya tentang aqidah) dan meraguinya, ianya bukan al-Quran, tetapi mungkin ianya hadis palsu.

24. Sesiapa yang tidak ada hubungan rapat dengan al-Quran dan menggunakan hadis palsu sebagai pegangannya, akan meragui al-Quran bila terdapat percanggahan di antara “hadis” tadi dengan al-Quran. (Amat malang) kerana dia tidak mengenali al-Quran di segi makna dan tuntutan, tetapi yang ada padanya hanya hadis palsu. Mereka menjadikan hadis palsu sebagai pegangan sejak dari mula, dan bila didedahkan dengan al-Quran, mereka akan meragui al-Quran.

25. Sesungguhnya, (percanggahan dan kekeliruan tersebut) bukan kesilapan dari al-Quran tetapi kesilapannya sendiri (yang tidak ingin belajar al-Quran). Sepatutnya dia mendalami al-Quran sehingga mahir kerana ianya (al-Quran) adalah kalam (kata-kata) Rabbnya, kekasihnya. Kalam-kalam yang lain adalah kalam yang kedua. (Seseorang yang tidak belajar al-Quran) bila membandingkan al-Quran dengan hadis palsu yang telah dipercayainya sejak mula, nescaya akan meragui al-Quran

26. Sebenarnya, dia terpedaya dengan bisikan syaitan bila mengutamakan kitab-kitab lain dan mengabaikan al-Quran. Dia berpegang kepada perkara-perkara yang tidak benar tetapi dianggapnya benar, menyebabkan dia meragui al-Quran kerana berbeza dengan pegangannya selama ini. Al-Quran tidak boleh diragui, lebih-lebih lagi berkenaan hal-hal aqidah dan syariat.

27. “Fashlun” bermaksud jelas, tegas tepat dan tidak boleh diragui dan kita tidak diberi pilihan selain dari mempercayainya dan mengamalkannya. Apabila manusia tidak menerima al-Quran, maka (secara otomatik) mereka menjadi penentang al-Quran. Putih lawannya hitam. Sekiranya seseorang berkata, “Saya tidak menentang al-Quran tapi saya hanya berbuat yang tidak selari dengan al-Quran”, dia sebenarnya menentang al-Quran, kerana tidak ada “pendirian” lain di tengah antara menerima atau menentang al-Quran.

28. Di dalam surah sebelum ini ada disebut, “Perkataan mana lagi (selain dari al-Quran) yang mereka akan percaya, hukum mana lagi selain dari hukum Allah yang kamu akan beriman?”. Ayat al-Quran ini membuktikan bahawa kita tidak diberi pilihan untuk meninggalkan dan menolak al-Quran.

29. “Dan mereka membuat perancangan (untuk menghalang al-Quran)”

30. “Aku (Allah) pun buat perancangan untuk memerangkap mereka”

31. “Berilah tempoh kepada golongan ingkar ini”

32. “Berilah tempoh kepada mereka untuk sementara waktu sahaja (iaitu sebelum mati)”. Berilah tempoh kepada orang yang ingkar, orang yang tidak menerima al-Quran, tempoh yang sekejap sahaja (sebelum mati), kerana sebagai manusia dia tidak kekal malah akan mati (juga suatu hari nanti). Apabila dia mati nanti, dia akan menemui kebenaran

33. Bila ayat-ayat seperti ini dibaca oleh nabi kepada kaum Arab, ianya menggegarkan hati mereka. Oleh itu bila mendengar wahyu Allah ini, mereka menangis kerana takut tetapi bila mereka kembali kepada kaumnya, mereka berubah ingkar. Mereka sebenarnya amat faham apa yang dimaksudkan oleh al-Quran.

34. Oleh itu, (musuh-musuh Islam) melarang kaumnya supaya jangan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran. Ini adalah kerana bila mereka mendengar saja al-Quran, mereka akan terpengaruh dan ikut nabi Muhammad (masuk Islam). Orang-orang kafir menjaja mengatakan ianya (al-Quran) adalah sihir dari Muhammad. Mereka mengatakan demikian kerana dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa (kelebihan duniawi) tetapi baginda mempunyai pengikut yang rama

Tafsir Al-Quran Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 84 – Al-Insyiqaaq

VIDEO – [Durasi  07m 22s] -Surah No 84 – Al-Insyiqaaq – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/3zej3Jctc_o ]

سورة الانشقاق
بسم الله الرحمن الرحيم

إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ (1) وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (2) وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ (3) وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ (4) وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (5) يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ (6) فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ (7) فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا (8) وَيَنْقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُورًا (9) وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ (10) فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا (11) وَيَصْلَى سَعِيرًا (12) إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا (13) إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ (14) بَلَى إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا (15) فَلَا أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ (16) وَاللَّيْلِ وَمَا وَسَقَ (17) وَالْقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ (18) لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَنْ طَبَقٍ (19) فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (20) وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنُ لَا يَسْجُدُونَ (21) بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُكَذِّبُونَ (22) وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ (23) فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (24) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (25)

TERJEMAHAN SURAH AL-INSYIQAAQ

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Apabila langit terbelah,

(2) Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;

(3) Dan apabila bumi diratakan,

(4) Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,

(5) Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; – (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).

(6) Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

(7) Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, –

(8) Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

(9) Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

(10) Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

(11) Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

(12) Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

(13) Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

(14) Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !

(15) (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

(16) Maka Aku bersumpah, demi mega;

(17) Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;

(18) Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:

(19) Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan – menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)

(20) Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?

(21) Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

(22) (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;

(23) Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.

(24) Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;

(25) Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Dalam neraka nanti ada berbagai-bagai jenis azab dan musibah yang akan ditempuhi oleh manusia.

2. “Apabila langit mula terbelah”; ianya berlaku selepas tiupan sangkakala yang kedua, semua malaikat akan turun.

3. “Dan langit patuh mendengar arahan tuhanNya”.

4. “Dan langit memang patut patuh kepada arahan tuhanNya”

5. “Apabila bumi dibuka dan dihamparkan”.

6. “Dia mencampakkan keluar apa yang ada di dalamnya, dan mengosongkan isinya”
“Dan bumi mendengar dan patuh kepada tuhanNya, dan sudah semestinya ia patuh kepada tuhannya”

Ayat seterusnya adalah galakan supaya beramal,

7. “Wahai manusia, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha, (sehingga berjumpa) tuhan kamu. Sekiranya kamu berusaha bersungguh-sungguh, pasti kamu akan perolehi balasannya”.

8. “Adapun sesiapa yang diberi buku amal melalui tangan kanannya, maka dia akan dihisab dengan mudah”; dihisab dengan mudah bermaksud amalan-amalannya hanya akan ditayangkan sahaja dan dia tidak ditanya tentang amalan tersebut samada baik atau buruk.

9. Diriwayatkan, nabi s.a.w meminta dari Allah taala supaya hisab untuk amalan-amalan ummatnya dilakukan oleh nabi sendiri. Tetapi Allah beritahu, untuk mereka yang beriman, Allah hanya akan tayangkan amalan-amalan buruk mereka dan Allah sembunyikan amalan-amalan tersebut sehingga nabi sendiripun pun tidak tahu. Dan hamba itu diminta supaya mengaku terhadap kesalahan tersebut dan bila dia mengaku, Allah akan menutup kesalahan-kesalahan tersebut.

10. Jika, apabila ditayangkan amal seseorang, dia ditanya, “Mengapa kamu buat (dosa-dosa ini)?”, maka dia adalah di kalangan ahli neraka.

11. Apabila Allah sayang kepada seorang hamba, dia tidak ditanya tentang amalan-amalannya tapi hanya ditayangkan (amalan-amalannya); ianya hisab yang mudah, dan amalan-amalannya disembunyikan dari pengetahuan orang lain hatta dari nabi pun.

12. “Tapi bila seseorang ditanya, kenapa engkau lakukan (dosa-dosa) ini?, maka akan binasalah orang itu (akan diazab).

13. “Maka pasti ia akan dihisab dengan mudah”, iaitu dengan hanya ditayangkan sahaja (amalan-amalannya)

14. “Dia akan kembali kepada keluarganya di syurga dengan gembira”

Semoga Allah pilih kita dari kumpulan ini.

15. “Ada pun seorang lain diberi buku amalan dari sebelah belakangnya. Dia akan meraung dan menyebut kebinasaan dan kecelakaannya”.

16. “Dan pasti dia akan masuk ke dalam neraka yang menyala-nyala”.

17. “Ini adalah kerana semasa di dunia dulu dia bersama keluarganya bergembira dalam keadaan derhaka kepada Allah”.

18. “Sesungguhnya dia menyangka dia tidak akan kembali hidup semula (dan mengadap tuhannya)”, oleh kerana itu dia merasa bebas untuk melakukan apa saja.

