Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 65 – at-Talaaq

VIDEO – [Durasi  12m 10s] -Surah No 65 -at-Talaaq – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/yq5uFLPdwhs ]

سورة الطلاق

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْرًا (1) فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ذَلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (3) وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا (4) ذَلِكَ أَمْرُ اللَّهِ أَنْزَلَهُ إِلَيْكُمْ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا (5) أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّى يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُمْ بِمَعْرُوفٍ وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَى (6) لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا (7) وَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ أَمْرِ رَبِّهَا وَرُسُلِهِ فَحَاسَبْنَاهَا حِسَابًا شَدِيدًا وَعَذَّبْنَاهَا عَذَابًا نُكْرًا (8) فَذَاقَتْ وَبَالَ أَمْرِهَا وَكَانَ عَاقِبَةُ أَمْرِهَا خُسْرًا (9) أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ آمَنُوا قَدْ أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ ذِكْرًا (10) رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِ اللَّهِ مُبَيِّنَاتٍ لِيُخْرِجَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا قَدْ أَحْسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزْقًا (11) اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا (12)

TERJEMAHAN SURAH AL-TALAAQ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Wahai Nabi! Apabila kamu – (engkau dan umatmu) – hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

(2) Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

(3) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(4) Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

(5) Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.

(6) Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

(7) Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

(8) Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.

(9) Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar.

(10) Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan –

(11) (Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh – dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.

(12) Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah at-Talaaq mengandungi hukum-hukum dan peraturan hidup dalam berumahtangga supaya umat Islam hidup bahagia di dunia ini. Bagaimana cara hidup bersama pasangan suami isteri dan bagaimana caranya jika terpaksa berpisah. Hukum Allah hendaklah sentiasa dijaga.

2. Berkahwin dan bercerai hendaklah mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh syariat. Allah akan bantu seseorang itu setakat mana dia takut pada Allah.

3. Dalam surah ini dinyatakan hukum-hukum perceraian dan syariat dari Allah supaya manusia bertakwa.

4. “Wahai Nabi! (beritahulah kepada umat kamu tentang hukum ini). Apabila kamu ingin menjatuhkan talaq kepada isteri, hendaklah kamu ceraikan pada waktunya (iaitu waktu suci). Hendaklah kamu hitung tempoh ‘iddah. Hendaklah kamu benar-benar takut kepada Allah, Rabb kamu”

5. Menghitung bilangan hari dalam ‘iddah ini penting bagi mereka yang ingin berkahwin selepasnya.

6. “Kamu janganlah mengeluarkan mereka dari rumah mereka (rumah kamu) dan mereka tidak boleh dikeluarkan dari rumah (kamu) selepas diceraikan melainkan mereka melakukan kejahatan keji yang nyata. Ini adalah undang-undang Allah dan barangsiapa yang melanggar undang-undang Allah dalam ber’iddah sebenarnya dia telah menzalimi dirinya sendiri”

7. “Kamu tidak tahu mungkin Allah taala akan zahirkan selepas bercerai perkara-perkara lain (yang difikirkan oleh mereka berdua untuk samada terus bercerai atau kembali berdamai)”

8. “Apabila tempoh ‘iddah hampir tiba, maka (arahan Allah kepada suami) kamu ambillah mereka sebagai isteri dengan cara yang baik atau (jika kamu tidak ingin meneruskan perkahwinan) lepaskan mereka dengan cara yang baik”

9. “Hendaklah adakan saksi (yang hukumnya sunat) dua orang di kalangan kamu (semasa berlaku perceraian atau rujuk). Dan kamu, orang-orang yang dipilih untuk menjadi saksi, sempurnakanlah tugas kamu sebagai saksi kerana Allah”

10. “Peraturan ini adalah dari Allah untuk mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”

11. Hukum perceraian hanya dapat dijaga oleh orang yang benar-benar bertaqwa. Begitu juga syariat dapat dijaga di dalam perkahwinan (antara suami isteri dan keluarga) hanya oieh mereka yang bertaqwa.

12. “Sesiapa yang ada sifat takut dan taqwa kepada Allah, Allah akan adakan untuknya jalan keluar (dari bahaya, kesusahan dan mudarat). Dan Allah akan beri kepadanya rezeki (berkat taqwa itu) dari punca yang ia tidak terfikir. Dan sesiapa yang benar-benar bertawakkal kepada Allah (selepas bertaqwa), Allah taala sudah cukup untuk segala urusannya (melindungi, memberkatinya dan sebagainya)”

13. “Allah taala melaksanakan urusan mengikut takdir. Sesungguhnya Allah telah tetapkan ketentuan pada setiap perkara.”

14. “Dan perempuan-perempuan yang sudah putus daripada haidh, sekiranya kamu meragui tempoh (‘iddah) mereka (kerana tiada lagi haidh), maka tempoh ‘iddah mereka ialah tiga bulan. Begitu juga kepada perempuan-perempuan yang tidak berhaidh. Manakala perempuan-perempuan yang mengandung (apabila diceraikan) tempoh akhir mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka”

15. “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan jadikan urusan hidupnya mudah”

16. “Itulah dia hukum Allah taala yang perlu kamu jaga. Dan sesiapa yang dapat bertaqwa kepada Allah, Allah akan tutup kesalahan dan dosanya dan Allah besarkan pahala balasan kepadanya”.

17. “Berikanlah tempat tinggal kepada isteri yang diceraikan di tempat kamu tinggal mengikut kemampuan kamu. Dan janganlah kamu (wahai suami) mengganggu (membahayakan) mereka untuk menyempitkan hidup mereka selepas diceraikan”.

18. “Sekiranya mereka yang diceraikan itu mengandung, hendaklah engkau infaqkan (tanggung nafkah) kepada mereka sehingga mereka melahirkan anak. Dan sekiranya mereka bersedia untuk menyusukan anak kamu, hendaklah kamu memberi upah yang sesuai kepada mereka”.

19. “Hendaklah bermesyuarat di antara kamu (untuk menjaga anak) dengan baik”.

20. “Sekiranya kamu menghadapi kesulitan untuk membayar kepada isteri kamu (bagi tujuan menyusu, mungkin kerana dia meminta upah yang tinggi atau tidak bersedia untuk menjaga anak kamu kerana berkahwin dengan suami baru) maka boleh diupah orang lain untuk menyusukan anak itu”.

21. “Hendaklah memberi bayaran (nafkah) mengikut kemampuannya”

22. “Dan sesiapa yang sempit rezekinya hendaklah dia bayar mengikut kemampuan yang Allah beri kepadanya”

23. “Allah tidak membebankan manusia kecuali sekadar apa yang Allah beri kepadanya”

24. “Mudah-mudahan Allah akan beri kepadanya kesenangan sesudah kepayahan”
Bahagian kedua surah ini,

25″Berapa banyak daerah yang derhaka terhadap arahan Allah, tuhannya, yang derhaka terhadap arahan rasulnya, kami hisab mereka dengan hisab yang sangat berat. Dan kami azab daerah itu dengan azab yang sangat perit”.

26. “Mereka telah merasai akibat buruk dari amalan-amalan mereka”

27. “Dan kesudahan mereka adalah kerugian semata-mata. Allah telah sediakan kepada mereka itu azab yang sangat perit”

28. “Maka takutlah oleh mu akan Allah wahai mereka yang ada akal fikiran”.

29. Orang yang memiliki akal fikiran biasanya orang-orang yang beriman. Orang yang benar-benar beriman ialah mereka yang memiliki akal fikiran.

30. “Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu suatu peringatan, iaitu al-Quran”.

31. “Dan Allah juga telah mengutuskan kepada kamu rasul yang akan membaca kepada kamu ayat-ayat Allah yang jelas dan nyata”

32. “Supaya dapat dikeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari segala kegelapan kepada cahaya. Dan sesiapa yang dapat beriman kepada Allah dan dapat melakukan amal soleh, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam kebun-kebun syurga yang luas, mengalir di bawahnya sungai-sungai. Kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya”

33. “Sesungguhnya Allah taala menyediakan rezeki yang terbaik untuknya”

34. “Allah yang menciptakan tujuh lapis langit dan bumi yang seperti itu, sentiasa turun urusan syarie (atau turun urusan takwini) di antara langit dan bumi supaya kamu meyakini kudrat Allah (dan supaya kamu meyakini ilmu Allah).

35. “Supaya kamu meyakini Allah itu berkuasa atas segala sesuatu. Dan supaya kamu meyakini bahawa Allah taala memiliki ilmu yang meliputi segala-galanya”.

36. Maksudnya, ciptaan langit dan bumi bukan kerana Muhammad, sebagaimana hadis palsu yang bermaksud, “Kalau tidak keranamu Muhammad, nescaya Aku tidak ciptakan langit dan bumi”.

37. Hadis di atas adalah bertentangan dengan ayat al-Quran yang kita baca ini. Ayat ini beritahu supaya kita benar-benar yakin kepada Allah dan bukan kerana sesiapa. Allah taala yang meciptakan langit dan bumi dan segala urusan yang berlaku di antara langit dan bumi.

38. Semua kejadian ini adalah supaya manusia yakin bahawa Allah maha berkuasa dan ilmu Allah meliputi segala-galanya.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 64 – at-Taghaabun

VIDEO – [Durasi  11m 23s] -Surah No 64 -at-Taghaabun – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/qyb7Gc6Uckw ]

TERJEMAHAN SURAH AT-TAGHAABUN

سورة التغابن

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ خَـٰلِدِينَ فِيهَا ۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ ١٠ مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۭ ١١ وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ ۚ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلْبَلَـٰغُ ٱلْمُبِينُ ١٢ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ ١٣ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّ مِنْ أَزْوَٰجِكُمْ وَأَوْلَـٰدِكُمْ عَدُوًّۭا لَّكُمْ فَٱحْذَرُوهُمْ ۚ وَإِن تَعْفُوا۟ وَتَصْفَحُوا۟ وَتَغْفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ١٤ إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَـٰدُكُمْ فِتْنَةٌۭ ۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌۭ ١٥ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًۭا لِّأَنفُسِكُمْ ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ١٦ إِن تُقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًۭا يُضَـٰعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ وَٱللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ ١٧ عَـٰلِمُ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ ١٨

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(2) Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).

(3) Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.

(4) Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;

(5) Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(6) (Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata:” Patutkah manusia (yang seperti kami – menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.

(7) (Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: “Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

(8) Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran – yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

(9) (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), – itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

(10) Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekallah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

(11) Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(12) Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

(13) Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.

(14) Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(15) Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

(16) Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(17) Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).

(18) Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)

===============================================

1. Surah At-Taghaabun dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu, dari ayat 1-13, mengenai tauhid, dan bahagian kedua ialah dari ayat 14 hingga akhir.

2. “Taghaabun” maknanya, “zahirnya kerugian”, yang bermaksud di akhirat nanti akan zahirnya kerugian. “Kerugian” ini ialah kepada kedua-dua golongan; iaitu, orang kafir yang ingkar dan berdosa akan rugi kerana balasan-balasan yang dahsyat yang akan diterima dan orang mukmin juga rugi kerana tidak sempat melakukan amalan baik yang banyak, berjuang dan berkorban seperti yang sepatutnya.

3. “Bertasbih dan memuji-muji Allah taala makhluk di langit dan makhluk di bumi”.

4. “Milik Allahlah kerajaan dan milikNyalah pujian. Dan Dialah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”. 5. “Dialah Allah yang telah mencipta kamu”

6. “Maka ada di antara kamu yang ingkar dan ada di antara kamu yang benar-benar beriman”.

7. “Dan Allah maha melihat segala amalan yang kamu lakukan”

8. Kudrat Allah taala iaitu, “Allah telah menciptakan langit dan bumi bagi menzahirkan kebenaran.”

9. “Dan Dia telah menentukan bentuk rupa kamu dan Dia telah memperelokkan rupa kamu”

10. “Kepada-Nyalah kembali semua makhluk”

11. Ilmu Allah taala iaitu, “Dia Maha Mengetahui apa yang di langit dan apa yang di bumi”

12. “Dan Dia maha Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan.”

13. “Dan Allah Maha Mengetahui rahsia-rahsia yang ada di dalam hati (dan di dalam dada kamu).”

14. “Belumkah sampai kepada kamu berita orang-orang yang ingkar sebelum ini?”

15. Di dunia dahulu, “Mereka telah merasai hukuman (kesan buruk) dari amalan mereka”.Dan di akhirat nanti, “Azab yang sangat pedih”

16. Kenapakah mereka ditimpakan hukuman di dunia dan di akhirat?

17. “Hukuman itu dikenakan kerana telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan dalil dan bukti”. Tetapi mereka tidak menerima dengan baik nasihat rasul-rasul tersebut.

18. Mereka berkata, “Patutkan manusia (seperti kami) yang akan memimpin (kami) kepada agama?”

19. “Mereka ingkar kerana nabi-nabi itu terdiri dari kalangan manusia (seperti mereka). Dan mereka berpaling dari taat. Dan Allah taala tidak berhajat kepada ketaatan mereka. Dan Allah taala Maha Kaya lagi Terpuji”

20. “Orang-orang ingkar menyangka (tidak yakin) mereka akan dibangkitkan semula untuk dibalas”

21. “Katakanlah (kepada mereka). Kenapa tidak? Bahkan, demi tuhanku, kamu pasti akan dibangkitkan semula untuk dibalas. Bila bangkit, kamu akan diberitahu apa yang telah kamu lakukan (sebagai hukuman dan balasan). Adapun yang demikian (bangkit dan pembalasan itu) bagi Allah adalah amat mudah”.

22. Oleh kerana itu, “Hendaklah kamu benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya dan kepada cahaya (al-Quran) yang Kami turunkan. (Dan dalam melakukan amal ini, hendaklah kamu ikhlas), kerana Allah taala maha Mengetahui apa yang kamu lakukan”.

23. “Hari bila Allah taala kumpulkan kamu di akhirat, Hari Pengumpulan semua manusia, hari itu ialah hari yang diperlihatkan kerugian masing-masing”

24. “Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh nescaya akan dimaafkan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosanya dan akan dimasukkan ke dalam kebun-kebun syurga yang luas. Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Serta kekallah di dalam syurga itu selama-lamanya. Itulah kejayaan yang agung”. Semoga Allah taala pilih kita.

25. “Dan orang-orang yang mendustakan dan mengingkari ayat-ayat kami, mereka adalah penghuni neraka. Kekallah mereka di dalamnya. Dan seburuk-buruk tempat kembali adalah neraka”. Semoga Allah taala lindungi kita.