19. “Bahkah tidak, sesungguhnya Rabb nya maha melihat setiap amalannya”.

20. “Aku bersumpah demi waktu senja yang merah dan Aku bersumpah demi malam dan apa saja yang ditutupi oleh malam, dan Aku bersumpah dengan bulan (apabila penuh cahayanya menjadi) purnama”.

21. “Pasti kamu akan menempuhi suatu demi satu keadaan yang sukar”.

22. “Tabaq” ialah keadaan yang sukar iaitu seperti sukarnya mendaki gunung yang curam. Pasti kamu akan mendaki satu demi satu keadaan yang sukar.

23. “Kenapa mereka masih lagi tidak beriman?”.

24. “Dan apabila dibacakan kepada mereka al-Quran, mereka enggan mengikuti, bahkan mereka mengingkari dan mendustakan al-Quran kerana degil”.

25. “Dan Allah taala maha mengetahui apa amalan yang mereka lakukan dan yang mereka simpan dalam buku amalan mereka”.

26. “Maka berilah berita gembira kepada golongan degil seperti ini dengan azab yang sangat pedih”.

27. “Kecuali mereka yang betul-betul beriman dan melakukan amal soleh. Bagi mereka pahala yang tidak putus-putus”

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 83 – Al-Mutaaffifiin

VIDEO – [Durasi  08m 39s] -Surah No 83 – Al-Mutaaffifiin – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/rLui_uDR6JQ ]

سورة المطففين

بسم الله الرحمن الرحيم

وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ (1) الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ (2) وَإِذَا كَالُوهُمْ أَوْ وَزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ (3) أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ (4) لِيَوْمٍ عَظِيمٍ (5) يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (6) كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ (7) وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ (8) كِتَابٌ مَرْقُومٌ (9) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (10) الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ (11) وَمَا يُكَذِّبُ بِهِ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ (12) إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ (13) كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (14) كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ (15) ثُمَّ إِنَّهُمْ لَصَالُو الْجَحِيمِ (16) ثُمَّ يُقَالُ هَذَا الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ (17) كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ (18) وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ (19) كِتَابٌ مَرْقُومٌ (20) يَشْهَدُهُ الْمُقَرَّبُونَ (21) إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ (22) عَلَى الْأَرَائِكِ يَنْظُرُونَ (23) تَعْرِفُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ النَّعِيمِ (24) يُسْقَوْنَ مِنْ رَحِيقٍ مَخْتُومٍ (25) خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ (26) وَمِزَاجُهُ مِنْ تَسْنِيمٍ (27) عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا الْمُقَرَّبُونَ (28) إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ (29) وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ (30) وَإِذَا انْقَلَبُوا إِلَى أَهْلِهِمُ انْقَلَبُوا فَكِهِينَ (31) وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَؤُلَاءِ لَضَالُّونَ (32) وَمَا أُرْسِلُوا عَلَيْهِمْ حَافِظِينَ (33) فَالْيَوْمَ الَّذِينَ آمَنُوا مِنَ الْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ (34) عَلَى الْأَرَائِكِ يَنْظُرُونَ (35) هَلْ ثُوِّبَ الْكُفَّارُ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ (36)

TERJEMAHAN SURAH AL-MUTAAFFIFIIN

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),

(2) Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

(3) Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

(4) Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?

(5) Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),

(6) Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

(7) Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam “Sijjiin”.

(8) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia “Sijjiin” itu,

(9) Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).

(10) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan –

(11) Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.

(12) Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!

(13) (Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:” Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!”

(14) Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

(15) Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

(16) Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.

(17) Akhirnya dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.”

(18) Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam” Illiyiin”.

(19) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Illiyiin” itu?

(20) Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,

(21) Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.

(22) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:

(23) Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).

(24) Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.

(25) Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,

(26) Meterainya kasturi; – dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;

(27) Dan campuran minuman itu adalah dari “Tasnim”:

(28) laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).

(29) Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

(30) Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).

(31) Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;

(32) Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!”

(33) Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!

(34) Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.

(35) Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).

(36) (Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): “Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?”

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===============================================

1. Nama-nama yang dicatatkan sebagai ahli syurga atau ahli neraka tidak boleh dipadam. Nama-nama tersebut telah diletakkan di tempat masing-masing.

2. Roh orang beriman, selepas mati, diletakkan di “Illiyiin” dan roh orang kafir diletakkan di “Sijjiin”.

3. Allah beritahu tentang aqidah dan syariat (di dalam al-Quran) dan mengingatkan manusia supaya sentiasa berwaspada dan ikut peraturan Allah semasa di dunia supaya mereka selamat di akhirat nanti.

4. Surah ini menggariskan (beberapa) peraturan hidup supaya selamat di akhirat.

5. Nama-nama mereka yang tersenarai dalam “Sijjiin”, disebabkan mereka memilih cara hidup sebagai ahli neraka, tidak boleh dikeluarkan (dipadam). Semasa di dunia ini mereka boleh berikhtiar (untuk mengelakkan dari dimasukkan ke dalam neraka) seperti yang ditetapkan oleh Allah s.w.t

6. “Celaka besarlah bagi mereka yang curang dalam muamalat”, iaitu mereka yang mengurangi harta orang lain ketika bermuamalat.

7. “Apabila mereka menerima sukatan dari orang lain, mereka desak supaya diberi dengan cukup dan sempurna. Apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangkan harta orang tersebut”.

8. “Tidak yakinkah mereka bahawa mereka akan dibangkitkan?”

9. “Di hari yang sangat besar kejadian (huru-hara) nanti”

10. “Di hari semua manusia akan berdiri untuk mengadap Rabb sekelian alam”

11.”Sekali-kali jangan begitu”, iaitu jangan curang dalam bermuamalat.

12. “Sesungguhnya “catatan amal” orang yang derhaka berada dalam “Sijjiin” ”

13. “Kamu tahu apakah itu “Sijjiin”?”.

14. “Kitab yang ditulis padanya amalan-amalan (orang-orang yang berdosa)”.

15. “Celaka besarlah pada hari itu bagi golongan yang mendustakan”, iaitu golongan yang mendustakan berita-berita wahyu.

16. “Mereka yang mendustakan hari pembalasan”; tidak mendustakan hari pembalasan kecuali mereka yang degil dan melampaui batas.

17. “Tidak mendustakan hari pembalasan kecuali mereka yang degil dan melampaui batas di segi akidah, dan sangat berdosa di segi amalan”.

18. “Mereka ini semasa di dunia, bila dibaca ayat-ayat Kami kepadanya, mereka menjawab, ianya cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu”.

19. “Sebenarnya tidak begitu”.

20. “Bahkan”, apa yang berlaku sebenarnya adalah, “Telah menutup hati mereka, oleh amalan-amalan syirik yang mereka lakukan”, maksudnya amalan-amalan syirik ini menutupi (menghijab) hati-hati mereka.

21. “Sebenarnya, mereka dihijab dari memandang kepada tuhan mereka di hari itu”; ada halangan “rohani” dari melihat Allah taala.

22. “Kemudiannya, mereka ini pasti dimasukkan ke dalam neraka Jahiim”.

23. “Kemudian dikatakan kepada mereka, inilah dia (azab) yang kamu selalu dustakan (semasa di dunia dulu)”.

24. “Bahawasanya buku amalan orang-orang berbakti berada di “Illiyiin” “.

25. Dalam tafsir mengatakan bahawa “Illiyiin” berada di atas pada langit yang ke tujuh, manakala “Sijjiin” ialah di bawah bumi ke tujuh (di bawah daripada langit yang ke tujuh)

26. “Tahukah kamu apa itu “Illiyiin”?. “Illiyiin” ialah kitab amalan yang ditulis (jelas dan nyata), yang dipandang oleh malaikat-malaikat yang hampir (kepada Allah) kerana gembiranya mereka kepada amalan-amalan tersebut.

27. “Sesungguhnya orang-orang yang berjasa lagi berbakti, berada dalam penuh nikmat, di atas pelamin sambil memandang keindahan dan keajaiban akhirat” .

28. “Kamu dapat kenali pada muka-muka (wajah ) mereka ahli syurga ini kepuasan nikmat syurga”.

29. “Mereka akan diberi minum dari arak (minuman) yang murni, yang ada mohor (meterai)”.

30. “Mohor (meterai) dari kasturi. Untuk balasan-balasan seperti inilah hendaknya berlumba orang-orang yang ingin berlumba (untuk merebut kelebihan dan kesenangan)”.

31. “Cairan arak (minuman) itu dicampur dengan “Tasnim”; sejenis mata air yang diminum oleh hamba-hamba Allah yang hampir dengan Allah”.

32. “Sesungguhnya orang yang bersalah (di segi agama) di dunia ini, semasa di dunia mereka suka mentertawakan orang beriman. Apabila orang beriman lalu berdekatan dengan mereka, mereka saling membuat isyarat (dengan mata mereka, sebagai ejekan).