26. “Tidak menimpa mana-mana musibah kecuali semuanya dengan izin dan takdir dari Allah”.

27. “Dan sesiapa yang benar-benar yakin kepada Allah taala, Allah akan pimpin hatinya supaya sabar.” Dan sesiapa yang benar-benar meyakini janji Allah maka Allah akan pimpin hatinya supaya sabar kerana musibah itu datangnya dari Allah.

28. Musibah datang dari Allah atas sebab-sebab tertentu. Hikmah-hikmah tersebut, di antaranya adalah sebagai peringatan kepada hamba tentang musibah di hari akirat nanti dan hikmah keduanya, untuk menggandakan pahala bila dia bersabar. Ketiganya adalah sebagai hukuman sementara sebelum datangnya musibah besar di akhirat.

29. “Dan Allah taala Maha Mengetahui segala sesuatu”

30. Oleh itu, di dunia ini, “Patuhilah hukum Allah dan patuhilah sunnah Rasul”

31. “Maka sekiranya kamu berpaling dari taat, sesungguhnya tugas rasul Kami hanya menyampaikan wahyu ini sejelas-jelasnya”

32. “Allah, tidak ada illah melainkan Dia. Dan kepada Allah sahajalah hendaknya berserah mereka yang benar-benar beriman”

33. “Wahai mereka yang beriman! Ada sebahagian dari isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh kepada kamu. Oleh kerana itu berwaspadalah terhadap mereka (berjaga-jaga terhadap fitnah daripada mereka)”.

34. “Sekiranya kamu memaafkan mereka (tidak menghukum mereka) dan tidak menyebut keburukan mereka, dan memohon supaya mereka diampunkan oleh Allah taala (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”

35. “Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-pinak kamu adalah ujian besar dari Allah”.

36. “Fitnah” bermaksud ujian besar, ujian di segi agama.

37. “Di sisi Allah disediakan pahala yang besar untuk orang-orang yang taat”.

38. “(Berkenaan harta dan anak pinak kamu hendaklah kamu takut kepada Allah), setakat kemampuan kamu. Dan hendaklah kamu dengar nasihat dari Allah taala”

39. Ada perkara yang kita hanya perlu tahu, tapi tidak perlu buat atau laksanakan. Contohnya manusia perlu tahu dari Allah apakah benda-benda yang diharamkan. Bukannya untuk dilakukan, tetapi untuk ditinggalkan. Kita perlu tahu perkara-perkara syirik supaya tidak terjatuh dalam syirik.

40. “Dan hendaklah kamu dengar”, nasihat-nasihat dari Allah taala.

41. “Dan hendaklah kamu patuhi”, perkara-perkara yang wajib dilakukan.

42. “Dan hendaklah kamu infaqkan harta kamu, nescaya infaq itu lebih baik untuk kamu.”

43. “Dan sesiapa yang dapat mengelakkan diri dari sifat tamak (yang membawa kepada kedekut) dalam dirinya, mereka itulah golongan yang berjaya (di dunia dan di akhirat)”.

44. “Sekiranya jika kamu sanggup memberi pinjaman dengan cara infaq kepada agama Allah, infaq yang ikhlas, nescaya digandakan kepada kamu balasan dan Allah taala akan tutupkan kesalahan dan dosa kamu”.

45. “Allah taala menghargai jasa-jasa hamba dan dibalasNya dan Allah tidak cepat menghukum kesilapan dan dosa yang dibuat oleh hamba-Nya”

46. “Dialah Maha mengetahui perkara yang ghaib (bagi manusia) dan perkara ynag nyata. Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 63 – al-Munaafiquun

VIDEO – [Durasi  15m 35s] -Surah No 63 -al-Munaafiquun – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/U8wuhRfwsEU ]

سورة المنافقون

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا۟ يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ ٱللَّهِ لَوَّوْا۟ رُءُوسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ ٥ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَن يَغْفِرَ ٱللَّهُ لَهُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفَـٰسِقِينَ ٦ هُمُ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنفِقُوا۟ عَلَىٰ مَنْ عِندَ رَسُولِ ٱللَّهِ حَتَّىٰ يَنفَضُّوا۟ ۗ وَلِلَّهِ خَزَآئِنُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ ٧ يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعْنَآ إِلَى ٱلْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ ٱلْأَعَزُّ مِنْهَا ٱلْأَذَلَّ ۚ وَلِلَّهِ ٱلْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَـٰكِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ ٨ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَٰلُكُمْ وَلَآ أَوْلَـٰدُكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ ٩ وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَـٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ قَرِيبٍۢ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٠ وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا ۚ وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ ١١

TERJEMAHAN SURAH AL-MUNAAFIQUUN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

(2) Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

(3) (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

(4) Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?

(5) Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu”, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.

6) (Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.

(7) Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)”. Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).

(8) Mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(9) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

(10) Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.

(11) Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah al-Al-Munaafiquun adalah berkenaan “infaq”. Di antara ciri-ciri penting supaya agama  Islam bangkit ialah perlu   adanya golongan berharta yang sanggup menginfaqkan harta untuk agama Allah.

2. Dalam surah  ini, Allah memberitahu tentang golong munafiqin yang bakhil dalam menginfaqkan harta.

3. Dalam perjalanan balik dari peperangan Bani Musthaliq, berlaku kekecohan di antara kaum Muhajirin dan Ansar. Seorang Muhajirin telah memukul seorang Ansar lalu orang  yang dipukul telah mengadu kepada sahabat Ansarnya bahawa dia telah dizalimi. Dan Muhajirin yang telah dipukul mengadu pula kepada kumpulannya menyebabkan berlaku perbalahan di antara kedua kumpulan.

4. Lalu nabi bersabda kepada mereka, “Apakah kamu masih tidak boleh meninggalkan lagi seruan jahiliyyah (berpuak-puak)?”. Peringatan tersebut bukan ditujukan kepada orang Mekah atau Madinah tetapi ditujukan kepada kumpulan yang dikenali dengan sifat baiknya (iaitu “Muhajirin” dan “Ansar”). Apa-apa seruan yang menyebabkan berpecah-belah, nabi melabelkannya sebagai “jahiliyyah”.

5. Muhajirin adalah sifat orang  yang berhijrah (bukannya kerana mereka berasal dari Mekah) dan Ansar ialah sifat orang yang memberi bantuan (bukannya kerana mereka orang Madinah). Tetapi jika mereka terlibat dalam pergaduhan dan pecah belah, nabi tetap mengatakan ianya jahiliyyah.

6. Ketua kaum munafiq yang ada bersama dalam rombongan tersebut berkata (untuk menghasut), “Apabila tiba di Madinah, orang mulia akan menghalau orang hina dari Kota Madinah. Dan berhentilah kamu semua dari menginfaqkan harta kepada pengikut-pengikut Muhammad (yang berada di sekeliling baginda untuk belajar)”. Dengan anggapan bahawa sesudah tiada harta mereka akan meninggalkan nabi Muhammad.  Mereka menyangka, kononnya dengan harta infaq inilah orang datang kepada nabi.

7. Mereka menyeru supaya golongan Ansar berhenti menginfaqkan harta kepada “pelajar-pelajar (sahabat-sahabat)” yang mengikuti nabi Muhammad supaya mereka meninggalkan nabi dan mencari rezeki di tempat lain. Maka Allah taala turunkan surah ini.

8. Seorang sahabat bernama Zaid bin Arqam, telah terdengar perkataan orang munafiq ini. Dia tidak dapat tidur kerana rasa amat sakit hati dan cuba memujuk bapa saudaranya supaya melaporkan hal ini kepada nabi. Bapa saudaranya mengingatkannya  bahawa Abdullah bin Ubay  adalah ketua munafiqin yang pandai berkata-kata dan suka menipu. Kemungkinan Zaid pula akan dipersalahkan. Zaid bin Arqam kemudiannya memberitahu sendiri kepada nabi tentang perkataan Abdullah bin Ubay tersebut. Nabi hendak  pastikan kebenaran dakwaan tersebut dengan bertanya sendiri kepada Abdullah (iaitu, mengenai perkataannya  orang mulia akan menghalau orang hina, dan jangan berikan infaq kepada sahabat-sahabat nabi yang belajar dan duduk bersama baginda  supaya mereka meninggalkan nabi).

9. Abdullah bin Ubay bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak pernah berkata demikian, dan dia mendakwa dia benar-benar mukmin dan Allah tahu isi hatinya. Oleh kerana dia telah bersumpah dengan nama Allah, maka dia telah terlepas dari hukuman kerana sumpah adalah satu hujjah dalam Islam. Nabi menegur Zaid supaya jangan berkata lagi sedemikian.

10. Sumpah adalah bukti (yang diterima dalam Islam). Nabi telah menegur Zaid Bin Arqam dan tidak menghukum Abdullah bin Ubay kerana nabi tidak tahu hakikat sebenarnya.

11. Selepas itu turun ayat al-Quran ini untuk menegakkan kebenaran dan mendedahkan bahawa munafiq itu telah bersumpah bohong.

12. “Apabila datang kepada kamu (Muhammad) golongan munafiq lalu berkata, “Kami bersaksi dengan sepenuh hati kami, bahawa kamu sesungguhnya rasul Allah, (kami tidak mungkin berbohong kepada kamu)”. Allah berkata, “Memang Allah maha mengetahui (bahawa engkau adalah rasulnya) dan Allah bersaksi bahawa munafiq ini telah berbohong (dengan mengatakan bahawa dia percaya nabi Muhammad adalah rasul Allah)”

13. Sekiranya mereka percaya bahawa nabi Muhammad adalah rasul Allah nescaya mereka tidak mengatakan bahawa sekembalinya ke Madinah, orang mulia (orang-orang Madinah) akan menghalau orang hina (nabi s.a.w).

14. Siapakah lagi yang sanggup berkata demikian kalau tidak dia seorang munafiq?

15. Pada mulanya mereka bersumpah, “Mereka jadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai”, dari ditangkap (dan dihukum)”.

16. “Sesungguhnya mereka, telah menghalang orang lain daripada jalan Islam”

17. “Sesungguhnya amat buruk nifaq yang mereka lakukan”

18. Amat buruk sifat nifaq, kerana sebelum ini mereka telah zahirkan sikap orang yang beriman tetapi kemudiannya mereka zahirkan pula sifat kufur.

19. Sebelum ini mereka menampilkan imej Islam tetapi mereka tidak dapat menutup hakikat sebenarnya. Sebelum ini mereka zahirkan bahawa mereka orang beriman, tetapi akhirnya sifat kekufuran mereka terdedah.

20. “Lalu dikunci hati mereka, sehingga tidak dapat memahami (apa hakikat Islam)”

21. “Apabila kamu tengok mereka, susuk tubuh mereka menarik hati kamu”, penampilan luaran mereka menarik (dan boleh dipercayai).

22. “Dan bila mereka bercakap, kamu akan percaya kepada mereka (dengan sebab petahnya bercakap)”

23. Semuanya indah di segi zahir (luaran) sahaja, tetapi (di dalam hatinya) tidak ada iman.

24. “Mereka ini seumpama kayu sandar untuk dijadikan bahan bakar”, (kayu yang disandarkan di dinding rumah sebelum dijadikan kayu api). Mereka ini adalah seumpama kayu yang disandar yang tidak layak dijadikan (barang yang berharga seperti) perabut, malah hanya layak untuk dijadikan bahan bakar sahaja.

25. “(Disebabkan busuknya hati mereka), mereka menyangka setiap bunyi bising adalah wahyu yang diturunkan”, yang ditujukan kepada mereka untuk membogkar tembelang mereka. Disebabkan busuknya hati mereka, mereka menyangka setiap bunyi bising adalah bala kepada mereka.

26. “Mereka sebenarnya musuh (dalam selimut)”.

27. “Berwaspadalah terhadap mereka (dan janganlah jadikan mereka teman rapat dan pemimpin)”

28. “Allah laknat mereka. Bagaimana mereka boleh terpesong dari jalan yang benar?”. Bagaimanakah mereka boleh terpesong sedangkan mereka tinggal dalam suasana yang benar dan ada di kalangan mereka guru (nabi Muhammad) yang benar. Juga kitab yang benar. Sahabat-sahabat yang bersama mereka ialah sahabat yang benar.

29. Mereka sepatutnya tidak terpesong, kecualilah mereka tinggal di persekitaran yang berbeza yang tiada nabi dan sahabat-sahabat baginda.

30. Orang munafiq tadi, setelah diajak supaya beristighfar kepada Allah dan meninggalkan amalan-amalan buruk, kembali kepada ajaran tauhid yang sebenar, tinggalkan segala prasangka, bertaubat dan berjumpa nabi untuk meng”amin”kan taubat mereka, tetapi yang mereka lakukan ialah memalingkan muka mereka. Dan mereka tidak ingin dinasihati, mereka sombong untuk menerima nasihat.

31. “Sama saja mereka (yang munafiq ini), kamu minta ampun untuk mereka atau kamu tidak meminta ampun”. “Sama sahaja” bermaksud, Allah tetap tidak akan mengampuni mereka.

32. “Sesungguhnya Allah tidak akan memberi pimpinan (dan hidayat) kepada kaum yang fasiq” 33. “Merekalah yang berkata, “Jangan kamu infaqkan kepada sesiapa yang berada bersama Rasulullah sehingga (menyebabkan) mereka pergi ke tempat lain (meninggalkan Rasulullah)”

34. ” (Padahal) Milik Allah khazanah langit dan bumi”

35. “Tetapi golongan munafiq tidak memahami (bahawa rezeki itu adalah daripada Allah)”

36. “Mereka berkata, bila kita balik ke Madinah nanti, golongan yang mulia di Madinah akan menghalau golongan yang hina”. Yang dimaksudkan “golongan yang hina” oleh orang-orang munafiq ini ialah nabi s.a.w.

37. Jawapan kepada mereka (orang-orang munafiq), “Dan kemuliaan sebenar adalah milik Allah, milik Rasul Allah dan orang-orang yang beriman kepada Allah”

38. “Tetapi golongan munafiqin tidak tahu (siapa sebenarnya yang mulia)”

39. Ayat-ayat seterusnya adalah galakan kepada infaq. “Wahai orang yang telah beriman! Janganlah harta benda dan anak pinak kamu melalaikan kamu dari berzikir kepada Allah”

40. Zikir kepada Allah taala adalah himpunan (kemuncak) kepada semua amalan agama.

41. Janganlah harta benda kamu dan anak pinak kamu menghalang kamu dari “zikir” iaitu menunaikan perintah-perintah Allah.