33. “Dan apabila orang derhaka ini kembali kepada keluarga mereka, mereka kembali dengan gembira sekali kerana boleh melakukan yang demikian kepada orang beriman”.

34. Apabila orang “mujrimiin” (orang yang bersalah di dunia di segi agama) melihat kepada orang beriman, mereka berkata kepada orang beriman, “Mereka semua ini adalah orang yang sesat”.

35. “Sedangkan tidaklah Kami ciptakan mereka untuk menjaga amalan orang-orang yang beriman”, maksudnya, mereka membuat hukuman terhadap orang beriman sedangkan mereka tidak diciptakan untuk menjaga amalan-amalan orang lain.

36. Di akhirat nanti, “Orang beriman akan mentertawakan orang kafir. Di atas pelamin-pelamin mereka memandang keindahan dan keajaiban syurga”.

37. “Sesungguhnya, akan dibalas ke atas orang yang ingkar itu, apa-apa yang pernah mereka lakukan”.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 82 – Al-Infitaar

VIDEO – [Durasi  04m 27s] -Surah No 82 – Al-Infitaar – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/jxVTnv-pj60 ]

سورة الانفطار
بسم الله الرحمن الرحيم

إِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ (1) وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انْتَثَرَتْ (2) وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ (3) وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ (4) عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ (5) يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ (6) الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ (7) فِي أَيِّ صُورَةٍ مَا شَاءَ رَكَّبَكَ (8) كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ (9) وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ (10) كِرَامًا كَاتِبِينَ (11) يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ (12) إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ (13) وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ (14) يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ الدِّينِ (15) وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَائِبِينَ (16) وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ (17) ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ (18) يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِنَفْسٍ شَيْئًا وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ (19)

TERJEMAHAN SURAH AL-INFITAAR

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Apabila langit terbelah;

(2) Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

(3) Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;

(4) Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, –

(5) (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

(6) Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? –

(7) Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

(8) Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

(9) Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

(10) Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

(11) (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

(12) Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

(13) (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

(14) Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

(15) Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

(16) Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

(17) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

(18) Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

(19) (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Surah al-Infitar pada dasarnya memberitahu bahawa manusia yang terperangkap dengan azab (neraka) tidak boleh dibebaskan oleh sesiapapun. Mereka tidak boleh keluar dari api neraka apabila dimasukkan ke dalamnya. Ini dinyatakan dalam ayat ke 16, “Manusia tidak boleh lagi keluar bila dihumban ke dalam neraka”

2. “Apabila langit telah terbelah”. Ini berlaku selepas tiupan sangkakala pertama.

3. “Dan apabila segala gugusan bintang berguguran hancur”, hilang cahayanya.

4. “Dan apabila lautan panas meruap”

5. “Dan apabila kubur dibongkar dan segala isi-isinya dikeluarkan daripadanya”, manusia akan hidup semula; ini berlaku apabila tiupan sangkakala kedua.

6. “Ketika itu manusia tahu apakah amalan yang dia hantar ke akhirat”; semasa di dunia mereka tidak tahu apakah amalan yang dihantar ke akhirat.

7. “Apakah amalan yang masih tertinggal (yang tidak dapat dikerjakannya)” atau, “Apakah amalan yang telah dikerjakan semasa hayatnya dan apakah amalan yang menyusulinya selepas kematiannya”.

8. “Wahai manusia, apakah perkara yang memperdayakan kamu? Sehinggakan kamu telah menderhakai Rabb kamu yang mulia?”

9. “Apakah perkara yang menipu kamu sehingga kamu menderhakai Rabb kamu yang mulia?”

10. “Yang telah mencipta kamu. Yang telah membentuk rupa paras kamu. Yang telah mengatur segala tubuh badan kamu dan zahir batin kamu”, dengan ciptaan yang begitu sempurna.

11. “Dengan rupa apa yang Allah kehendaki”.

12. “Dia akan susun tubuh badan kamu bersesuaian mengikut kehendakNya”.

13. “Jangan begitu”.

14. “Maka kamu sebenarnya mendustakan hari pembalasan”.

15. “Sesungguhnya pada kamu ada penjaga-penjaga amal”; “Kiraaman” (yang mulia di sisi Allah taala) dan “Kaatibiin” (yang sentiasa mencatat amalan-amalan kamu).

16. “Mereka (malaikat-malaikat ini) mengetahui apa saja amalan yang kamu lakukan untuk dicatat”

17. “Sesungguhnya hamba-hamba yang berbakti dan berjasa semasa di dunia berada dalam nikmat”

18. “Dan sesungguhnya mereka yang menderhakai Allah”, melampaui batas, “Pasti mereka berada di neraka jahannam”

19. “Dan mereka pasti memasukinya di hari pembalasan nanti”

20. “Dan mereka tidak akan dapat keluar dari neraka ”

21. “Tahukah kamu apa itu hari pembalasan?”

22. “Kemudian, tahukah kamu apa itu hari pembalasan?”

23. “Hari pembalasan tidak seperti hari dunia”

24. “iaitu hari di mana tidak ada seorang manusia dapat membebaskan manusia lain dari api neraka walaupun sedikit”.

25. “Segala urusan pada hari itu hanya pada Allah”.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 81 – At-Takwiir

VIDEO – [Durasi  07m 20s] -Surah No 81 – At-Takwiir – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4_J_YZg0OeA ]

سورة التكوير
بسم الله الرحمن الرحيم

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ (1) وَإِذَا النُّجُومُ انْكَدَرَتْ (2) وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ (3) وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ (4) وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ (5) وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ (6) وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ (7) وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ (8) بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ (9) وَإِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ (10) وَإِذَا السَّمَاءُ كُشِطَتْ (11) وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ (12) وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ (13) عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا أَحْضَرَتْ (14) فَلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ (15) الْجَوَارِ الْكُنَّسِ (16) وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ (17) وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ (18) إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ (19) ذِي قُوَّةٍ عِنْدَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ (20) مُطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ (21) وَمَا صَاحِبُكُمْ بِمَجْنُونٍ (22) وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ (23) وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ (24) وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ (25) فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ (26) إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ (27) لِمَنْ شَاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَسْتَقِيمَ (28) وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (29)

TERJEMAHAN SURAH AT-TAKWIIR

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);

(2) Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

(3) Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);

(4) Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar.

(5) Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;

(6) Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;

(7) Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;

(8) Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, –

(9) Dengan dosa apakah ia dibunuh?

(10) Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;

(11) Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;

(12) Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;

(13) Dan apabila Syurga didekatkan;

(14) (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

(15) Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;

(16) Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;

(17) Dan malam, apabila ia hampir habis,

(18) Dan siang, apabila ia mulai terang;

(19) Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,

(20) Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,

(21) Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.

(22) Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);

(23) Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.

(24) Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.

(25) Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Dalam surah ini, diceritakan manusia akan mencari dan bertemu dengan amalan masing-masing untuk diberi balasan. Surah sebelum ini menceritakan manusia akan berlepas diri dan lari dari manusia yang lain.

2. Allah memberitahu enam perkara yang akan berlaku setelah berlaku tiupan sangkakala yang pertama.

3. “Apabila matahari telah digulung”.

4. “Dan apabila segala bintang jatuh berguguran”, hilang cahayanya.

5. “Dan apabila gunung-ganang diterbangkan dan dilaga-lagakan oleh Allah taala”.

6. “Dan apabila unta-unta bunting dibiarkan begitu sahaja”, tiada yang berminat. Dalam budaya Arab, mereka amat sayang kepada unta-unta yang bunting, tapi pada hari ini unta-unta ini dibiarkan begitu saja.

7. “Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan”, kerana takut. Manusia akan kebingungan, manakala binatang liar akan takut dan keluar dari hutan pergi ke bandar.

8. “Dan lautan-lautan melimpah airnya kerana panas”.

9. “Dan apabila nyawa manusia disatukan dengan jasad masing-masing”.

10. “Dan apabila anak-anak perempuan yang dikebumikan hidup-hidup ditanya”.

11. “Dengan sebab dosa apa mereka dibunuh?”.

12. “Dan apabila buku-buku amal dibuka untuk dibaca”.

13. “Dan apabila langit dicabut dari tempatnya”.

14. “Dan apabila neraka jahannam dinyala dan dipanaskan”.

15. “Dan apabila syurga didekatkan di padang mahsyar untuk mereka yang beriman”.

16. “Ketika itulah, akan diketahui sungguh-sungguh pada masa itu apakah amalan yang telah dibawanya untuk dibalas”, baik atau buruk.

17. “Maka Aku bersumpah dengan bintang “khunnas”, (iaitu bintang yang berjalan ke belakang dan lenyap).

18. “Dan bintang “kunnas” (iaitu bintang yang berjalan ke depan dan lenyap).