42. Saidina Umar berkata, “Adalah lebih afdhal berzikir dengan cara menunaikan perintah-perintah Allah daripada berzikir dengan lidah”. “Berzikir” dengan mematuhi syariat Allah taala itu lebih afdhal dari berzikir dengan lidah. Kita melaksanakan syariat Allah pada masa dan tempatnya adalah lebih baik dari berzikir dengan lidah.

43. “Dan sesiapa yang dilalaikan (oleh harta benda dan anak pinak), mereka adalah golongan yang benar-benar rugi”.

44. Oleh itu, “Hendaklah kamu infaqkan sebahagian (dari apa yang telah Kami beri kepada kamu dalam bentuk) rezeki sebelum datang kepada kamu kematian”.

45. Biia datang kematian, kamu akan nampak (tahu) betapa pentingnya infaq. Tetapi apa yang kamu nampak pada masa itu tidak memberi faedah.

46. Ketika datangnya kematian, dia akan berkata, “Wahai tuhanku! Kenapa engkau tidak lewatkan masa kematianku sedikit masa lagi supaya aku dapat bersedekah dan aku akan jadi hamba yang (benar-benar) soleh”.

47. Semuanya ini akan berlaku kepada orang yang telah luput (terlepas) waktunya untuk memberi infaq.

48. Allah menjawab, “Allah sekali-kali tidak akan melewatkan tempoh kematian manusia bila sampai tempoh ajalnya”.

49. “Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan”

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 62 – al-Jumu’ah

VIDEO – [Durasi  14m 14s] -Surah No 62 -al-Jumu’ah – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/amWgFBr5brM ]

سورة الجمعة

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ٱلْمَلِكِ ٱلْقُدُّوسِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَكِيمِ ١ هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلْأُمِّيِّـۧنَ رَسُولًۭا مِّنْهُمْ يَتْلُوا۟ عَلَيْهِمْ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا۟ مِن قَبْلُ لَفِى ضَلَـٰلٍۢ مُّبِينٍۢ ٢ وَءَاخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا۟ بِهِمْ ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ ٣ ذَٰلِكَ فَضْلُ ٱللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ ٤ مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُوا۟ ٱلتَّوْرَىٰةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًۢا ۚ بِئْسَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥ قُلْ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ هَادُوٓا۟ إِن زَعَمْتُمْ أَنَّكُمْ أَوْلِيَآءُ لِلَّهِ مِن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُا۟ ٱلْمَوْتَ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ ٦ وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُۥٓ أَبَدًۢا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِٱلظَّـٰلِمِينَ ٧ قُلْ إِنَّ ٱلْمَوْتَ ٱلَّذِى تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُۥ مُلَـٰقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ٨ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ٩ فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ١٠ وَإِذَا رَأَوْا۟ تِجَـٰرَةً أَوْ لَهْوًا ٱنفَضُّوٓا۟ إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَآئِمًۭا ۚ قُلْ مَا عِندَ ٱللَّهِ خَيْرٌۭ مِّنَ ٱللَّهْوِ وَمِنَ ٱلتِّجَـٰرَةِ ۚ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ ١١

TERJEMAHAN SURAH AL-JUMU’AH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(2) Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatanganNabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

(3) Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(4) (Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

(5) (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telah pun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) KitabTaurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayatketerangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak member hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

(6) Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang yang beragamaYahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!”

(7) Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

(8) Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”.

(9) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

(10) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

(11) Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkaub erdiri (di atas mimbar – berkhutbah).Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

[Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

=====================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) =====================================================

1. Surah-surah sebelum ini adalah berselang-seli dengan “tasbih”. “Tasbih tauhid” adalah maksud daripada amalan “jihad” dan “infaq”.

2. Sepuluh surah sebelum ini berselang-seli dengan tasbih, iaitu satu surah ada tasbih pada permulaannya dan surah selepasnya tiada tasbih. Ianya bertujuan supaya manusia sedar bahawa tujuan infaq dan jihad adalah untuk mengenal Allah di segi tauhid.

3. Surah al-Jumu’ah menekankan pentingnya adanya guru dan pelajar. Agama Islam akan tertegak di bumi di mana adanya mujahidin (pejuang-pejuang), orang-orang yang alim dan orang-orang yang menuntut ilmu. Orang alim dan penuntut ilmu ialah orang yang menjaga sumber ilmu supaya dapat dihayati oleh mujahidin (bila balik dari berperang).

4. “Bertasbih segala makhluk di langit dan di bumi memuji Allah taala yang memiliki segala-galanya, Maha Suci, Maha Perkasa dan Maha Bijaksana”.

5. Tugas orang alim dan guru – “Dialah (Allah) yang memilih dan mengutuskan kepada golongan Arab ummi, seorang Rasul daripada keturunan mereka” – Rasul ini akan mengajar dan tarbiahkan tiga perkara, “baca (mengajar) kepada Ummiyyin ayat-ayat Allah”, dan “dia akan berusaha membersihkan hati-hati yang telah beriman daripada dosa dan dari akidah yang sesat” dan dari akhlak yang salah. Yang ketiganya, Nabi s.a.w mengajarkan kepada mereka “kitabul hikmah”, kitab usul-usul agama dan cara-cara mengamalkan agama. “Hikmah” ditafsirkan oleh ulama’ sebagai sunnah nabi s.a.w.

6. “Sesungguhnya mereka (golongan Ummiyyin) sebelum kedatangan nabi adalah berada dalam kesesatan yang nyata”.

7. Nabi dihantar bersama dengan (juga untuk) umat-umat lain (yang bukan berbangsa Arab) di kalangan mereka. Walaupun begitu umat-umat lain ini, masih belum menyertai mereka.

8. “Dan Dialah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana”.

9. Tafsir kedua, Allah pilih Rasul dari kalangan yang buta huruf, membaca (mengajar) kepada orang Arab tiga perkara (sebagaimana tersebut di atas) dan selain dari tiga perkara tersebut.

10. Kelahiran nabi akhir zaman dan diberikan kepadanya ayat-ayat ini adalah kurniaan daripada Allah. Allah boleh beri (ayat-ayat ini) kepada sesiapa saja yang Ia kehendaki, sesungguhnya ianya benar-benar kurniaan Allah. “Dan Allah mempunyai limpah kurnia yang sangat agung”.

11. Sekiranya umat ini (Islam) dan ulama’nya jadikan al-Quran sebagaimana kaum dan ulama’ Yahudi lakukan terhadap kitab Taurat, maka musibah akan menimpanya.

12. “Bandingan orang yang dibebankan dengan kitab Taurat (Ulama Yahudi) dan mereka tidak dapat menjaganya adalah seumpama himar”, kerana tidak dapat mengambil faedah dari kitab (yang dipikulnya). Dia memikul kitab tetapi tidak faham tuntutan kitab tersebut. (Atau), Dia (Yahudi) memikul kitab dan faham isi kitab tersebut tetapi tidak mahu menghayatinya.

13. “Amat buruk kaum yang mendustakan ayat Allah”

14. Mereka diamanahkan menjaga kitab Taurat tetapi sebaliknya berdusta ke atas kitab tersebut.

15. “Allah tidak akan memberi hidayat kepada kaum yang zalim”

16. Ayat ini ingin mengajar umat akhir zaman yang telah diutuskan nabi terakhir supaya jangan menjadikan al-Quran ini seperti apa yang dilakukan oleh kaum Yahudi terhadap kitab Taurat.

17. “Katakanlah! Wahai orang-orang Yahudi,” (Sekiranya mereka mendakwa mereka akan selamat disebabkan keturunan mereka, bukan kerana amalan yang mematuhi wahyu). “Sekiranya kamu menyangka bahawa kamu sahaja adalah wali-wali Allah, bukan orang-orang lain”. (Wali-wali Allah adalah kekasih Allah, dan kekasih Allah sentiasa rindu untuk bertemu dengan Allah; dan untuk bertemu dengan Allah, perlu menghadapi kematian dulu), “maka hendaklah kamu semua (wahai Yahudi) meminta untuk mati”. Bila seseorang hendakkan sesuatu, supaya kehendaknya tertunai, dia akan berdoa kepada Allah.

18. “Sekiranya kamu benar dalam dakwaan kamu, (bahawa kamu adalah kekasih Allah)”

19. “(Kaum) Yahudi selama-lamanya tidak akan minta untuk mati, dengan sebab amal yang telah mereka lakukan. Dan Allah maha mengetahui terhadap golongan yang zalim ”

20. Walaupun begitu, mereka tidak akan dapat mengelakkan dari kematian. “Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari darinya akan tetap menemui mu”

21. “Kemudian kamu akan dihadapkan kepada Allah yang maha mengetahui perkara ghaib (dari manusia) dan perkara yang jelas (bagi manusia).

22. “Tuhan kamu akan menghisab dengan menceritakan kepada kamu apa yang pernah kamu lakukan untuk dihukum”

23. Allah beritahu kepada kita tentang ulama’-ulama’, yang sekiranya hidup mereka seperti ahli kitab Yahudi, yang mereka adalah dalam bahaya.

24. Kaum Yahudi cuai dalam menunaikan tuntutan kitab kerana cintakan dunia, sebagaimana disebut dalam surah al-Baqarah sebelum ini. Cinta dunia, cintakan kedudukan dan pengaruh menyebabkan tuntutan kitab diabaikan.

25. Mereka memutarbelitkan dan memalsukan isi kitab dan mereka hanya mengajarkan apa-apa yang difikirkan sesuai sahaja kepada masyarakat. Ini adalah merupakan pengajaran kepada ulama dari kalangan ahli al-Quran (Islam).

Seterusnya, ayat-ayat berikut ditujukan kepada pelajar-pelajar (agama).

26. “Wahai orang yang beriman! Bila kamu diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada zikir kepada Allah (sembahyang Jumaat dan mendengar khutbah).

27. “Dan tinggalkalah semua urusan dunia termasuk jual-beli”. Urusan dunia amat banyak, dan yang paling menguntungkan ialah berniaga. Maka tinggalkanlah segala urusan dunia, walaupun ianya berbentuk jual-beli (yang amat menguntungkan).

28. Meninggalkan (urusan dunia) buat sementara ketika diseru oleh Allah taala, “Adalah lebih baik bagi kamu”.

29. “Sekiranya kamu mengetahui (tingginya nilai agama berbanding dunia)”

30. “Bila solat Jumaat selesai, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah rezeki kurniaan Allah taala”

31. Dalam keadaan begitu pun, “Hendaklah kamu ingat kepada Allah banyak-banyak”. Dalam mencari kurniaan Allah itu, hendaklah kamu sentiasa ingat kepada Allah.

32. “Mudah-mudahan kamu berjaya (di dunia dan akhirat)”.

33. “Apabila mereka melihat rombongan perniagaan yang datang dari jauh (untuk menjual barang-barang di Kota Madinah), atau mereka melihat orang-orang yang datang untuk berhibur (dengan memalu kompang), lalu mereka tinggalkan nabi (yang sedang berkhutbah di mimbar)”.

34. “Mereka bersegera pergi kepada perniagaan dan hiburan”

35. “Dan mereka sanggup meninggalkan kamu (yang sedang berdiri berkhutbah)”

36. Sebelum ayat ini turun, khutbah Jumaat adalah seperti khutbah hari raya, iaitu sembahyang dahulu kemudian khutbah. Mereka menyangka khutbah tidaklah begitu penting, hanya sembahyang yang penting.

37. Mereka sememangnya menunggu-nunggu rombongan peniaga pulang. Apabila ada rombongan perniagaan pulang, selepas menunaikan sembahyang, mereka segera pergi untuk mendapatkan barang-barang keperluan daripada pedagang-pedagang tersebut.

38. Ayat al-Quran ini adalah sebagai teguran kepada kita semua. Kita tidak sepatutnya meninggalkan guru yang sedang mengajar, memberi tazkirah atau berkhutbah untuk mendapatkan harta atau hiburan.

39. Meninggalkan guru yang sedang mengajar adalah sikap yang tidak baik.
“Katakanlah (kepada mereka). Apa yang ada di sisi Allah (berupa pahala dan darjat adalah) lebih baik daripada hiburan dan perniagaan”.

40. “Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki”

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 61 – al-Saff

VIDEO – [Durasi  15m 39s] -Surah No 61-al-Saff – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube –  https://youtu.be/Ogybt4h1MiE ]

سورة الصف

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًۭا لِّمَا بَيْنَ يَدَىَّ مِنَ ٱلتَّوْرَىٰةِ وَمُبَشِّرًۢا بِرَسُولٍۢ يَأْتِى مِنۢ بَعْدِى ٱسْمُهُۥٓ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلْبَيِّنَـٰتِ قَالُوا۟ هَـٰذَا سِحْرٌۭ مُّبِينٌۭ ٦ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ ٱفْتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَىٰٓ إِلَى ٱلْإِسْلَـٰمِ ۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٧ يُرِيدُونَ لِيُطْفِـُٔوا۟ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفْوَٰهِهِمْ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ ٨ هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرْسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلْهُدَىٰ وَدِينِ ٱلْحَقِّ لِيُظْهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُشْرِكُونَ ٩ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍۢ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍۢ ١٠ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ١١ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةًۭ فِى جَنَّـٰتِ عَدْنٍۢ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ ١٢ وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌۭ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتْحٌۭ قَرِيبٌۭ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُؤْمِنِينَ ١٣ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوٓا۟ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّـۧنَ مَنْ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۖ قَالَ ٱلْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ ۖ فَـَٔامَنَت طَّآئِفَةٌۭ مِّنۢ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآئِفَةٌۭ ۖ فَأَيَّدْنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا۟ ظَـٰهِرِينَ ١٤

TERJEMAHAN SURAH AL-SAFF

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(2) Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakanapa yang kamu tidak melakukannya!

(3) Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(4) Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

(5) Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?” Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik – derhaka.