19. “Dan demi malam bila ia melabuhkan tirainya”; menutupi segala-gala, gelap gelita.

20. “Demi waktu pagi bila ia mula terbit dan mengeluarkan cahaya.

21. “Sesungguhnya al-Quran ini ucapan dari utusan yang mulia”.

22. “Yang memiliki kekuatan, di sisi Allah yang memiliki arasy, memiliki kedudukan yang tinggi”.

23. “Malaikat Jibril yang dipatuhi di tempatnya lagi amanah”. Al-Quran dibawa oleh malaikat yang sebegitu sifatnya.

24. “Tidaklah sahabatmu (wahai musyrikin Mekah), iaitu Muhammad, seorang yang gila”.

25. “Sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril, pada ufuk yang betul-betul jelas”.

26. “Dan tidaklah Muhammad bakhil (menyembunyikan) perkara-perkara ghaib yang diwahyukan Allah kepadanya”.

27. “Dan tidaklah al-Quran ini perkataan syaitan yang direjam”, bahkan ianya benar daripada Allah.

28. “Oleh itu, kemanakah kamu akan pergi?”, kamu pergi untuk cari apa lagi?.

29. “Tidaklah ia al-Quran kecuali suatu peringatan, bagi penduduk alam”.

30. “Yakni bagi sesiapa yang ingin berada di atas jalan yang lurus”.

31. “Dan sesungguhnya kamu tidak dapat apa-apa yang kamu
kehendaki, kecuali yang Allah taala kehendaki dengan diberi taufik oleh Allah yang empunya alam semesta”.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 80 – ‘Abasa

VIDEO – [Durasi  08m 51s] -Surah No 80 – ‘Abasa – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/hDrurBrocuw ]

سورة عبس

بسم الله الرحمن الرحيم

عَبَسَ وَتَوَلَّى (1) أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَى (2) وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى (3) أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَى (4) أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى (5) فَأَنْتَ لَهُ تَصَدَّى (6) وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّى (7) وَأَمَّا مَنْ جَاءَكَ يَسْعَى (8) وَهُوَ يَخْشَى (9) فَأَنْتَ عَنْهُ تَلَهَّى (10) كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ (11) فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ (12) فِي صُحُفٍ مُكَرَّمَةٍ (13) مَرْفُوعَةٍ مُطَهَّرَةٍ (14) بِأَيْدِي سَفَرَةٍ (15) كِرَامٍ بَرَرَةٍ (16) قُتِلَ الْإِنْسَانُ مَا أَكْفَرَهُ (17) مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ (18) مِنْ نُطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ (19) ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ (20) ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ (21) ثُمَّ إِذَا شَاءَ أَنْشَرَهُ (22) كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَا أَمَرَهُ (23) فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ إِلَى طَعَامِهِ (24) أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا (25) ثُمَّ شَقَقْنَا الْأَرْضَ شَقًّا (26) فَأَنْبَتْنَا فِيهَا حَبًّا (27) وَعِنَبًا وَقَضْبًا (28) وَزَيْتُونًا وَنَخْلًا (29) وَحَدَائِقَ غُلْبًا (30) وَفَاكِهَةً وَأَبًّا (31) مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ (32) فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ (33) يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ (34) وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ (35) وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ (36) لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ (37) وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ (38) ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ (39) وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ (40) تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ (41) أُولَئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ (42)

TERJEMAHAN SURAH ‘ABASA

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani. (1) Ia memasamkan muka dan berpaling, (2) Kerana ia didatangi orang buta. (3) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! – (4) Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (5) Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), (6) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. (7) Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). (8) Adapun orang yang segera datang kepadamu, (9) Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), – (10) Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. (11) Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). (12) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. (13) (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, – (14) Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), – (15) (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz; (16) (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti. (17) Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? (18) (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? – (19) Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab; (20) Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih); (21) Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan; (22) Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula). (23) Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya. (24) (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya): (25) Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. (26) Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, – (27) Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, (28) Dan buah anggur serta sayur-sayuran, (29) Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma, (30) Dan taman-taman yang menghijau subur, (31) Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, – (32) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. (33) Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, – (34) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, (35) Dan ibunya serta bapanya, (SAMBUNGAN TERJEMAHAN AYAT AL-QURAN DI RUANGAN KOMEN YOUTUBE)

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 79 – An-Naazi’aat

VIDEO – [Durasi  12m 32s] -Surah No 79 – An-Naazi’aat – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/wyqs6G2ktTs ]

سورة النازعات

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا (1) وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا (2) وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا (3) فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا (4) فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا (5) يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ (6) تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ (7) قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ (8) أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ (9) يَقُولُونَ أَإِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ (10) أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا نَخِرَةً (11) قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ (12) فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ (13) فَإِذَا هُمْ بِالسَّاهِرَةِ (14) هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَى (15) إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى (16) اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (17) فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَى أَنْ تَزَكَّى (18) وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى (19) فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى (20) فَكَذَّبَ وَعَصَى (21) ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى (22) فَحَشَرَ فَنَادَى (23) فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى (24) فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى (25) إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِمَنْ يَخْشَى (26) أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا (27) رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا (28) وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا (29) وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا (30) أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا (31) وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا (32) مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ (33) فَإِذَا جَاءَتِ الطَّامَّةُ الْكُبْرَى (34) يَوْمَ يَتَذَكَّرُ الْإِنْسَانُ مَا سَعَى (35) وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِمَنْ يَرَى (36) فَأَمَّا مَنْ طَغَى (37) وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا (38) فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى (39) وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى (40) فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى (41) يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا (42) فِيمَ أَنْتَ مِنْ ذِكْرَاهَا (43) إِلَى رَبِّكَ مُنْتَهَاهَا (44) إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرُ مَنْ يَخْشَاهَا (45) كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا (46)

TERJEMAHAN SURAT AN-NAAZI’AAT

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;

(2) Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;

(3) Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;

(4) Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;

(5) Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)!

(6) Pada masa berlakunya “tiupan sangkakala yang pertama” yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),

(7) Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);

(8) Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,

(9) Pemandangannya tunduk gerun.

(10) Mereka (yang ingkar) berkata: “Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?

(11) “Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?”

(12) Mereka berkata lagi (secara mengejek: “Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!”

(13) (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua),

(14) Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.

(15) Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa? (

16) Ketika ia diseru oleh Tuhannya di “Wadi Tuwa” yang suci;

(17) (Lalu diperintahkan kepadanya): “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

(18) “Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

(19) `Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ‘ ”

(20) (Setelah Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.

(21) Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);

(22) Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).

(23) Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru,

(24) Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”.

(25) Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.

(26) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).

(27) (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

(28) Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

(29) Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

(30) Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya),

(31) Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;

(32) Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);

(33) (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

(34) Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar,

(35) Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya,

(36) Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya,

(37) Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya),

(38) Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata,

(39) Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

(40) Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

(41) Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

(42) Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”

(43) Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

(44) Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

(45) Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

(46) (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah An-Naazi’aat menggambarkan keadaan malaikat pada hari kiamat. Allah taala pilih dan lantik mereka untuk menjaga urusan-urusan yang akan berlaku di hari kiamat.

2. “Demi para malaikat yang mencabut roh orang-orang kafir dan ingkar dengan keras”.

3. “Dan demi para malaikat yang mencabut roh orang beriman dengan lemah lembut”

4. “Dan demi malaikat yang terbang dengan laju (untuk menyempurnakan perintah)”

5. “Dan demi malaikat yang berkejar-kejaran untuk menyempurnakan tugas yang ditetapkan oleh Allah taala”.

6. “Dan demi malaikat yang mengatur urusan-urusan yang ditetapkan oleh Allah taala”. Mengatur dan mengurus segala tugas yang Allah taala arahkan kepadanya.

7. “Pada hari tiupan sangkakala pertama, akan berlaku goncangan yang sangat kuat”, menyebabkan semua manusia mati.

8. “Ianya disusuli dengan tiupan sangkakala yang kedua”.

9. “Hati manusia pada hari itu sangat takut (kerana dahsyatnya hari kiamat).

10. “Pandangan mata mereka tunduk hina dan menyesal”.

11. “Mereka berkata (semasa hidup di dunia ini), apakah kita akan dihidupkan kembali dari kubur kita?”

12. “Apakah setelah kita menjadi tulang yang hancur lebur, kita akan dihidupkan kembali?”

13. Mereka mempersendakan seruan rasul supaya beramal dan membuat persiapan. “Mereka berkata, sekiranya betul ada kehidupan kembali, maka rugilah kami kerana kami tidak buat seperti yang diarahkan”.