(6) Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia dating kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

(7) Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

(8) Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (9) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

(10) Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

(11) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(12) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

(13) Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya).Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

(14) Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidakberada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir.Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

[Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================
1. Surah as-Saff dan tiga surah selepasnya adalah tiga serangkai (saling berkaitan).
2. Surah as-Saff adalah surah terakhir mengenai jihad, dan tiga surah lagi adalah berkenaan infaq.
3. Surah as-Saaf, al-Jumu’ah dan Surah al-Munaafiquun adalah tentang tiga golongan teras yang perlu untuk menegakkan agama.
4. Golongan pertama, yang disebut dalam surah as-Saff ini, ialah golongan “mujahidin”. Perlu ada dalam umat Islam satu golongan yang bersedia berjuang dan bersusah payah untuk agama Allah.
5. Yang kedua, golongan ulama’, guru dan juga pelajar, sebagaimana disebut dalam surah al-Jumu’ah. Adanya ulama’, wujudnya suasana belajar dan mengajar, agama akan kekal.
6. Yang ketiga, golongan hartawan yang dermawan yang sentiasa bersedia menginfaqkan harta untuk menegakkan agama.
7. Ketiga-tiga golongan ini disebut dalam surah-surah tiga serangkai ini. Mujahidin, ulama’ dan pelajar agama, dan hartawan yang dermawan.
8. Mujahidin, golongan yang sedia berkorban untuk agama Allah bagi mempertahankan agama, golongan yang mengajar dan belajar untuk mengekalkan ilmu agama dan golongan yang sentiasa menginfaqkan harta untuk tujuan jihad dan untuk agama.
9. “Bertasbih kepada Allah makhluk di langit dan di bumi. Dan Dialah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana”.
10. Ayat ini adalah teguran kepada orang Islam yang meminta untuk berjihad tetapi apabila jihad disyariatkan mereka pula tidak bersedia untuk berjihad.
11. “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan (meminta untuk berjihad) apa yang kamu tidak melakukannya!”
12. Sesuatu amalan baik, apabila disyariatkan hendaklah segera dilaksanakan. Ayat ini adalah ayat “tarhib”, teguran (kepada orang beriman).
13. Kamu minta untuk berjihad, berperang. Apabila ianya disyariatkan, maka hendaklah kamu bersegera dan jangan berlengah untuk melaksanakannya. Kenapa kamu meminta untuk berjihad (berperang)? Kenapa kamu belum lakukannya (berjihad) sekarang ini (setelah ianya disyariatkan)? Kamu hendaklah segera melakukannya.
14. “Besar kemurkaan di sisi Allah – kamu meminta sesuatu kemudian kamu tidak laksanakannya”. 15. Jihad adalah perkara besar dan kelebihannya adalah tidak terhingga, yang tiada tandingan (ganjarannya).
15. “Sesungguhnya Allah amat suka kepada orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang rapi (berperaturan). Mereka teguh seolah-olah bangunan yang tersusun kukuh”.
16. “Ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya (Bani Israil), “Wahai kaumku, kenapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu tahu bahawa aku sesunggguhnya Rasul untuk kamu?”
17. Kisah ini telah disebutkan dalam surah sebelum ini, iaitu Nabi Musa meminta kaumnya Bani Israel untuk berjihad melawan kaum kafir di Baitul Maqdis. Tetapi kaumnya berkata kepadanya, “Pergilah kamu Musa berperang bersama tuhan kamu dan kami ingin tetap di sini”. Perkataan ini telah menyakiti Nabi Musa kerana seruan jihad adalah perkara yang besar, tetapi dipandang remeh oleh kaumnya.
18. “Mengapa kamu menyakiti ku? Sedangkan kamu tahu aku ini Rasul Allah”. Apa-apa yang aku beritahu adalah yang benar dari Allah.
19. “Apabila mereka menyimpang dari seruan rasul, Allah taala palingkan hati mereka dari hidayah. Dan Allah tidak akan beri hidayat kepada kaum yang fasiq”
20. “Taghrib” (galakan) kepada “qital” (peperangan) kepada umat nabi Muhammad adalah sebagaimana nabi Isa mengajak kaumnya untuk berperang.
21. “Dan ketika nabi Isa ibn Maryam berkata kepada Bani Israil”, Isa bin Maryam bermakna baginda mempunyai ibu dan bukan anak Allah.
22. “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku benar-benar Rasul Allah yang dipilih untuk kamu. Membenarkan (isi) kitab sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberi berita gembira bahawa akan datang seorang Rasul selepas daripada ku”
23. Kalimah sebegini ada di dalam Injil sekiranya mereka (penganut Kristian) tidak berbohong dan menipu.
24. Ini adalah kerana Nabi Isa datang untuk memberitahu berita gembira kedatangan nabi akhir zaman sebagai penutup sekelian nabi.
25. Adanya ayat-ayat seperti ini di dalam kitab Injil adalah sebagai bukti (kebenarannya), tetapi sekiranya tiada ayat-ayat sebegini maka ianya bukan kitab Injil yang benar.
26. “Dan memberi berita gembira akan datangnya seorang Rasul yang datang kemudian daripadaku – bernama Ahmad”.
27. Mengapa tidak disebut “Muhammad” di dalam ayat ini? Ini adalah kerana “Ahmad” adalah lafaz “tafdhil”, bermaksud “Yang Terpuji”. “Muhammad” bermaksud “yang banyak dipuji” dan aku (Nabi Isa) juga dipuji, tetapi “Ahmad” bermaksud lebih lagi dipuji berbanding “Muhammad”.
28. Untuk melebihkan nabi Muhammad s.a.w (berbanding nabi Isa), Allah sebut kalimah “Ahmad”, yang bermakna “lebih dipuji”. Namanya ialah “Ahmad”, iaitu “yang lebih dipuji”, supaya ada “mufadhalah”, (kelebihan dan keutamaan).
29. “Apabila datang kepada mereka bukti dan dalil, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang jelas!”. Siapakah yang lebih zalim daripada seseorang yang mengada-adakan atas nama Allah pembohongan?” iaitu menisbahkan (mengatakan) Allah ada wakil, ada anak dan berjuzuk. “Sedangkan ia diajak kepada Islam (dan tauhid)”
30. “Dan Allah tidak akan beri pimpinan hidayat kepada kaum yang zalim”.
31. Usaha mereka untuk memadamkan cahaya Islam adalah dengan pelbagai cara, terutamanya dengan pembohongan dan propaganda-propaganda lisan.
32. Allah beritahu, rancangan jahat, propaganda dan slogan-slogan mereka tidak akan berjaya menghapuskan atau memperlahankan berkembangnya Islam sekiranya ada dalam kalangan umat Islam orang-orang yang berusaha menghidupkan Islam.
33. Islam tidak akan mundur atau terhenti kerana gertakan orang bukan Islam, tetapi akan mundur dan jatuh bila orang Islam sendiri tidak menjalankan tugasnya menyebarkan agama ini.
34. (Pada mulanya) Nabi berseorangan (menyebarkan Islam) bermula dengan keluarga sendiri dan sahabat-sahabat baginda. Tentangan demi tentangan dihadapi sehingga ke tahap baginda dihalau, kemudiannya diperangi. Semua halangan ini tidak menggugat Islam dari tersebar bahkan Islam tetap berkembang dan hebat.
35. Walaupun meningkatnya penentangan dan gangguan, Islam tetap naik dan berkembang kerana usaha-usaha yang diakukan untuk menyebarkannya tidak berhenti.
36. “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka. Dan Allah taala tetap akan menyempurnakan cahaya (hidayat)Nya sekalipun tidak disukai oleh golongan yang ingkar”.
37. Bagaimanakah Allah menghidupkan agamanya? Dengan dilantik seorang nabi dan Islam ini berkembang kerana usaha nabi tersebut.
38. “Dialah Allah yang telah memilih rasulnya dengan membawa hidayat (al-Quran) dan agama yang benar”.
39. “Deen” bermakna cara hidup. Hidayat al-Quran yang memimpin mereka ke jalan hidup yang benar yang dibawa oleh nabi s.a.w.
40. “Untuk memenangkannya (dan meninggikannya) di atas semua cara hidup yang lain, sekalipun (cara hidup itu) tidak disukai oleh orang-orang yang syirik”.
41. “Wahai orang yang beriman! Sukakah Aku ajarkan kepada kamu suatu perniagaan yang faedahnya ialah menyelamatkan kamu dari azab neraka yang pedih?”
42. “Iaitu, kamu hendaklah beriman kepada Allah”. Ini adalah syarat pertama untuk jihad. Hendaklah beriman kepada Allah dengan menerima ajaran tauhid dan segala rukun iman. Yang kedua, “beriman kepada rasulNya”.
43. Ketiganya, “kamu berjuang di jalan Allah taala”, iaitu menyampaikan apa yang Allah taala turunkan. “Dengan harta kamu dan diri kamu sendiri”.
44. “Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” Demikianlah usaha dari nabi yang disebutkan dalam al-Quran untuk menegakkan agama.
45. Walaupun golongan-golongan lain seperti Yahudi dan Nasara ingin memadamkan agama Islam.
46. Balasan di akhirat ialah, “Allah taala mengampuni dosa-dosa kamu”, dengan sebab iman, jihad dan infaq kamu.
47. “Dan masuklah kamu ke dalam kebun-kebun syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan istana-istana mahligai yang indah di dalam kebun-kebun syurga Adn”
48. “Itulah dia kejayaan yang agung dan sangat besar”, yang merupakan matlamat perjuangan kamu (orang Islam).
49. “Allah akan beri juga pemberian yang lain”. Selain dari janji kejayaan yang sangat besar (di akhirat) tadi, Allah akan beri juga pemberian yang lain.
50. Pemberian ini ialah yang kamu sangat suka, iaitu, “Bantuan dan kemenangan yang hampir (cepat berlakunya) dari Allah”.
51. “Dan sampaikanlah berita gembira itu kepada para mukmin”
52. Tuntutan pertama, janji “taghrib” (galakan) kepada jihad, tuntutan kedua, seru mereka supaya berjihad.
53. “Wahai orang beriman, kamu semua hendaklah menjadi pembela-pembela kepada agama Allah” 54. Ini adalah arahan daripada Allah. Allah berseru kepada orang yang beriman supaya menjadi pembantu-pembantu (pembela-pembela) agama Allah.
55. “Sepertimana Nabi Isa meminta kepada pengikut-pengikut setianya dengan berkata, “Siapakah yang akan menjadi pembantu-pembantu aku untuk menegakkan agama Allah?”
56. Di zaman nabi Isa, nabi Isa yang meminta (pengikut-pengikutnya), di zaman kita (nabi Muhammad), Allah sendiri yang arahkan (supaya menjadi pembela agama Allah).
57. Pengikut-pengikut setia nabi Isa berkata. “Kami bersedia menjadi pembantu agama Allah”
58. Jika di zaman nabi Isa, pengikut-pengikutnya menyahut untuk menjadi pembantu agama Allah bila Nabi Isa memintanya, kita umat Muhammad sepatutnya lebih lagi dari itu kerana yang mengarahkannya adalah Allah sendiri.
59. Ada dua kumpulan, “Berimanlah satu puak dari kalangan Bani Israil”, membantu agama tauhid yang dibawa nabi Isa melalui Kitab Injil. “Dan kufur satu puak yang lain”.
60. Dari dua kumpulan ini Allah memberi bantuan kepada kumpulan yang bersama dengan nabi Isa. “Lalu Kami beri pertolongan kepada orang yang beriman untuk mengalahkan musuh mereka. Jadilah mereka itu orang-orang yang menang (dengan hujjah-hujjah)”

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 60 – al-Mumtahanah (Ayat 1-9)

VIDEO – [Durasi  19m 25s] -Surah No 60-al-Mumtahanah (Ayat 1- 9) – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/MWzol55AsvE ]

سورة الممتحنة

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ أَنْ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِنْ كُنْتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي تُسِرُّونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنْتُمْ وَمَنْ يَفْعَلْهُ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ (1) إِنْ يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا لَكُمْ أَعْدَاءً وَيَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُمْ بِالسُّوءِ وَوَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ (2) لَنْ تَنْفَعَكُمْ أَرْحَامُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَفْصِلُ بَيْنَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (3) قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ إِلَّا قَوْلَ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَا أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (4) رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (5) لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَمَنْ يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ (6) عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (7) لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (9)

TERJEMAHAN SURAH AL-MUMTAHANAH (AYAT 1-9)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

(2) Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

(3) Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.

(4) Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata”, tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): “Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu”. (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

(5) “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

(6) Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

(7) Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(8) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

(9) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

[Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ====================================================

1. Ayat-ayat al-Quran berikut merupakan teguran kepada orang-orang beriman di Madinah supaya jangan membuat hubungan mesra dengan orang ingkar (kafir) walaupun mereka adalah di kalangan keluarga.

2. Latarbelakang turunnya ayat ini ialah pada mulanya Nabi memberitahu sahabat-sahabatnya secara tertutup rancangan baginda untuk menyerang Kota Mekah. Rancangan ini adalah suatu rahsia. Salah seorang sahabat nabi bernama Hatib r.hu. yakin bahawa Nabi akan menang dan berjaya menakluki Mekah. Mengenangkan hal ini, timbul rasa kasihan kepada saudara-maranya yang masih kafir yang berada di Mekah. Lalu dia mengutus sepucuk surat kepada saudara-maranya supaya meninggalkan Kota Mekah. Ini adalah dengan harapan apabila nabi telah selesai menakluki Mekah, saudara maranya yang meninggalkan Mekah akan kembali ke Mekah dan memeluk Islam. Dia berharap hubungan persaudaraan dengan mereka menyebabkan mereka akan berlembut dengannya walaupun mereka masih kafir.

3. Hatib r.hu. bertindak menghantar surat tersebut kerana khuatir saudara-maranya mati dalam keadaan kafir (apabila nabi menyerang Mekah nanti). Surat tersebut dibawa oleh seorang wanita di dalam sanggulnya. Wahyu turun kepada nabi memberitahu hal ini, iaitu seolah-olah rahsia ini akan bocor. Nabi mengarahkan beberapa orang sahabat termasuk Saidina Ali supaya mengambil surat tersebut dari wanita tadi. Mereka berjaya menjejaki wanita tersebut di tempat yang diberitahu nabi. Pada mulanya wanita tersebut enggan mengaku membawa surat tetapi akhirnya sahabat-sahabat tadi berjaya mendapatkannya.

4. Apabila dibaca rupanya surat ini adalah dari Hatib r.hu. Pada mulanya Saidina Umar menuduh Hatib sebagai seorang munafiq dan meminta untuk memancung lehernya. Nabi kemudiannya bertanya kepada Hatib mengapa dia berbuat demikian. Hatib r.hu menerangkan yang tentera Rasulullah pasti akan menang bila menyerang Mekah, dan dia khuatir keluarganya akan mati dalam keadaan kafir dan masuk neraka. Tetapi jika dia sempat berjumpa mereka dan menerangkan tentang tauhid dia harap mereka dapat memeluk Islam.

5. Rasulullah bersabda bahawa Hatib bercakap benar. Nabi juga menegaskan bahawa Hatib adalah ahli Badar. Ahli Badar adalah ahli syurga. Apapun perbuatannya, Allah telah mengampunkannya. Kerana jaminan syurga dari Allah ini, maka maafkan dan abaikan kesalahan mereka. Pengorbanan besar di dalam peperangan Badar sudah cukup untuk menebus segala kesalahan mereka. Namun begitu Allah turunkan surah ini sebagai teguran.

6. “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan musuhKu dan musuhmu sebagai teman rapat dengan berjumpa dengan mereka (untuk sampaikan kepada mereka berita-berita rahsia orang-orang mukmin dengan) sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka. Sedangkan mereka ingkar kepada wahyu yang sampai kepada kamu sebagai kebenaran”

7. Kamu sahaja yang rasa sayang kepada mereka, sedangkan mereka ingkar dan menolak wahyu yang sampai kepada kamu yang merupakan sesuatu yang benar.

8. Kamu hendaklah ingat, “Mereka menghalau Rasul (dari Mekah). Dan mereka menghalau kamu (dari Mekah) hanya semata-mata kerana kamu beriman kepada Allah”, ini bermaksud mereka benci kepada Allah.

9. “Jika sekiranya kamu keluar (dari Mekah) kerana jihad (berjuang di jalan Allah), kerana mencari redha Aku, (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedangkan Aku Maha Mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.”

10. “Dan sesiapa yang menjalinkan hubungan baik seperti itu di kalangan kamu (orang Madinah) maka dia telah sesat dari jalan yang benar”. Jalan yang benar ialah memutuskan hubungan (dengan mereka, orang kafir). Sesiapa yang masih menjalinkan hubungan baik dengan mereka, dia telah sesat dari jalan yang benar.

11. Dalam surat al-Maidah sudah dinyatakan bahawa memutuskan hubungan dengan orang kafir adalah jalan yang benar. Tetapi apa yang kamu lakukan menunjukkan bahawa kamu tidak memutuskan hubungan dengan mereka. Oleh kerana itu, kamu sesat dari jalan yang benar.

12. Ketahuilah bahawa hanya kamu yang sayang kepada mereka (orang kafir), tetapi jika mereka dapat menguasai kamu mereka akan menjadi musuh ketat kamu.Orang beriman ada sifat kasih sayang tetapi orang kafir hanya ada sifat benci. Mereka dan kamu adalah berbeza. Kerana mereka orang kafir, berbeza dengan kamu, Allah tidak campakkan perasaan kasih sayang.

13. “Sekiranya mereka menguasai kamu, mereka akan jadi musuh ketat kamu”

14. “Mereka akan melepaskan tangan mereka untuk menghukum kamu”

15. “Dan mereka akan mengeluarkan perkataan (jahat dan buruk) yang menyakiti kamu”

16. “Dan mereka sangat ingin supaya kamu kafir”, kembali menjadi kafir.

17. Oleh itu jangan kamu berbaik-baik dengan mereka, termasuklah menulis surat secara rahsia kepada mereka walaupun dengan niat baik.

18. “Tidak akan memberi faedah langsung kepada kamu hubungan persaudaraan kamu dengan mereka atau (hubungan dengan) anak-anak kamu pada hari kiamat nanti”, sekiranya mereka terdiri dari orang yang ingkar.

19. “Allah taala akan memisahkan kamu dengan mereka”. Seperti disebut dalam Surah Yaa Siin (ayat 59), “”Berpisahlah kamu pada hari ini, wahai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman)”, walaupun semasa di dunia kamu berada dalam rumah, bilik, pejabat atau bandar yang sama. Di hari kiamat nanti, Allah akan pisahkan mereka dan kamu.

20. “Dan Allah taala Maha Melihat apa yang kamu lakukan”.

21. Contoh terbaik adalah Nabi Ibrahim yang sanggup memutuskan hubungan dengan ayahnya.

22. “Sesungguhnya sudah ada untuk kamu ikutan yang terbaik (di segi memutuskan hubungan dengan orang kafir)”, dia tinggalkan ayahnya sendiri yang menyengutukan Allah.

23. Contoh terbaik bagi kamu adalah, “Ibrahim dan orang-orang yang beriman bersamanya”. “Ketika mereka berkata kepada kaumnya, bahawa kami berlepas diri dari kamu dan apa yang kamu seru (dan puja) selain dari Allah taala. Kami ingkar akan kamu”. Kami ingkar bermaksud kami ingkar terhadap aqidah kamu dan kami tidak akan membuat hubungan lagi dengan kamu.

24. “Dan zahir antara kami dan kamu adalah permusuhan dan kebencian”. “Permusuhan” adalah perbuatan zahir manakala “kebencian” adalah dari hati. Zahir antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian untuk selama-lamanya kerana kamu adalah musyrik dan kami adalah orang beriman. Sekiranya tidak timbul rasa benci (kerana iman atau kufur), ada sesuatu yang tidak kena di mana-mana pihak (orang beriman atau orang kafir).

25. “Sehingga kamu beriman kepada Allah yang Maha Esa (atas aqidah tauhid, Allah maha Esa bukan atas dasar Allah wujud atau tidak).

26. Contoh terbaik adalah nabi Ibrahim dan isterinya yang memutuskan hubungannya dengan keluarganya dan orang-orang lain yang kafir. Perbuatan nabi Ibrahim ini boleh dicontohi kecuali perbuatannya berdoa untuk ayahnya (yang tidak boleh diikut), “kecuali perkataan Ibrahim kepada ayahnya, (yang berbunyi), “Aku akan minta kepada Allah supaya ampunkan dosa kamu”. (Walaupun begitu) aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah walaupun sedikit daripada menimpamu”. Aku (Ibrahim) hanya mampu beristighfar untuk kamu.

26. Allah melarang kita dari beristighfar untuk orang syirik. “(Nabi Ibrahim berdoa), Wahai tuhan kami, kepada Engkaulah kami bertawakkal”.

27. Dalam kehidupan kami di dunia, kami serahkan segalanya kepada Allah.

28. “Dan kepadaMu lah kami kembali dalam segala urusan”; “kembali” bermaksud sentiasa rujuk kepada Allah taala (iaitu merujuk kepada kitab Allah).

29. “Dan kepada Engkaulah nanti kami akan kembali”.

30. “Dan janganlah jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir”. “Sasaran fitnah” bermaksud menggugat dan merosakkan agama kami dengan tidak membantu kami. Jika Engkau (Allah) tidak membantu kami (sedangkan kami mentauhidkan Allah), maka pada pandangan orang kafir kami berada di pihak yang salah. Sekiranya kami di pihak yang benar, Allah akan tolong kami. Oleh itu, dengan tidak memberi bantuan kepada kami adalah merupakan fitnah kepada kami. Oleh itu bantulah kami.

31. “Dan janganlah jadikan kami sasaran fitnah kepada orang-orang yang ingkar”, yakni, bantulah kami. Buktikanlah kami ini di pihak yang benar supaya orang ingkar ini faham dan sedar bahawa pertolongan adalah dari Allah. Jika kami dibantu oleh Allah, maka ini menunjukkan bahawa kami adalah di pihak yang benar.

32. “Dan ampunkanlah dosa-dosa kami, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa dan Maha Bijaksana”.

33. Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad akan dijadikan ikutan oleh mereka yang berfikir tentang akhirat. Nabi-nabi bukan ikutan kepada orang yang hanya berfikir tentang dunia sahaja.

34. Allah beritahu bahawa Nabi s.a.w adalah “uswatun hasanah” (ikutan yang baik). Nabi Ibrahim juga adalah “uswatun hasanah”, kepada mereka yang berfikir tentang akhirat dan ingat mati.

35. “Sesungguhnya bagi kamu mereka ini (Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya) adalah “uswatun hasanah” (contoh ikutan yang baik) iaitu bagi mereka yang takut kepada Allah dan hari pembalasan”

36. “Dan sesiapa yang berpaling daripada ini, sesungguhnya Allah Maha Kaya (serba cukup) lagi Terpuji.”

37. Ayat seterusnya, Allah larang orang-orang Madinah membuat hubungan baik (dengan orang kafir Mekah) malah Allah minta orang-orang Madinah ini supaya mengikut nabi, di samping itu berdoa kepada Allah.

38. Allah berfirman, “Semoga suatu hari nanti, Allah akan jadikan orang yang memusuhi kamu (orang kafir Mekah) perasaan kasih sayang (kerana mereka memeluk Islam)”.

39. Selagi mereka tidak memeluk agama Islam kamu jangan zahirkan sikap kasih sayang terhadap mereka.

40. “Dan Allah Maha Kuasa”, Allah boleh tukar dan balik-balikkan hati mereka ini. Apa yang berlaku, pada tahun 8H, mereka yang sebelum ini adalah musuh ketat telah menjadi muslim yang kuat.

41. “Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihi”.

42. Orang kafir terdiri dari dua golongan (kafir “harbi” dan kafir “zimmi”). Larangan untuk dilakukan hubungan ini adalah dengan kafir harbi. Tetapi jika ianya bukan kafir harbi, Allah tidak larang dari berhubungan.

43. Allah tidak melarang kamu (dari mengadakan hubungan) dengan orang kafir yang tidak menentang kamu dan yang tidak menghalau kamu dari rumah kamu atas sebab agama. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil terhadap mereka.

44. “Sesungguhnya Allah taala amat suka kepada hamba-hambanya yang adil”.

45. “Sesungguhnya Allah melarang kamu (mengadakan hubungan rapat) dengan orang kafir yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan menghalau kamu keluar dari kampung halaman kamu, dan mereka membantu orang lain untuk mengusir kamu”.

46. Orang-orang seperti inilah yang dilarang Allah dari berbuat baik kepada mereka.

47. “Sesiapa (orang-orang Islam Madinah) yang berbuat baik dengan orang kafir (harbi), mereka ialah golongan yang zalim”.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 59 – al-Hasyr (Ayat 22-24)

VIDEO – [Durasi  14m 10s] -Surah No 59-al-Hasyr (Ayat 22-24) – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/uGgzFYOuY5A ]

       TERJEMAHAN SURAH AL-HASYR (AYAT 22-24)

سورة الحشر

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَـٰلِمُ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ ۖ هُوَ ٱلرَّحْمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ ٢٢ هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْمَلِكُ ٱلْقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلْمُؤْمِنُ ٱلْمُهَيْمِنُ ٱلْعَزِيزُ ٱلْجَبَّارُ ٱلْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ ٢٣ هُوَ ٱللَّهُ ٱلْخَـٰلِقُ ٱلْبَارِئُ ٱلْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ ٢٤

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(22) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(23) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

(24) Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

[Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ====================================================

1. Sesiapa yang membaca tiga ayat terakhir dari Surah al-Hasyr ini selepas solat maghrib, Allah akan lantik beberapa malaikat untuk memohon keampunan kepadanya sehingga pagi.Apabila dibaca selepas subuh, Allah akan lantik beberapa malaikat untuk memohon keampunan kepadanya sehingga maghrib.

2. Ayat-ayat ini penuh dengan sifat-sifat Allah. Dalam al-Quran, di mana ada disebut sifat-sifat Allah (tauhid) di situ ada kelebihan, contohnya tiga Qul (al-ikhlas, al-Kaafirun dan al-Naas), ayat Qursi, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah dan 10 ayat terakhir surah ali ‘Imraan dan juga tiga ayat ini.

3. Fadhilat ayat-ayat al-Quran di atas adalah sabit dari nas-nas. Terdapat juga kelebihan dan fadhilat yang tidak sabit, yang direka-reka, yang tidak boleh diakui sebagai benar dari Allah. Hanya hadis yang sahih sahaja yang boleh mensabitkan amal, hadis yang dhaif tidak boleh mensabitkan amal.

4. Sesuatu amal yang sabit dari hadis sahih, tetapi kelebihan-kelebihannya tidak sahih, ianya boleh diamalkan. Oleh itu, hadis-hadis dhaif tentang kelebihan sesuatu amal tidaklah menjadi masalah, boleh diamalkan. Dengan syarat amal tersebut telah sabit (sahih kewujudannya). Jangan terkeliru, adalah tidak benar jika sesuatu fadhilat yang disebut di dalam hadis itu tidak sahih maka ianya tidak boleh diamalkan. Yang tepatnya ialah ianya boleh diamalkan, tapi jangan berharap kelebihan seperti yang disebut dalam hadis dhaif tersebut.

5. “Amalan-amalan” adalah perkara fiqh. Perkara fiqh (amalan) mesti disabitkan dengan bukti. Hadis-hadis dhaif yang banyak (tentang sesuatu perkara) boleh naik tarafnya menjadi “hasan lighairih” dan ianya boleh mensabitkan hukum.

6. Hadis “hasan lighairih” boleh dijadikan hujjah untuk mensabitkan sesuatu amalan, kerana ianya dikira hadis sahih. Walaupun begitu, ianya hadis sahih yang bertaraf paling rendah. Ianya layak untuk dijadikan hujjah untuk mensabitkan sesuatu amalan. Jika ada hadis lain yang menceritakan kelebihan sesuatu amalan tetapi ianya dhaif, adalah tidak mengapa mengamalkan hadis tersebut (sekiranya amalan itu ada dari hadis sahih). Hadis sebegini (tentang fadhilat) boleh didengar untuk memberi dorongan kepada kita (untuk beribadat)

7. Tetapi jangan difahami bahawa hadis dhaif boleh mensabitkan amal, ianya tidak boleh mensabitkan amal. Ianya hanya berfungsi memberi tahu tentang kelebihan. Hadith dhaif tentang fadhilat sesuatu amalan ini tidak ada masalah, (boleh diterima sebagai pemberi galakan). Hal ini dipersetujui oleh majoriti ulama hadis. Hadis-hadis dhaif tentang fadhilat boleh digunakan kerana ianya sekadar memberitahu tentang fadhilat-fadhilat sesuatu amal. Syarat dibolehkan mengamalkan sesuatu ibadat ialah ianya telah sabit dari hadis sahih (dan bukannya dengan sebab fadhilat tertentu)

8. Tidak boleh beramal jika sesuatu amalan itu disabitkan dengan hadis palsu. (Mengerjakan sesuatu amalan berdasarkan hadis palsu) adalah satu kesalahan besar.

9. Rata-rata masyarakat kita keliru, sepatutnya pastikan sesuatu amal itu sabit dahulu, kemudian barulah perhatikan kelebihan-kelebihannya. Adanya kelebihan-kelebihan (yang tidak sahih) tidak mensabitkan sesuatu amal.

10. Bila amalan-amalan diceduk dari hadis-hadis palsu maka muncullah bid’ah. Ini adalah kerana ianya tidak diamalkan oleh nabi.