14. Mereka berkata begini sebagai ejekan, untuk mempersendakan nabi.

15. Allah menjawab, “Sesungguhnya kiamat itu suatu perkara yang amat mudah bagi Allah taala. Hanya satu tiupan sangkakala (sangkakala kedua), tiba-tiba mereka semua berada di Padang Mahsyar.

16. Datangnya manusia ke dunia, adalah secara sedikit demi sedikit, dari Nabi Adam, kemudian Nabi Nuh, Musa, Isa, Nabi Muhammad, kemudian berlakunya kiamat. Ianya melalui satu tempoh.

17. Tetapi untuk dibangkitkan semula selepas sangkakala kedua, “Tiba-tiba mereka berada sekali gus di Padang Mahsyar”

18. “Adakah sampai kepada kamu berita tentang Nabi Musa ketika tuhan menyerunya di lembah yang suci bernama “Tuwa”?”

19. Setelah diberitahu tentang syariat dan beberapa perkara tentang hukum, diarahkan kepada Nabi Musa supaya pergi kepada Fir’aun.

20. “Pergilah wahai Musa kepada Fir’aun. Sesungguhnya dia sudah melampaui batas”.

21. Melampaui batas dengan melakukan syirik dan kufur dan menzalimi hamba-hamba yang lain.

22. “Beritahu kepadanya, adakah kamu suka untuk membersihkan diri kamu dari syirik”.

23. Untuk menyucikan kamu (Fira’uan) dari kesilapan dan kesalahan dan bertaubat dari kezaliman.

24. “Aku akan pimpin kamu untuk mengenali (sifat-sifat dan tindak-tanduk) Rabb kamu”.

25. Dengan mengetahui sifat dan af’al (perbuatan Allah), kamu akan rasa takut.

26. Di antara perkara yang dituntut oleh Fir’aun ialah bukti (kebenaran dakwaan Nabi Musa). Berlakulah dialog di antara Nabi Musa dan Fir’aun. Nabi Musa memperlihatkan kepada Fir’aun mukjizat.

27. “(Firau’n) telah mendustakan seruan Nabi Musa (kerana degil) dan menderhakai Allah taala (tidak mengikuti dan mematuhi apa yang diarah).

28. “Kemudian dia berpaling (dari majlis) Nabi Musa dan berusaha untuk melawan (Nabi Musa). Dia kumpulkan pegawai-pegawainya, lalu dia berseru kepada pembesar-pembesar yang mengikutinya, dan berkata, “Aku lah Rabb kamu yang tinggi”.

29. Natijah (di akhirat) dari perkataan ini ialah, “Lalu Allah terus azabnya di akhirat”.

30. “Hukuman di akhirat dan hukuman di dunia”, hukum di dunia ialah ditenggelamkan oleh Allah taala di laut,

31. “Sesungguhnya kisah yang berlaku pada Fira’un dan tenteranya adalah satu pengajaran besar, bagi orang yang ada sifat takut serta gerun pada Allah”.

32. (Sebagai dalil aqli) “Adakah kamu lebih sukar untuk dicipta berbanding langit”, Jawablah wahai manusia, adakah kamu atau langit yang lebih sukar untuk dicipta?

33. “Allah yang mencipta langit; Dia yang meninggikannya”.

34. Langit yang berada di atas kamu tidak ada satupun tempat yang retak, berlubang atau ada apa-apa kecacatan.

35. “Dan Dia yang menjadikan malam gelap gelita, dan Dialah yang menjadikan siang hari terang benderang”.

36. “Dan bumi, selepas pada itu Dia ratakan”.

37. “Dia telah keluarkan dari bumi, air dan rumput-rumput”.

38. “Dan gunung-ganang Dia pasakkannya”.

39. “(Semuanya) ini adalah untuk keperluan kamu, dan keperluan kepada binatang ternak kamu”. Untuk kamu guna sementara kamu berada di dunia ini.

40. “Maka apabila datang huru-hara kiamat”.

41. “Hari manusia akan benar-benar ingat apa yang dia telah buat di dunia”.

42. “Dan akan diperlihatkan neraka Jahim kepada sesiapa yang dapat melihatnya.”

43. “Dan adapun seseorang yang melampaui batas agama, rosak akidah dan amalnya; serta mengutamakan dunia (berbanding akhirat), maka amalannya akan rosak”.

44. Adapun orang yang melampaui batas di segi akidah dan mengutamakan dunia berbanding akhirat, maka natijahnya ialah “neraka Jahimlah tempat tinggalnya”. Semoga Allah taala lindungi kita.

45. “Adapun seorang yang sangat takut (di dunia ini) untuk berdiri mengadap tuhannya di hari pembalasan, (lalu kerana perasaam takutnya itu), dia menahan dirinya daripada mengikuti hawa nafsu”. Jiwa manusia ini ada yang jiwa mutmainnah, ada jiwa lawwamah, ammarah bissu’. Jika dia dapat menahan dirinya dari mengikut hawa nafsu kerana takut kepada Allah, “Maka syurgalah tempat tinggalnya”. Semoga Allah taala memilih kita.

46. “Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat, bilakah akan berlaku kiamat?”

47. Allah ajarkan jawapannya,”Siapakah kamu sehingga (sanggup) tanya bilakah kiamat?”

48. Tidak ada pada kamu (wahai Muhammad) ilmu tentang bilakah akan terjadinya kiamat.

49. “Kepada Rabb kamulah kesudahannya ilmu tentang kiamat”.

50. “Tugasmu (Muhammad) hanyalah memberi peringatan tentang adanya hari kiamat kepada mereka yang takut akan kiamat”.

51. “(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah . merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja”.

52. Mereka merasa bahawa hidup di dunia ini hanya samada satu petang atau satu pagi sahaja, tidak sampai satu hari pun.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 78 – An-Naba’

VIDEO – [Durasi  12m 16s] -Surah No 78 – An-Naba’ – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/isSIDBFLQ9w ]

سورة النبأ

بسم الله الرحمن الرحيم

عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ (1) عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ (2) الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ (3) كَلَّا سَيَعْلَمُونَ (4) ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ (5) أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا (6) وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا (7) وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا (8) وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا (9) وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا (10) وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا (11) وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا (12) وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا (13) وَأَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا (14) لِنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا (15) وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا (16) إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا (17) يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا (18) وَفُتِحَتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ أَبْوَابًا (19) وَسُيِّرَتِ الْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا (20) إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًا (21) لِلطَّاغِينَ مَآبًا (22) لَابِثِينَ فِيهَا أَحْقَابًا (23) لَا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا (24) إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا (25) جَزَاءً وِفَاقًا (26) إِنَّهُمْ كَانُوا لَا يَرْجُونَ حِسَابًا (27) وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا كِذَّابًا (28) وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ كِتَابًا (29) فَذُوقُوا فَلَنْ نَزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا (30) إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا (31) حَدَائِقَ وَأَعْنَابًا (32) وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا (33) وَكَأْسًا دِهَاقًا (34) لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا كِذَّابًا (35) جَزَاءً مِنْ رَبِّكَ عَطَاءً حِسَابًا (36) رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الرَّحْمَنِ لَا يَمْلِكُونَ مِنْهُ خِطَابًا (37) يَوْمَ يَقُومُ الرُّوحُ وَالْمَلَائِكَةُ صَفًّا لَا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَنُ وَقَالَ صَوَابًا (38) ذَلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ مَآبًا (39) إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا (40)8

TERJEMAHAN SURAH AN-NABA’

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

(2) Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

(3) Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

(4) Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

(5) Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

(6) (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

(7) Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

(8) Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

(9) Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

(10) Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

(11) Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) – masa untuk mencari rezeki?

(12) Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

(13) Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

(14) Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah,

(15) Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,

(16) Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

(17) Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

(18) Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

(19) Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

(20) Dan gunung-ganang – setelah dihancurkan – diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

(21) Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan

(22) Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

(23) Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

(24) Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman

(25) Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir,

(26) Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

(27) Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,

(28) Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

(29) Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

(30) (Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu”.

(31) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

(32) (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;

(33) Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;

(34) Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;

(35) Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;

(36) Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),

(37) Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

(38) (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

(39) Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

(40) Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), – iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah an-Naba’ menceritakan tentang akhirat dengan lebih jelas dan kesinambungan dari ayat ketujuh surah al-Mursalaat sebelum ini yang bermaksud, “Sesungguhnya azab yang dijanjikan kepada kamu pasti akan berlaku”.Huraian tentang azab tersebut dinyatakan dalam surah An-Naba’ ini.

2. “Tentang apakah mereka tanya-menanya?” “Tanya-menanya” ini adalah kerana tidak percaya. Tentang apakah mereka tanya-menanya?

3. “Iaitu tentang berita yang sangat besar”, iaitu berita yang pasti akan berlaku (selepas mati).