11. Apa yang nabi buat ada dalam hadis sahih dan ianya banyak.

12. Bila kita amalkan hadis-hadis palsu atau hadis dhaif yang tidak boleh mensabitkan amal, kita sebenarnya mengabaikan nabi dan menghidupkan amalan orang lain. Biasanya sesuatu amalan yang bukan dari nabi (dan sahabat) ianya muncul dalam bentuk hadis-hadis palsu. Jika sesuatu amalan tidak sabit dari hadis sahih, maka kelebihan-kelebihan (fadhilat) amalan tersebut juga adalah palsu. Oleh itu kita perlu berhati-hati.

13. Kelemahan masyarakat kita di Malaysia ialah kurangnya ulama’ yang belajar hadith. Tidak banyak pusat pengajian yang mengajar hadis menyebabkan orang Malaysia jahil tentang hadith. Kita kena akur bahawa masyarakat kita adalah lemah di bidang hadith. Jika kita belajar hanya belajar beberapa ratus hadis berbanding dengan beribu hadis yang ada ianya adalah tidak mencukupi. Keadaan ini menyebabkan mudahnya tersebar hadis-hadis palsu, tidak sebagaimana negara-negara yang maju agamanya. Di negara-negara ini ada banyak kelas-kelas pengajian tentang hadis-hadis sahih; menyebabkan mereka boleh mendidik masyarakat tentang hadis-hadis sahih. Tugas menjaga hadis-hadis yang sahih diambil oleh imam-imam masjid dan ahli masyarakat. Ianya mampu dilakukan kerana ulama’-ulama’ mereka mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hadith.

14. Allah telah memberi kepada kita ilmu yang cukup dari nabi s.a.w. Cuma kelemahan kita ialah tidak mahu belajar hadis nabi.

15. Cinta kepada nabi hanya dalam bentuk slogan-slogan; dengan ilmu yang sedikit kita mereka-reka pula sesuatu yang baru (dalam ibadat). Rekaan-rekaan dalam ibadat ini seolah-olah kita menolak nabi.

16. Ingatlah nabi s.a.w diturunkan kepada seluruh umat manusia. Sebagai “Rahmatan lil alamin (rahmat kepada seluruh alam) baginda ajar kepada umatnya semua perkara yang perlu dari lahir sampai mati. Malangnya, kebanyakan umatnya tidak ingin belajar tentang ajaran nabi ini. Dan bila beramal, mereka cari yang lain dari ajaran nabi, mereka seolah-olah mencabar nabi! Bila beramal lain dari apa yang nabi ajarkan, manusia sebenarnya membazirkan masanya. Bila amalkan ajaran yang lain, ajaran nabi akan diabaikan, dan ini mungkin berlanjutan sehingga mati. Yang peliknya, lidah mereka tidak lekang dari memuji nabi, tetapi tingkah laku dan kehidupan mereka sebenarnya melawan nabi.

17. Allah turunkan kepada kita tiga puluh juzuk al-Quran untuk kita amalkan. Yang sahih dalam al-Quran ini sudah cukup banyak sehinggakan kita tidak sempat untuk mengamalkan yang palsu. Kita patut memohon ampun kerana tidak dapat amalkan sepenuhnya apa yang kita belajar dari al-Quran. Mereka yang jahil mengambil beberapa bahagian sahaja dari al-Quran dan yang lainnya mereka cipta sendiri. Tapi bila ditanya adakah mereka inginkan syurga, mereka menjawab ya, mereka pun inginkan syurga!

18. Untuk mengatasi kejahilan dan kekeliruan, kita hendaknya mengajak masyarakat untuk belajar (al-Quran dan hadis). Berkat dorongan dari kita supaya belajar di samping kita sendiri mengajar mereka, Allah akan memberi kekuatan kepada kita. Dan sekiranya apa yang kita ajarkan ini diamalkan dan disebarkan kita akan dapat pahala yang berterusan.

19. Tiga ayat ini ada kelebihan tertentu, yang sunat dibaca. Kelebihannya ialah Allah akan melantik beberapa orang malaikat untuk beristighfar dari waktu maghrib sehingga pagi untuk mereka yang membacanya. Dan jika dibaca di waktu pagi, malaikat akan beristighfar dari waktu pagi hingga petang.

20. Ayat-ayat ini adalah tentang tauhid.

21. “Dia lah Allah, tiada illah melainkanNya, Maha mengetahui perkara yang ghaib (dari manusia) Dan Maha Mengetahui perkara yang zahir (dari manusia).

22. “Dan Dialah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani”

23. “Dia lah Allah, tiada illah melainkanNya. Yang Berkuasa (Mengurus); Yang Maha Suci; Yang Selamat (dari segala kecacatan); Yang Memberi Keamanan; Yang Maha Mengawal (Menjaga); Yang Maha Perkasa; Yang Maha Kuat; Maha Agung; Maha Suci Allah dari apa yang mereka syirikkan; Dialah Allah Yang Menciptakan; Yang Mengadakan; Yang Membentuk dan Membuat Rupa.”

24. “Dia memiliki nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya”; yang apabila hamba menyebut nama-nama ini akan memberi kesan dan faedah.

25. “Sentiasa bertasbih makhluk di langit dan di bumi”

26. “Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

Tafsir Al-Quran Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 59 – al-Hasyr (Ayat 1-21)

VIDEO – [Durasi  32m 50s] -Surah No 59-al-Hasyr (Ayat 1-21) – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/R_QlPhZD5uU ]

سورة الحشر
بسم الله الرحمن الرحيم

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (1) هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ (2) وَلَوْلَا أَنْ كَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِمُ الْجَلَاءَ لَعَذَّبَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابُ النَّارِ (3) ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِّ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (4) مَا قَطَعْتُمْ مِنْ لِينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَى أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِينَ (5) وَمَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْهُمْ فَمَا أَوْجَفْتُمْ عَلَيْهِ مِنْ خَيْلٍ وَلَا رِكَابٍ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُسَلِّطُ رُسُلَهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (6) مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (7) لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (8) وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (9) وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (10) أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِنْ قُوتِلْتُمْ لَنَنْصُرَنَّكُمْ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ (11) لَئِنْ أُخْرِجُوا لَا يَخْرُجُونَ مَعَهُمْ وَلَئِنْ قُوتِلُوا لَا يَنْصُرُونَهُمْ وَلَئِنْ نَصَرُوهُمْ لَيُوَلُّنَّ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ (12) لَأَنْتُمْ أَشَدُّ رَهْبَةً فِي صُدُورِهِمْ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ (13) لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ (14) كَمَثَلِ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ قَرِيبًا ذَاقُوا وَبَالَ أَمْرِهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (15) كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ (16) فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ (17) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (18) وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (19) لَا يَسْتَوِي أَصْحَابُ النَّارِ وَأَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمُ الْفَائِزُونَ (20) لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21)

TERJEMAHAN SURAH AL-HASYR (AYAT 1 – 21)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(2) Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab – dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

(3) Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.

(4) (Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya.

(5) Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah (kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik.

(6) Dan apajua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(7) Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

(8) (Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).

(9) Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(10) Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.

(11) Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: “Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!” Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.

(12) Demi sesungguhnya! Jika orang-orang (Yahudi) itu dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-samanya; dan demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya; dan demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya – Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan, –

(13) (Kerana) sesungguhnya kamu – dalam hati mereka, – sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak memgerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya).

(14) (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

(15) (Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).

(16) (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Berlaku kufurlah engkau!” Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!”

(17) Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.

(18) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

(19) Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.

(20) Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).

(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

[Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah ini adalah mengenai jihad.

2. “Bertasbih kepada Allah, makhluk di langit dan di bumi. Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

3. Ada dua kisah berkenaan kaum Yahudi Bani Nadhir. Kisah pertama ialah mereka telah berjanji untuk membantu nabi s.a.w, tetapi sebaliknya mereka berkhianat dengan membantu musuh nabi.

4. Kisah kedua, seorang sahabat nabi telah tersalah membunuh seseorang dan dihukum dengan membayar diat. Disebabkan tiada wang untuk membayar diat tersebut, nabi bercadang untuk berhutang dengan Yahudi Bani Nadhir. Mereka mempunyai perjanjian untuk saling membantu dengan nabi. Semasa nabi datang untuk mendapatkan wang tersebut, mereka merancang untuk membunuh nabi dengan cara menjatuhkan kisaran gandum ke atas nabi bila baginda melalui satu lorong. Walaupun begitu, Allah telah menurunkan wahyu kepada nabi memberitahu rancangan Yahudi untuk membunuh baginda. Yahudi telah berkhianat sedangkan mereka dalam perjanjian untuk saling membantu. Lalu, Allah arahkan nabi supaya mengepung mereka.

5. Sahabat-sahabat nabi mengepung perkampungan Bani Nadhir. Kaum Yahudi ini mempunyai rakan dari golongan munafiq di Madinah, yang mempunyai perjanjian untuk saling tolong-menolong. Tapi bila Yahudi dikepung, kaum munafik tidak bersedia untuk menolong mereka.

6. Setelah lama mengepung, Nabi arahkan sahabat-sahabat supaya menebang semua pokok kurma di sekeliling perkampungan Bani Nadhir tersebut untuk menakut-nakutkan mereka. Pokok kurma ini adalah dari jenis yang bermutu.

7. Bila pokok-pokok kurma ini dibakar, orang Yahudi keluar dari kampung untuk berdamai dengan nabi. Nabi menolak untuk berdamai tetapi memberi dua pilihan iaitu samada dibunuh atau keluar dari daerah Madinah dan Jazirah Arab. Mereka hendaklah keluar dengan hanya membawa perbekalan di atas seekor unta sahaja. Mereka memilih untuk keluar dari perkampungan mereka dan bertebaran sehinggakan tidak dapat dikenal keturunan dan bangsa mereka.

8. Allah turunkan surah al-Hasyr ini menceritakan tentang pengusiran Bani Nadhir ini.

9. Kaum Yahudi ini telah menempelak orang Islam kerana kononnya membazirkan harta kerana menebang dan membakar pokok-pokok kurma yang bermutu tinggi. Lalu Allah menjelaskan keadaan sebenar melalui ayat-ayat al-Quran ini.

10. “Dia lah Allah taala yang mengusir keluar orang-orang ingkar, ahli kitab (dari Bani an-Nadhir) dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah”

11. Diriwayatkan bahawa mereka adalah dari keturunan Nabi Harun yang datang ke Jazirah Arab untuk menunggu kedatangan nabi akhir zaman. Mereka sentiasa mentelaah kitab mereka untuk pastikan berjumpa dengan nabi akhir zaman itu.

12. Mereka tidak pinda kitab mereka berkenaan nabi akhir zaman untuk pastikan anak- cucu mereka dapat kenal, berjumpa dan berjuang dengan nabi akhir zaman.

13. Tetapi apabila zahir nabi akhir zaman sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab mereka, mereka sembunyikannya.

14. Allah laknat kaum Yahudi ini kerana perbuatan menyelewengkan kitab dan menyembunyikan berita-berita dan pengenalan tentang nabi akhir zaman dalam kitab suci mereka.

15. Allah halau mereka dengan cara mengusir mereka keluar dari perkampungan mereka. 16. Ini adalah permulaan dari beberapa siri pengusiran ke atas kaum Yahudi.

17. Sebelum wafat, nabi berpesan pada sahabat-sahabat supaya semua Yahudi dikeluarkan dari tanah Arab.

18. Pengusiran Bani Nadhir adalah pengusiran yang pertama kaum Yahudi dari Jazirah Arab.

19. Allah taala keluarkan mereka dari kota dan perkampungan yang hebat disebabkan perbuatan khianat mereka.

20. “Kamu menyangka mereka tidak akan keluar dengan sebab apa yang ada pada mereka. Dan mereka yakin kubu-kubu mereka menghalang dari hukuman (dan azab) Allah”

21. Tidak terbayang bahawa mereka akan dikeluarkan dari negeri mereka memandangkan persiapan mereka yang hebat di segi fizikal. Mereka yakin kubu-kubu mereka akan menghalang mereka dari hukuman Allah.

22. “Tetapi Allah datangkan hukuman dari arah yang mereka tidak sangka”.

23. Mereka tidak menjangka inilah hukuman yang akan berlaku ke atas mereka.

24. “Allah campakkan ke dalam hati-hati mereka rasa takut (walaupun berada dalam kubu-kubu)”; walaupun simpanan harta dan persiapan mereka boleh bertahan lama, dan pada zahirnya orang Islam akan gagal mengepung mereka dan balik ke Madinah dengan tangan kososng. Tetapi Allah campakkan ke dalam hati orang Yahudi ini perasaan takut.

25. Mereka keluar dengan harapan bahawa perjanjian asal mereka dengan nabi dikekalkan, tetapi diwahyukan kepada nabi supaya menghalau atau bunuh mereka. Mereka memilih untuk meninggalkan perkampungan mereka.

26. “Mereka merosakkan rumah-rumah mereka” sendiri untuk menghalang daripada dimanfaatkan oleh orang-orang Islam dan mengeluarkan barang berharga dari rumah-rumah mereka.

27. “Dan Allah taala rosakkan juga rumah-rumah itu dengan tangan orang beriman” 28. “Oleh itu, ambillah pengajaran dari kisah pengkhianatan ini, wahai orang-orang yang berakal fikiran”

29. Sebagai iktibar, sebarang pengkhianatan akan berakhir seumpama ini.

30. “Dan jika Allah tidak takdirkan mengusir mereka keluar, nescaya mereka diazab dengan hukuman bunuh”. Ada dua pilihan sahaja kepada Yahudi ini iaitu samada meninggalkan perkampungan mereka atau dibunuh.

31. “Dan bagi mereka, menanti azab api neraka”

32. Mengapakah ini berlaku? Ini adalah kerana, mereka menentang Allah dan Rasul.

33. “(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya”. Menentang Allah kerana mereka tidak beriman dan menentang Rasul kerana berkhianat dalam perjanjian.

34. “Dan sesiapa yang menentang Allah, sesungguhnya Allah sangat berat dan dashyat hukumanNya.”

35. Pokok-pokok kurma yang ditebang adalah atas arahan dan wahyu dari Allah.

36. “Tidak kamu tebang (mana-mana pokok yang baka baik) dari pokok-pokok tamar atau kamu biarkannya tegak berdiri dalam keadaan asalnya”. Kedua-duanya, “yang demikian adalah dengan izin Allah”.

37. Allah taala perintahkan kepada nabi supaya menebang pokok-pokok kurma tersebut untuk melahirkan rasa takut dalam dada kaum Yahudi.

38. “Allah taala ingin memuliakan orang-orang mukmin yang patuh”, orang mukmin akan ikut sepenuhnya apa saja perintah Allah. Orang mukmin dimuliakan kerana patuh (kepada perintah Allah).

39.”Dan untuk menghina orang-orang yang ingkar”, dan orang yang fasiq seperti Bani Nadhir.

40. Allah taala hukum mereka dengan kehinaan, dengan terpaksa meninggalkan apa saja yang mereka usahakan.

41. Harta-harta yang ditinggalkan oleh Bani Nadhir ini dinamakan harta fai, harta yang diperolehi tanpa melalui peperangan (iaitu, harta yang ditinggalkan oleh orang kafir tanpa pertempuran).

42. Harta fai ini diagihkan dengan cara tertentu oleh khalifah.

43. “Dan semua harta yang dikembalikan oleh Allah kepada Rasulnya untuk dibahagi-bahagikan”, iaitu dengan melemahkan musuh tanpa peperangan.

44. “Dan Allah taala berkuasa penuh ke atas segala sesuatu”

45. Kepada siapakah harta ini akan dibahagikan? “Semua harta yang Allah kembalikan kepada pemilik asal (Rasul) daripada ahli Qura (Bani Nadhir) dengan tidak berperang hendaklah dibahagikan kepada (enam kumpulan berikut iaitu) Allah, Rasulullah (iaitu budibicara pemerintah), kaum kerabat nabi (Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib), anak-anak yatim, fakir-miskin dan kepada musafir.

46. Hanya golongan-golongan ini yang mendapat harta fai, iaitu mereka yang tidak bernasib baik contohnya orang miskin.

47. “Supaya harta-harta tidak beredar di kalangan orang-orang kaya sahaja”. Oleh itu, harta fai dibahagikan kepada orang miskin, anak yatim dan musafir. Pembahagian tersebut adalah muktamad dari Allah.

48. “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya”.

49. “Dan hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah taala sangat dahsyat hukumannya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)”.

50. Harta-harta fai itu dibahagikan kepada enam bahagian. Untuk Allah dan Rasul, harta tersebut digunakan atas budicara nabi (pemerintah).

51. Di antara orang miskin yang paling berhak untuk mendapat harta fai ialah dari golongan Muhajirin dan Ansar. Mereka adalah orang yang mula-mula berjuang untuk menegakkan tauhid.

52. “Harta-harta itu diberi kepada Muhajirin yang miskin”, yang berhijrah semata-mata kerana Allah.

53. “Mereka yang dihalau keluar (secara zalim) dari kampung halaman mereka”. “Dan keluar meninggalkan harta benda mereka”. “Hanya semata-mata mencari kemuliaan daripada Allah, dan keredhaanNya”. Mereka datang ke Madinah, “membantu menegakkan agama Allah”. “dan membantu (menyokong) Rasulullah”.

54. Golongan Muhajirin inilah golongan “yang benar-benar beriman”. Golongan kedua ialah, “Fakir miskin dari golongan Ansari”; yang telah menyediakan tempat untuk Muhajirin. Mereka telah beriman sebelum kedatangan golongan Muhajirin. Iaitu, orang yang datang dari Mekah (Muhajirin) adalah orang Islam, dan orang yang menyambut mereka (Ansar) juga adalah orang Islam. Golongan Ansar ini menyediakan tempat tinggal kepada golongan Muhajirin. Sifat Ansar ini ialah, selain dari iman, “mereka kasih kepada orang-orang yang berhijrah kerana Allah”.

55. Sifat ketiga, “tiada rasa hasad dengki kepada Muhajirin”, bahkan, “mereka mengutamakan muhajirin berbanding diri mereka sendiri sedangkan mereka sendiri pun adalah golongan yang susah”. Oleh itu, orang yang paling berhak terhadap harta fai tersebut ialah orang-orang miskin dari golongan Muhajirin dan Ansar.

56. “Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya”

57. Golongan yang ketiga ialah golongan Tabi’in, dan tabi’ tabi’in, “Dan orang-orang yang datang selepas muhajirin dan Ansar”

58. “Mereka berdoa, “Wahai tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman. Dan janganlah Kamu jadikan pada hati kami perasaan hasad dengki kepada golongan beriman yang lain”

59. “Wahai tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah Maha Menyayangi dan Maha Mengasihani”. Maksudnya, semua orang yang beriman yang lahir selepas Muhajirin dan Ansar menyayangi sahabat-sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar.

60. Oleh itu, di sisi ulama ahli sunnah wal jamaah, sesiapa yang membenci sahabat dikira bukan golongan ahli sunnah wal jamaah. Ini adalah kerana, maksud “jamaah” ialah “jamaah sahabat”, iaitu Muhajirin dan Ansar dan orang-orang kemudian yang sayang kepada Muhajirin dan Ansar.

61. Dalil sayangnya mereka kepada sahabat ialah mereka minta ampun (untuk para sahabat)

62. Bencinya seseorang kepada sahabat-sahabat nabi menunjukkan dia bukan seorang mukmin.

63. Imam Malik berkata, seseorang yang membenci sahabat (terutamanya Saidina Abu Bakar Dan Umar r.hum) adalah tanda kufurnya seseorang kepada Allah.

64. Kemudiannya, Allah menceritakan tentang orang-orang munafik yang bersahabat dengan Yahudi Bani Nadhir. Mereka bersetuju untuk saling bantu membantu.

65. “Tidakkah kamu lihat golongan-golongan munafik yang berkata kepada saudara Yahudi mereka, yang sama-sama ingkar dari kalangan ahli kitab. “Demi Allah! Sekiranya kamu dihalau, kami akan keluar bersama kamu. Kami tidak akan patuh kepada sesiapa pun (disebabkan sokongan kami kepada kamu) selama-lamanya”, maksudnya, kami (kaum munafik) akan sehidup semati dengan kamu.

66. “Sekiranya kamu diperangi, nescaya kami akan bantu kamu dalam peperangan tersebut”. Inilah yang dikatakan orang munafik kepada Yahudi, teman rapat mereka yang rahsia.

67. “Sesungguhnya Allah sendiri yang bersaksi bahawa orang munafik ini berbohong”. “Sekiranya Yahudi dihalau keluar, kaum munafik tidak akan keluar bersama orang Yahudi”. “Sekiranya Yahudi diperangi, munafik tidak akan membantu dan menolong mereka”. “Sekiranya orang munafik ini cuba untuk menolong mereka, mereka (Munafik) akan lari (tidak bersedia untuk mati bersama Yahudi)”. “dan mereka tidak akan diberi bantuan”

68. “Apakah kamu (sahabat-sahabat nabi) lebih ditakuti oleh mereka (munafik) berbanding Allah?”. Tidak sepatutnya manusia takut kepada sesama manusia. Sifat seperti ini menunjukkan mereka adalah munafikin. “Apakah kamu (orang-orang yang beriman) lebih ditakuti oleh mereka (munafik) berbanding Allah?”.

69. Takut kepada sesama manusia, tetapi tidak kepada Allah menunjukkan mereka tidak faham agama Islam, walaupun tinggal bersama orang Islam

70. “Yahudi tidak akan memerangi kamu secara terang-terangan (secara bersama dan bersatu dengan munafik), kecuali berada di dalam kubu-kubu”, dalam kampung-kampung yang sudah ada kubu-kubu. “Atau di sebalik tembok” dan dinding. Orang Yahudi tidak akan bertempur secara berdepan.

71. “Bahkan permusuhan sesama mereka jamatlah keras”, iaitu permusuhan sesama Yahudi atau antara Yahudi dan kaum munafik.

72. “Hanya kamu yang menyangka mereka bersatu, sedangkan hati-hati mereka itu berbeza pandangan”.

73. “Ini adalah kerana mereka tidak memahami agama yang sebenar”

74. Yahudi Bani Nadhir ini sama dengan Yahudi yang satu lagi (iaitu Yahudi Bani Qainuqa’), “Keadaan kaum Yahudi itu (Bani Nadhir) adalah sama dengan Yahudi sebelum mereka (Bani Qainuqa’)”, yang telah dihukum oleh Allah taala, “Yang telah mereka rasai musibah (akibat dari tindakan mereka yang bercanggah dengan perjanjian). Dan bagi mereka azab yang yang sangat pedih”

75. Bandingan kaum munafik dan Yahudi adalah sebagaimana syaitan menipu manusia. Sikap kaum munafik dengan Yahudi, “Adalah sebagaimana (sikap) syaitan, ketika syaitan membisikkan kepada manusia: “Buatlah amalan kufur”, atau buatlah sesuatu yang menyebabkan kamu syirik. “Selepas manusia (mengikut syaitan dan) kufur, maka berkatalah (Syaitan): Kini aku berlepas dari kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah tuhan sekelian alam”

76. “Selepas manusia (mengikut syaitan dan) kufur, maka berkatalah (Syaitan): Kini aku berlepas dari kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah tuhan sekelian alam”

77. Syaitan mengajak manusia supaya menjadi kufur sedangkan dia sendiri tidak setuju dengan kekufuran, kerana diapun takut kepada Allah.

68. “Sedangkan kesudahan kedua-duanya (manusia yang kufur dan syaitan) adalah di dalam neraka”. Kedua-duanya berada dalam neraka dan, “kekal di dalamnya”

69. “Yang demikian itu adalah balasan kepada golongan yang zalim” Ayat seterusnya adalah teguran kepada kaum munafik.

70. Untuk mengelakkan dari sifat munafik, hendaklah pastikan kita benar-benar beriman kepada Allah dan takut kepada Allah dan berfikir tentang akhirat.

71. Beriman dan takut kepada Allah dan fikir tentang akhirat.

72. “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu hendaklah bertaqwa kepada Allah (dengan melakukan taat). Dan setiap orang hendaklah perhatikan apakah amalan yang ia telah hantar untuk hari akhirat”

73. “Dan hendaklah kamu benar-benar bertaqwa kepada Allah”

74. “Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang kamu lakukan”

75. Sekiranya kamu munafik, Allah tahu dan ingatlah perbuatan kamu akan dipertanggungjawabkan. Dan kamu akan menghadapi hukuman yang amat berat di akhirat.

76. “Janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) jadi seperti orang-orang (munafik) yang lupa kepada Allah”

77. “Allah taala jadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri”, lupa untuk memahami agama Islam sebagaimana sepatutnya supaya mereka selamat.

78. Janganlah kamu jadi seperti orang munafik yang lupa kepada Allah, lalu Allah jadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri untuk menerima dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

79. “Mereka adalah golongan yang fasiq”, keluar dari ketaatan.

80. “Tidak sama penghuni syurga dan penghuni neraka”, penghuni neraka adalah mereka yang lupa kepada Allah dan penghuni syurga ialah orang yang beriman yang takut kepada Allah.

81. “Penghuni syurga ialah mereka yang mendapat kejayaan”

82. Ayat seterusnya memberitahu sebab mengapa seseorang itu dapat masuk syurga, iaitu keagungan al-Quran.

83. Allah memberitahu keagungan al-Quran yang menyebabkan seseorang masuk syurga.

84. “Seandainya Kami turunkan al-Quran ini ke atas gunung (iaitu diberinya kefahaman), nescaya kamu akan dapati gunung itu tunduk, hancur berkecai kerana takutnya kepada Allah taala. Itulah contoh yang Kami ceritakan kepada manusia untuk faedah mereka”.

85. “Supaya mereka dapat berfikir betapa hebatnya al-Quran”

TAFSIR AL-QURAN – MAULANA ABD HADI YAAKUB – SURAH NO 58 – AL-MUJAADALAH (AYAT 5 – 22)

VIDEO – [Durasi  32m 34s] -Surah No 58-al-Mujaadalah (Ayat 5- 22) – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ZmU7vHp3XSA ]

سورة المجادلة

بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ كُبِتُوا كَمَا كُبِتَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَقَدْ أَنْزَلْنَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ مُهِينٌ (5) يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا أَحْصَاهُ اللَّهُ وَنَسُوهُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (6) أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (7) أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نُهُوا عَنِ النَّجْوَى ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا نُهُوا عَنْهُ وَيَتَنَاجَوْنَ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَمَعْصِيَتِ الرَّسُولِ وَإِذَا جَاءُوكَ حَيَّوْكَ بِمَا لَمْ يُحَيِّكَ بِهِ اللَّهُ وَيَقُولُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ لَوْلَا يُعَذِّبُنَا اللَّهُ بِمَا نَقُولُ حَسْبُهُمْ جَهَنَّمُ يَصْلَوْنَهَا فَبِئْسَ الْمَصِيرُ (8) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَنَاجَيْتُمْ فَلَا تَتَنَاجَوْا بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَمَعْصِيَتِ الرَّسُولِ وَتَنَاجَوْا بِالْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (9) إِنَّمَا النَّجْوَى مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَلَيْسَ بِضَارِّهِمْ شَيْئًا إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ (10) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ (11) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَاجَيْتُمُ الرَّسُولَ فَقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَةً ذَلِكَ خَيْرٌ لَكُمْ وَأَطْهَرُ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (12) أَأَشْفَقْتُمْ أَنْ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَاتٍ فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا وَتَابَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (13) أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ تَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مَا هُمْ مِنْكُمْ وَلَا مِنْهُمْ وَيَحْلِفُونَ عَلَى الْكَذِبِ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (14) أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (15) اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ فَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ (16) لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (17) يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا فَيَحْلِفُونَ لَهُ كَمَا يَحْلِفُونَ لَكُمْ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ عَلَى شَيْءٍ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْكَاذِبُونَ (18) اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُولَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ (19) إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ فِي الْأَذَلِّينَ (20) كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ (21) لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (22)

TERJEMAHAN SURAH AL-MUJAADALAH  (AYAT 5 – 25)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(5) Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,

(6) Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.

(7) Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka – pada hari kiamat – apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(8) Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata sesama sendiri: “(Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu?” Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.

(9) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).

(10) Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.

(11) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

(12) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(13) Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.

(14) Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

(15) Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

(16) Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.

(17) harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.

(18) (Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.

(19) Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

(20) Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina.

(21) Allah telah menetapkan: “Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang) “. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.

(22) Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

[Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdaspat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===================================================

1. Ayat-ayat berikut adalah teguran kepada orang-orang munafik.

2. “Sesungguhnya mereka yang menentang Allah dan Rasul”. Seseorang itu sudah dikira sebagai menentang Allah dan Rasul, walaupun tidak setuju dengan hanya satu dari hukum-hukum Allah. Contohnya jika dia tidak menerima riba sebagai haram tetapi semua hukum yang lain diterima, dia tetap dikira sebagai menentang Allah dan Rasul.