4. “Yang mana tentang berita yang besar ini (kebangkitan semula selepas mati), mereka berselisih pendapat”. Sebahagian dari mereka percaya, tetapi sebahagian besar tidak percaya.

5. “Tidak sekali-sekali! Pasti mereka akan mengetahuinya (kelak selepas mati)”.

6. “Sekali lagi, tidak mungkin begitu. Pasti mereka akan mengetahui kelak apabila mereka keluar sahaja dari kubur”.

7. Apabila mati, bermulalah alam akhirat. Apabila keluar dari kubur mereka akan melihat akhirat dengan jelas.

8. Kebanyakan mereka tidak percaya tentang akhirat kerana ianya mustahil pada adat (kebiasaan). Kerana pada kebiasaannya orang yang telah mati tidak pernah hidup semula.

9. Tetapi Allah taala sabitkan (kaitkan) perkara ini dengan kudratNya. Ayat-ayat tentang bukti adanya kiamat bertujuan memberitahu kepada kita bahawa Allah maha berkuasa, dan boleh buat apa yang dikehendakiNya.

10. Ayat-ayat seterusnya ialah penjelasan tentang kemampuan (dan kekuasaan) Allah. Allah yang mampu membuat perkara-perkara di atas dunia ini, maka dia boleh menghidupkan semula orang yang telah mati dan mengadakan pembalasan dengan sempurna.

11. “Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini suatu hamparan?”.

12. “Bukankah Kami menjadikan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi?”.

13. “Dan Kami telah menjadikan kamu berpasang-pasang”.

14. “Dan Kami jadikan tidur kamu itu sebagai rehat”, terputus dari segala kerja (dan kegiatan). Dengan terputusnya dari semua kerja dan kegiatan, seseorang dapat rehat yang sempurna.

15. “Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian (yang menutupi)”.

16. “Dan Kami menjadikan siang hari sebagai punca kehidupan”, untuk kamu mencari rezeki.

17. “Dan Kamilah yang membina di atas kamu tujuh lapis langit yang kukuh”.

18. “Dan Kami telah menciptakan cahaya daripada matahari yang memancar dengan kuat”.

19. “Dan Kami telah menurunkan dari awan-awan (yang membendung air), air hujan yang mencurah-curah”; air hujan yang turun dengan banyaknya ketika ianya diperlukan.

20. Semuanya ini Allah ciptakan dengan kudratNya.

21. “Supaya Kami keluarkan dengan air hujan itu biji-bijian, tumbuh-tumbuhan dan kebun-kebun yang lebat”.

22. Semuanya ini adalah kudrat Allah yang kita boleh lihat di depan mata kita setiap hari.

23. “Bahawa “hari keputusan akan dibuat” adalah satu tempoh yang ditetapkan, iaitu hari ditiupnya sangkakala (kedua)”.

24. “Apabila ditiupnya sangkakala (kedua) kamu semua akan datang berbondong-bondong”.

25. “Dan dibuka langit, jadilah langit itu mempunyai (seperti) pintu-pintu”.

26. “Dan diterbangkan gunung-ganang, bumi ini menjadi padang, yang ada padanya kerlipan-kerlipan seumpama air”.

27. “Sesungguhnya neraka Jahannam itu mengintai-ngintai mereka yang akan masuk”, iaitu “golongan yang melampaui batas dan derhaka akan hukum Allah. Itulah tempat kembali mereka”.

28. “Mereka akan berada dalam neraka dalam tempoh yang lama (tiada penghujungnya)”.

29. “Dan (dalam neraka ini) mereka tidak dapat merasa kesejukan dan tidak mendapat minuman kecuali air yang panas, dan darah dan nanah (yang keluar dari ahli neraka)”.

30. “Azab yang dahsyat ini adalah sesuai dengan mereka yang derhaka”.

31. “Bahawa mereka itu tidak percaya pada hari pembalasan”.

32. Pembalasan sebegini ialah kerana tidak percaya atau tidak meyakini hari pembalasan. Ianya akan merosakkan amalan (baik) mereka. Mereka bertindak bebas tanpa panduan syariat. Dan juga kerana rosak akidah.

33. “Dan mereka telah mendustakan dengan sungguh-sungguh ayat-ayat Kami”. Iaitu mereka tidak menerima dan mempercayai ayat Allah walaupun satu ayat.

34. “Dan Kami hitung setiap sesuatu yang ia lakukan dalam catatan Kami”.

35. Mereka akan dihumban ke dalam neraka, lalu dikatakan kepada mereka, “Kamu rasailah akan azab neraka. Kami tidak akan tambahkan kepada kamu kecuali azab” Semoga Allah lindungi kita semua.

36. “Sesungguhnya bagi golongan yang bertaqwa (iaitu mereka yang dapat menjaga akidahnya dari syirik dan dapat menjaga amalannya dari derhaka), mereka akan mendapat kejayaan, iaitu kebun-kebun syurga, dan anggur-anggur, dan bidadari-bidadari yang sebaya, dan cairan arak yang melimpah. Dan mereka tidak akan dengar lagi dalam syurga perkataan yang sia-sia, dan tidak ada lagi kata dusta dan bohong”.

37. “Semuanya ini adalah balasan di atas amal-amal soleh dari tuhan kamu”.

38. “Pemberian yang cukup sesuai dan setimpal dengan apa yang mereka buat”.

39. “Balasan dari tuhan kamu yang mencipta dan memelihara langit dan bumi dan makhluk di antara keduanya (termasuk jin dan manusia)”.

40. “Tuhan yang Maha Pemurah. Manusia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan Allah taala”.

41. “Hari yang mana malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain akan berdiri dalam keadaan berbaris-baris”.

42. “Mereka tidak mampu untuk bercakap untuk memberi syafaat kepada sesiapapun kecuali kepada orang yang diizinkan untuk diberi syafaat oleh tuhan ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)”. Bila ia memberi syafaat, ianya adalah setakat mana yang diberi izin oleh Allah.

43. “Itulah hari yang benar-benar sabit (yang sungguh tetap akan berlaku)”.

44. “Maka sesiapa yang ingin (kebaikan untuk dirinya), maka bolehlah dia ambil jalan untuk mendekati tuhannya sebagai tempat kembali yang kekal”.

45. “Sesungguhnya kami memberi peringatan kepada kamu tentang azab yang begitu hampir”.

46. “Di waktu azab itu, seseorang akan melihat semua amalan yang mereka buat”.

47 “Dan orang yang ingkar (kafir) akan berkata, (setelah melihat azab balasan dari amal yang mereka buat), “Alangkah baik aku jadi tanah saja”, iaitu bila mati, tidak dibangkitkan lagi.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 77 – Al-Mursalaat

VIDEO – [Durasi  9m 52s] -Surah No 77 – Al-Mursalaat – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/TW6VMsJsvyo ]

 سورة المرسلات

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالْمُرْسَلَاتِ عُرْفًا (1) فَالْعَاصِفَاتِ عَصْفًا (2) وَالنَّاشِرَاتِ نَشْرًا (3) فَالْفَارِقَاتِ فَرْقًا (4) فَالْمُلْقِيَاتِ ذِكْرًا (5) عُذْرًا أَوْ نُذْرًا (6) إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَاقِعٌ (7) فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ (8) وَإِذَا السَّمَاءُ فُرِجَتْ (9) وَإِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْ (10) وَإِذَا الرُّسُلُ أُقِّتَتْ (11) لِأَيِّ يَوْمٍ أُجِّلَتْ (12) لِيَوْمِ الْفَصْلِ (13) وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الْفَصْلِ (14) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (15) أَلَمْ نُهْلِكِ الْأَوَّلِينَ (16) ثُمَّ نُتْبِعُهُمُ الْآخِرِينَ (17) كَذَلِكَ نَفْعَلُ بِالْمُجْرِمِينَ (18) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (19) أَلَمْ نَخْلُقْكُمْ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ (20) فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَكِينٍ (21) إِلَى قَدَرٍ مَعْلُومٍ (22) فَقَدَرْنَا فَنِعْمَ الْقَادِرُونَ (23) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (24) أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ كِفَاتًا (25) أَحْيَاءً وَأَمْوَاتًا (26) وَجَعَلْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ شَامِخَاتٍ وَأَسْقَيْنَاكُمْ مَاءً فُرَاتًا (27) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (28) انْطَلِقُوا إِلَى مَا كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ (29) انْطَلِقُوا إِلَى ظِلٍّ ذِي ثَلَاثِ شُعَبٍ (30) لَا ظَلِيلٍ وَلَا يُغْنِي مِنَ اللَّهَبِ (31) إِنَّهَا تَرْمِي بِشَرَرٍ كَالْقَصْرِ (32) كَأَنَّهُ جِمَالَتٌ صُفْرٌ (33) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (34) هَذَا يَوْمُ لَا يَنْطِقُونَ (35) وَلَا يُؤْذَنُ لَهُمْ فَيَعْتَذِرُونَ (36) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (37) هَذَا يَوْمُ الْفَصْلِ جَمَعْنَاكُمْ وَالْأَوَّلِينَ (38) فَإِنْ كَانَ لَكُمْ كَيْدٌ فَكِيدُونِ (39) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (40) إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي ظِلَالٍ وَعُيُونٍ (41) وَفَوَاكِهَ مِمَّا يَشْتَهُونَ (42) كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (43) إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (44) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (45) كُلُوا وَتَمَتَّعُوا قَلِيلًا إِنَّكُمْ مُجْرِمُونَ (46) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (47) وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ارْكَعُوا لَا يَرْكَعُونَ (48) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (49) فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ (50)

TERJEMAHAN SURAH AL-MURSALAAT

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),

(2) Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,

(3) Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,

(4) Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,

(5) Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),

(6) Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar – derhaka; –

(7) (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.

(8) Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;

(9) Dan apabila langit terbelah;

(10) Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;

(11) Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).

(12) (Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?

(13) (Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.

(14) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?

(15) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!

(16) Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?

(17) Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.

(18) Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.

(19) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!

(20) Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?

(21) Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,

(22) Hingga ke suatu masa yang termaklum?

(23) Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!

(24) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!

(25) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)?

(26) Yang hidup dan yang mati?

(27) Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?

(28) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!

(29) (Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): “Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.

(30) “Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga,

(31) “Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.

(32) “Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,

(33) “(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning”.

(34) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).

(35) Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),

(36) Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.

(37) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!

(38) Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).

(39) Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.

(40) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!

(41) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir),

(42) Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.

(43) (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”

(44) Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

(45) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!

(46) Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.

(47) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah),

(48) Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): “Taatlah dan kerjakanlah sembahyang”, mereka enggan mengerjakannya.

(49) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!

(50) (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah al-Mursalaat ialah berkenaan hari akhirat.

2. [Terjemahan versi pertama] “Demi malaikat-malaikat yang laju membawa angin”

3. “Demi malaikat-malaikat yang membawa angin yang lembut untuk golongan yang taat”. “Demi malaikat-malaikat yang meniup angin yang kencang untuk golongan yang derhaka”

4. “Demi malaikat-malaikat yang menggerakkan awan-awan bertebaran”. “Demi malaikat-malaikat yang mengagihkan awan-awan itu di tempat berlainan untuk diturunkan air” [ Perhatian: Ada tiga versi terjemahan untuk ayat-ayat 1 hingga 3 di atas ]

5. “Dan demi malaikat yang membawa wahyu”

6. Wahyu itu samada untuk mengelakkan manusia daripada berdalih atau memberi peringatan kepada manusia supaya beramal.

7. “Sesungguhnya azab yang dijanjikan kepada kamu itu pasti akan berlaku”

8. “Apabila bintang-bintang telah dihapuskan”

9. “Dan apabila langit telah terbuka dan terbelah”

10. “Apabila gunung-ganang telah hancur menjadi debu”

11. “Apabila rasul-rasul telah dikumpulkan di waktu yang ditetapkan.”

12. “(Jika ditanya:) Untuk hari apakah (perkara akhirat) ini ditangguhkan?”

13. “(Jawabnya:) Untuk hari dibacanya keputusan (untuk hari di mana “keputusan” disampaikan kepada hamba)”

14. “Dan tahukah kamu (kedahsyatan) hari yang keputusan akan dibacakan?”

15. “Celaka besar pada hari itu kepada orang-orang yang mendustakan”

16. “Bukankah Kami telah membinasakan (semasa di dunia) umat-umat kafir dahulu?”

17. “Kemudian Kami susuli kebinasaan itu kepada umat-umat kemudian”

18. “Beginilah tindakan Kami kepada golongan yang bersalah dalam agama”

19. “Celaka besarlah pada hari itu orang yang mendustakan agama”, mendustakan wahyu.

20. “Tidakkah Kami yang telah menciptakan kamu dari air yang hina?”

21. “Lalu Kami jadikan air itu pada tempat yang sangat kukuh, iaitu pada rahim ibu, untuk satu tempoh yang ditetapkan”

22. “Maka Kamilah yang tentukan pembentukannya”

23. “Sebaik-baik yang menentukan kadarnya adalah Kami”

24. “Celaka besarlah pada hari itu orang-orang yang mendustakan wahyu”

25. “Bukankah Kami telah jadikan bumi ini sudah cukup untuk memuatkan orang yang masih hidup dan untuk memuatkan orang yang telah mati. Dan Kami telah jadikan di permukaan bumi ini gunung-ganang yang tinggi.”

26. “Dan Kami bagi minum kepada kamu air yang tawar lagi bersih.”

27. “Celaka besarlah pada hari itu golongan yang mendustakan”

28. Allah sebut semua kejadian di atas kepada manusia supaya ianya menjadi dalil supaya manusia kenal Allah. Sebagai bukti dan dalil kebenaran Allah.

29. Tetapi oleh kerana mereka masih mendustakan, maka celaka besarlah kepada mereka. Celaka besarlah pada hari itu mereka yang mendustakan wahyu.

30. “Pergilah kamu semua kepada azab yang selalu kamu dustakan semasa di dunia dulu”

31. “Pergilah kamu semua kepada bayangan neraka yang mempunyai tiga cabang”

32. “Tidaklah seperti bayangan lain yang meneduhkan”

33. “Dan tidak boleh melindungi mereka dari api yang menyala”

34. “Sesungguhnya api itu melemparkan bunga-bunga api sebesar istana pada permulaannya dan mengecil sehingga seperti unta yang kuning”. Bunga api pada mulanya sebesar istana tapi kemudiannya mengecil seolah-olah sebesar unta kuning.

35. “Celaka besarlah pada hari itu orang yang mendustakan wahyu”

36. “Pada hari ini mereka tidak lagi boleh bercakap kerana kebingungan dan ketakutan”

37. “Dan tidak diizinkan kepada mereka untuk mengemukakan alasan dan dalihan”

38. “Celaka besarlah pada hari itu golongan yang mendustakan wahyu”

39. “Inilah hari keputusan dibuat. Kami kumpulkan semua termasuk orang-orang yang terdahulu”

40. “Maka sekiranya ada cara bagi kamu untuk melepaskan diri, maka buatlah tipu helah kamu”. Sekiranya kamu ada rancangan atau cara untuk memboloskan diri kamu, sila lakukan!

41. “Celaka besarlah pada hari itu golongan yang mendustakan” Semoga Allah lindungi kita semua.

42. “Sesungguhnya golongan yang bertakwa dan menjaga syariat berada dalam teduhan yang nyaman dan mata-mata air dalam syurga dan buah-buahan dari jenis yang mereka ingini.”

43. Dikatakan kepada mereka, “Silalah makan dan minum dengan penuh nikmat, dengan sebab amal yang kamu lakukan semasa di dunia dulu”

44. “Beginilah cara Kami memberi balasan kepada mereka yang memiliki sifat ihsan”

45. “Celaka besarlah pada hari itu golongan yang mendustakan wahyu”

46. “Makanlah kamu di dunia ini dan berseronoklah kamu di dunia ini buat sementara waktu”

47. “Bahawa sesungguhnya kamu adalah golongan yang bersalah dalam agama”

48. “Celaka besarlah pada hari itu golongan yang mendustakan wahyu”

49. “Apabila dinasihatkan kepada mereka supaya ruku’, mereka tidak bersedia untuk ruku’ ”

50. “Celaka besarlah pada hari itu golongan yang mendustakan wahyu.”

51. “Maka perkataan mana lagi selain dari kalam Allah yang mereka akan percaya?” Maksudnya, perkataan mana lagi selain dari al-Quran ini yang mereka akan percaya? Show less

(

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 76 – Al-Insaan

VIDEO – [Durasi  12m 42s] -Surah No 76 – Al-Insaan – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/PcNF__sSEdY ]

سورة الإنسان

بسم الله الرحمن الرحيم

هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا (1) إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا (2) إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا (3) إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَلَاسِلَ وَأَغْلَالًا وَسَعِيرًا (4) إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِنْ كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا (5) عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا (6) يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا (7) وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا (8) إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا (9) إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا (10) فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا (11) وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا (12) مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ لَا يَرَوْنَ فِيهَا شَمْسًا وَلَا زَمْهَرِيرًا (13) وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلَالُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلًا (14) وَيُطَافُ عَلَيْهِمْ بِآنِيَةٍ مِنْ فِضَّةٍ وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَا (15) قَوَارِيرَ مِنْ فِضَّةٍ قَدَّرُوهَا تَقْدِيرًا (16) وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيلًا (17) عَيْنًا فِيهَا تُسَمَّى سَلْسَبِيلًا (18) وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَنْثُورًا (19) وَإِذَا رَأَيْتَ ثَمَّ رَأَيْتَ نَعِيمًا وَمُلْكًا كَبِيرًا (20) عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا (21) إِنَّ هَذَا كَانَ لَكُمْ جَزَاءً وَكَانَ سَعْيُكُمْ مَشْكُورًا (22) إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلًا (23) فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ آثِمًا أَوْ كَفُورًا (24) وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا (25) وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا (26) إِنَّ هَؤُلَاءِ يُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَاءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا (27) نَحْنُ خَلَقْنَاهُمْ وَشَدَدْنَا أَسْرَهُمْ وَإِذَا شِئْنَا بَدَّلْنَا أَمْثَالَهُمْ تَبْدِيلًا (28) إِنَّ هَذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلًا (29) وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا (30) يُدْخِلُ مَنْ يَشَاءُ فِي رَحْمَتِهِ وَالظَّالِمِينَ أَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (31)

TERJEMAHAN SURAH AL-INSAAN

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

(2) Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

(3) Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

(4) (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.

(5) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”,

(6) Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

(7) (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

(8) Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

(9) (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

(10) “Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut”.

(11) Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).

(12) Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

(13) Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

(14) Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

(15) Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya)

(16) (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

(17) Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”,

(18) Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.

(19) Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

(20) Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).

(21) Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

(22) (Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)”.

(23) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.

(24) Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

(25) Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;

(26) Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

(27) Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).

(28) Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.

(29) Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

(30) Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

(31) Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===================================================

1. Surah al-Insaan menceritakan tentang peristiwa-peristiwa di hari kiamat dan suasana selepas mati.

2. “Sesungguhnya telah berlalu satu masa, (sedang manusia) tidak menjadi sesuatu yang disebut-sebut (kerana belum wujud lagi)”

3. “Bahawa Kami yang menciptakan manusia daripada campuran air mani yang berbeza, supaya Kami uji dia; Kami telah beri kepadanya pendengaran dan penglihatan supaya dia layak diuji”

4. “Kami adakan syariat sebagai pimpinan (jalan) untuk dia menyempurnakan ujiannya. Manusia ini sama ada bersyukur (lulus dalam ujian) atau kufur (gagal dalam ujian)”

5. “Jika manusia kufur (dan gagal dalam ujian ini), Kami sediakan rantai dan belenggu-belenggu dalam neraka yang dibelenggukan tangan ke leher mereka dan api yang menyala-nyala” Semoga Allah taala melindungi kita semua.

6. “Sesungguhnya orang-orang yang baik (yang mengikuti wahyu Kami), mereka akan minum dari gelas, sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur” ”

7. “Sejenis mata air yang akan meminum darinya hamba-hamba Allah. Mata air ini mereka boleh alirkannya mengikut kehendak mereka.”

8. “Kerana di dunia dulu mereka menyempurnakan janji dan nazar”. Janji dan nazar ini bermaksud kewajipan, kerana nazar wajib ditunaikan.

9. “Dan mereka takut pada suatu hari kelak (akhirat) di mana azab (neraka) pada hari itu sangat besar, merebak ke merata-rata tempat.”

10. “Mereka juga memberi makanan  kepada anak yatim, fakir miskin dan tawanan, sedangkan mereka juga perlu dan suka kepada makanan itu.” [Terjemahan lain untuk ayat ini ialah, “Mereka memberi makan kerana kasih kepada Allah”]

11. Mereka benar-benar ikhlas; “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana ingin mendapatkan redha Allah.”

12. “Dan kami tidak mahu dari kamu balasan dan juga tidak mahu dari kamu ucapan terima kasih”

13. “Sesungguhnya kami semua takut kepada Rabb kami, di hari yang sangat-sangat keruh dan benar-benar sukar”

14. “Maka Allah melindungi mereka dari keburukan dan kejahatan pada hari itu; dan Allah beri kepada mereka keceriaan dan kegembiraan”

15. “Dan Allah balas kepada mereka itu, dengan sebab sabarnya mereka (istiqamah dalam agama) kebun syurga, pakaian sutera”

16. “Mereka berehat dan bersandar di atas pelamin-pelamin. Mereka tidak akan melihat teriknya panas matahari dan (merasai) keadaan yang amat sejuk.”

17. “Naungan begitu dekat melindungi mereka. Dan juga buah-buahan begitu dekat untuk mereka memetiknya.”

18. “Dan mereka dilayani dengan diedarkan bekas-bekas perak dan juga mangkuk yang jernih dan jelas (lutsinar) daripada perak. Yang mereka boleh tentukan kadar yang bersesuaian untuk mereka minum.”

19. “Dan mereka juga diberi sejenis minuman yang campurannya “Zanjabil”, iaitu sejenis halia.

20. “Keluar dari mata air dalam syurga yang dinamakan “Salsabila”

21. “Mereka diiringi oleh pemuda-pemuda yang sebaya untuk melayan mereka, yang kekal untuk melayani mereka. (Cantiknya pemuda-pemuda ini), jika kamu melihat mereka, ianya seperti mutiara yang bertaburan”

22. “Dan apabila kamu tengok keadaan di syurga nanti, kamu akan tengok nikmat yang sangat besar dan kerajaan yang sangat agung.”

23. “Pada tubuh badan mereka sutera halus yang berwarna hijau dan sutera tebal. Dan mereka akan dihiasi dengan gelang-gelang dari perak. Dan tuhan mereka memberi minum kepada mereka minuman yang amat bersih.”

24. (Dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya ini semua adalah balasan kepada kamu. Dan segala penat lelah kamu dalam taat di dunia dulu dibalas.”

25. “Bahawa Kami telah menurunkan kepada kamu al-Quran.”

26. “Maka bersabarlah (wahai Muhammad) bagi menunaikan tugas dan tanggungjawab bagi tuhan kamu. Dan jangan sekali-sekali kamu kamu patuhi mereka yang kafir, baik yang berdosa atau yang ingkar”

27. “Dan hendaklah sentiasalah sebut, nama tuhan kamu (yang berkat), di waktu pagi (Subuh) dan petang ( ‘Asar)”

28. “Dan di waktu malam (Maghrib dan Isya’) hendaklah kamu sujud kepada-Nya. Dan bersembahyanglah (Tahajjud) di waktu malam yang panjang”

29. “Sesungguhnya orang kafir kasih kepada dunia yang sementara dan segera ini”

30. “Mereka tidak menghiraukan tentang hari yang sangat berat untuk ditanggung”

31. “Kamilah yang mencipta mereka. Kamilah yang menguatkan sendi-sendi mereka. Dan apabila Kami kehendaki, Kami boleh matikan mereka dan gantikan dengan generasi yang lain”

32. “Sesungguhnya ayat-ayat ini adalah peringatan (tazkirah). Maka kepada sesiapa yang ingin ambillah jalan supaya hampir kepada tuhannya”

33. “Sebenarnya kamu tidak ada keinginan, melainkan jika ditakdirkan oleh Allah”

34. Apabila ditakdirkan oleh Allah, ikhtiar pertama manusia ialah berdoa. Keinginan untuk mendapat perkara-perkara yang dijanjikan oleh Allah adalah merupakan takdir dari Allah. Hendaklah kamu berusaha untuk mendapat perkara baik itu dengan berdoa kepada Allah.

35. “Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha bijaksana”

36. “Dia sahaja yang akan memasukkan sesiapa yang Ia kehendaki ke dalam rahmat-Nya”

37. “Allah sediakan kepada kaum yang zalim azab yang sangat pedih”

38. Untuk mendapatkan sesuatu dalam takdir, seseorang hamba wajib berusaha sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah.

39. Antara amalan yang paling mudah untuk mendapatkan apa yang ditakdirkan oleh Allah ialah berdoa.

40. Doa adalah dalam bentuk sebutan dan dalam hati. Allah tidak akan menerima doa jika hanya mulut yang menyebut tetapi hatinya lalai sebagaimana disebut dalam hadis nabi s.a.w. Tetapi jika berdoa dalam hati tetapi tidak disebut dengan lidah, Allah akan terima doanya. Walaupun begitu, pahala tetap akan diberi (ke atas sebutan) jika mulutnya berdoa dalam keadaan hatinya lalai. Begitu juga dengan zikir, ianya tetap diberi pahala walaupun tidak disertai dengan hati tetapi hakikat (manfaat) dari zikir tidak diperolehi.

41. Oleh itu, ayat-ayat Quran ini hendaklah dibaca dengan “tadabbur” (memikirkan dan mengamatinya) supaya kita memperolehi tuntutan asal dari wahyu ini.

42. Yang paling mudah tawajjuh (tumpuan hati, menghadapkan diri) kepada Allah taala ialah dengan berdoa dan melakukan amal ibadat.