3. Mereka ini adalah golongan munafikin; mereka tidak dapat menerima perkara yang wajib diterima sebagai orang Islam.

4. “Sesungguhnya mereka yang menentang Allah dan Rasul, mereka pasti akan dihina (di dunia ini) sepertimana dihina orang-orang (yang ingkar di kalangan munafikin) sebelumnya”.

5. Ini adalah kerana semua syariat Allah adalah wajib diterima oleh hambaNya. Begitu juga, semua ayat-ayat al-Quran adalah wajib diterima oleh hambaNya. Dan percaya kepada kitab adalah rukun Iman, ianya bermaksud percaya kepada semua isi al-Quran. Menolak salah satu perkara yang wajib dipercayai, menyebabkan seseorang keluar dari agama Islam dan tidak beriman.

6. Sebab mereka diazab adalah, “kerana sesungguhnya, Kami telah turunkan ayat yang jelas nyata”, dan tiada yang samar dalam ayat-ayat ini.

7. Ayat-ayat al-Quran adalah jelas dan nyata dalam hal-hal akidah dan syariah.

8. Di akhirat nanti, “Bagi orang yang ingkar azab yang kekal, lagi menghinakan. Hari di mana Allah bangkitkan semula mereka semuanya”.

9. “Allah akan menceritakan kepada mereka apa yang mereka telah kerjakan”, di antaranya mereka mengingkari apa-apa yang wajib mereka terima.

10. “Allah taala telah hitung amalan-amalan mereka satu persatu sedangkan mereka telah lupa”; “lupa” bermaksud samada tidak ingat atau cuai dalam amalan.

11. “Dan Allah taala menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu”

12. “Tidakkah kamu tahu bahawasanya ilmu Allah taala itu sempurna?”

13. “Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi”

14. Sempurnanya ilmu Allah sehinggakan, “Tiada bisikan rahsia tiga orang kecuali Dia yang keempatnya”.

15. “Dan tiada bisikan lima orang kecuai Dialah yang keenam.

16. “Dan tidak kurang yang demikian (tiga) dan tidak lebih yang demikian (lima) kecuali Allah bersama mereka di mana saja mereka berada”. Maksudnya, seseorang tidak boleh menyembunyikan dirinya dan amalannya dari pengetahuan Allah.

17. Bila mereka mati, “Allah taala akan menceritakan kepada mereka apa yang mereka telah buat – pada hari kiamat-“, untuk dihukum. “Sesungguhnya Allah taala Maha Mengetahui segala sesuatu”

18. Mereka (kaum munafik) dilarang mengadakan perbincangan secara rahsia, apatah lagi rancangan rahsia untuk melawan agama Islam, atau merancang untuk menyusahkan nabi, atau untuk mempersendakan ayat-ayat Allah taala. Pada zahirnya mereka kelihatan sebagai orang Islam.

19. Golongan munafikin ini bercakap sesama mereka sambil menunjuk-nunjukkan tangan mereka ke arah orang yang beriman untuk menyakitkan hati orang-orang beriman.

20. Sekiranya ada tiga orang dalam satu kumpulan, Allah larang dua orang darinya berbisik-bisik dengan meninggalkan yang ketiga. Jika ada rahsia antara dua orang, mereka hendaklah meminta izin dari orang yang ketiga untuk bercakap secara rahsia. Jika tidak, perbuatan tersebut akan menyebabkan dosa.

21. Larangan berbisik-bisik antara dua orang bila ada tiga orang adalah untuk mengelakkan dari menyakiti hati orang yang ketiga. Mereka perlu meminta izin sekiranya ingin bercakap secara rahsia. Tanpa keizinan orang ketiga, ianya adalah haram dan berdosa.

22. Bila dua orang bercakap secara berbisik-bisik dengan kehadiran orang ketiga, ianya akan menimbulkan rasa curiga orang yang ketiga tersebut. Allah taala tegur perangai orang munafikin yang sebegini di zaman nabi.

23. “Tidakkah kamu tahu bahawa orang munafikin dilarang berbisik-bisik secara rahsia”. Setelah dilarang, “mereka mengulangi semula perbuatan yang dilarang kepada mereka untuk melakukannya.”

24. “Dan mereka berbisik-bisik secara rahsia untuk melakukan dosa”, supaya menimbulkan permusuhan sesama manusia. Di zaman Rasul, mereka berbincang secara rahsia untuk menentang Rasul.

25. Perangai mereka yang buruk ialah, “Apabila mereka datang untuk mengadap engkau (wahai Muhammad), mereka tidak ucapkan lafaz salam hormat seperti yang Allah ajarkan”. Apabila mereka bertemu dengan engkau (nabi Muhammad), mereka ucapkan ucapan selamat tidak seperti yang Allah ajarkan, contohnya, kata-kata “Assamu’alaika” yang bermaksud, “Maut atau celaka ke atas kamu”. Kalimah ini disebut untuk menghina dan menyakiti nabi.

26. Ada seorang munafik berjumpa nabi lalu menyebut, “Assamua’laika ya Rasulullah”. A’isyah r.ha dengar kata-kata orang munafik yang menghina nabi ini. Bila nabi menjawab “Wa’alaika” (Begitu juga untuk kamu!), Aisyah tambah dengan lafaz, lebih kurang maksudnya, “Begitu juga untuk kamu. Celaka untuk kamu”. Bila ditegur oleh nabi, Aisyah menjelaskan bahawa si munafik berkata “maut ke atas kamu”. Nabi beritahu bahawa baginda jawab, “Juga ke atas kamu”, dan ianya sudah memadai. Menambahkan kalimat “kutukan” adalah tidak dituntut dalam agama.

27. “Sambil mereka berkata sesama sendiri, “Mengapa Allah tidak azab kita dengan sebab kita bercakap (buruk)?” iaitu, “celaka ke atas kamu”, kepada nabi.

28. Kaum munafikin berbincang sesama mereka, mengapa Allah taala tidak menghukum mereka, sedangkan mereka telah ucapkan kalimah-kalimah buruk kepada nabi.

29. Allah menjawab, walaupun tiada balasan di dunia, “Cukuplah bagi mereka ini neraka Jahannam”. “Yang pasti mereka akan memasukinya”. “Maka ianya seburuk-buruk tempat kembali”.

30. Berbincang secara rahsia adalah dibenarkan untuk perkara-perkara yang baik sahaja.

31. “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu ingin berbicara secara rahsia, maka janganlah kamu berbicara hal-hal yang menyebabkan dosa”.

32. “Atau perkara yang menyebabkan permusuhan” sesama kamu.

33. “Atau perkara yang menderhaka kepada Rasul”

34. Boleh berbincang secara rahsia, dengan syarat untuk “kebaikan sesama manusia” dan untuk tujuan “taqwa kepada Allah taala”. Sekiranya ianya adalah untuk kebaikan dan patuh kepada Allah, ianya dibenarkan.

35. “Dan kamu hendaklah bertaqwa kepada Allah. KepadaNyalah kamu akan dikembalikan”

36. Bisikan-bisikan orang-orang munafik ini adalah dari syaitan.

37. “Sebenarnya perbincangan rahsia (sambil menunjuk-nunjukkan jari kepada orang beriman) adalah bisikan syaitan kepada mereka”. Tujuannya adalah supaya, “Syaitan dapat menjadikan orang beriman sedih (menyusahkan dan menyakiti hati orang yang beriman). Sedangkan bisikan itu tidak membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah”. Jika ianya sekadar bisikan-bisikan, ianya tidak membahayakan tetapi hanya menyebabkan orang beriman sedih dan bersangka tidak baik.

38. “Dan kepada Allah jualah hendaknya bertawakkal orang yang beriman”. Orang-orang beriman tidak perlu takut jika ada perbincangan rahsia seperti ini dan hanya perlu berserah kepada Allah. Nescaya Allah akan jaga kita.

39. Orang-orang munafik mengganggu majlis-majlis nabi yang dihadiri oleh sahabat-sahabat yang rapat seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Sahabat-sahabat ini duduk bersama nabi untuk berbincang bagaimana untuk menyebarkan agama. Untuk berbincang perkara penting dan rahsia, nabi akan jemput sahabat-sahabatnya yang utama seperti khulafa’ al-Rasyidin. Hasil perbincangan tersebut mungkin dihebahkan atau tidak

40. Orang munafik ini duduk di sekeliling nabi, yang sepatutnya diduduki oleh sahabat-sahabat rapat nabi. Orang munafikin memang bertujuan untuk mengganggu majlis nabi.

41. Sahabat-sahabat adalah orang yang sangat beradab dan berakhlak mulia (hasil dari didikan al-Quran dan nabi). Nabi teragak-agak untuk bertindak kerana ingin menjaga hati (mereka yang di sekeliiingnya). Lalu turun ayat al-Quran berikut,

42. “Wahai orang yang beriman! Apabila diminta untuk memberi ruang (semasa berada di bahagian depan majlis), maka berilah ruang”. Apabila diminta oleh pengerusi majlis atau nabi (semasa di zaman nabi) untuk membuka ruang, hendaklah kamu membuka ruang (lapangkan) supaya orang-orang yang penting dapat masuk ke dalam majlis. Apabila kamu boleh berbuat demikian, “Allah akan buka kepada kamu rahmat”.

43. Disebabkan majlis terlalu penuh, terpaksa diminta seseorang berdiri untuk memberi ruang kepada seseorang yang penting untuk duduk bersama. Orang munafik akan membantah dan memberi alasan bahawa merekalah yang datang awal dan sepatutnya diutamakan.

44. “Apabila dinasihati kepada kamu supaya bangkit dari majlis, maka hendaklah kamu bangkit”. “Allah akan angkat darjat kamu yang beriman (kepada Allah dan Rasul)”. Jika pengerusi majlis minta diberi tempat kepada seseorang yang baru masuk dan dia dengan rela hati bangkit, Allah akan menaikkan darjatnya. Ini adalah salah satu tuntutan majlis. Individu yang penting yang perlu duduk dekat dengan nabi, hendaklah diberi ruang untuk duduk dekat dengan nabi.

45. “Dan orang beriman yang diberi kepada mereka itu ilmu, Allah akan angkatnya beberapa darjat lagi”. “Allah taala Maha Mengetahui atas apa-apa yang kamu lakukan”.

46. Apabila nabi keluar dari rumah, orang-orang munafik akan duduk dekat dan berkeliling sekitar nabi dan berbual-bual dengan nabi sedangkan pada masa itu nabi perlu berjumpa dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Orang munafik akan sentiasa mengekori nabi dengan tujuan menghalang nabi dari berjumpa sahabat-sahabat rapat baginda supaya agenda penyebaran Islam terbantut.

47. Allah ingin mengajar adab, iaitu sesiapa yang ingin berjumpa dengan nabi hendaklah memberi sedekah terlebih dahulu.

48. Orang-orang munafik adalah bersifat bakhil, maka dengan turunnya ayat ini mereka tidak lagi pergi berjumpa nabi. Mereka mengundur diri bila tuntutan infaq dikenakan. Ayat ini kemudiannya dimansuhkan (dibatalkan pengamalannya).

49. “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu ingin berbual atau berbincang dengan Rasul kamu hendaklah memberi sedekah kepada fakir miskin”, wajib kepada mu untuk mengeluarkan sedekah.

50. Hukum wajib mengeluarkan sedekah ini kemudiannya ditukar kepada sunat.

51. Semasa hukum ini ditukar kepada sunat, Saidina Ali diriwayatkan berkata bahawa dia seorang sahaja yang sempat mengamalkannya (semasa hukumnya wajib).

52. “Dijadikan pemberian sedekah terlebih dahulu (sebelum berjumpa nabi) adalah baik kepadamu (untuk memperolehi pahala)”; kamu dapat pahala dan kamu dapat berjumpa nabi. “Dan ianya dapat menyucikan dosa-dosa kamu”

53. Dosa dapat dihapuskan dengan cara menginfaqkan harta dan memberi sedekah.

54. “Sekiranya kamu tidak mempunyai harta, (kamu dibenarkan juga mengadap nabi mengenai perkara yang tak dapat dielakkan), sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

55. Jika kamu terlalu miskin, maka kamu dimaafkan. Hanya orang yang kaya yang difardhukan untuk memberi sedekah. Biasanya munafikin ini adalah dari kalangan orang yang kaya raya.

56. “Adakah kamu rasa takut untuk mengeluarkan sedekah terlebih dahulu sebelum kamu berjumpa dan berbincang dengan nabi?”. Adakah kamu takut untuk mengeluarkan sedikit harta sebelum datang berjumpa dan berbincang dengan nabi?

57. “Sekiranya kamu tidak mampu melakukannya, Allah taala akan memaafkan kamu”.

58. “Maka hendaklah kamu mendirikan solat dan tunaikanlah zakat”

59. “Dan kamu hendaklah taat kepada Allah dan RasulNya”

60. “Allah taala Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan”

61. Ayat ini bertujuan untuk mengajarkan adab bila berurusan dengan nabi s.a.w.

62. “Tidakkah kamu lihat golongan munafikin yang menjadikan kaum yang dimurkai oleh Allah sebagai teman rapat”; iaitu kaum Yahudi.

63. “Sedangkan mereka (Yahudi) itu bukanlah dari golongan kamu”

64. “Tidaklah munafik ini bersama-sama kamu (sepenuhnya) dan tidaklah munafik ini bersama mereka (sepenuhnya)”. Orang munafik ini duduk di tengah-tengah di antara orang beriman dan orang Yahudi.

65. Apabila orang munafik ini dicurigai dan ditanya, “mereka bersumpah dengan dusta dalam keadaan mereka tahu keadaan sebenar”. Mereka bersumpah bahawa mereka adalah orang Islam padahal mereka tahu bahawa mereka bukan orang Islam.

66. “Allah taala telah sediakan kepada mereka azab yang sangat berat”

67. “Sesungguhnya amat buruk amalan (nifaq) yang mereka lakukan itu”

68. Bersumpah adalah helah yang paling senang untuk mengelabui orang Islam. Contohnya, dengan berkata, “Demi Allah saya orang Islam”.

69. “Mereka telah jadikan sumpah-sumpah bohong sebagai perisai (untuk menyelamatkan harta mereka dari dirampas, dan bagi menyelamatkan mereka dari dibunuh)”.

70. Mereka bersumpah supaya tidak dituduh sebagai orang kafir.

71. “Mereka sebenarnya menghalang orang lain dari jalan Allah”. Beginilah cara hidup orang-orang munafik, mereka bersumpah dan menghalang orang lain dari jalan Allah yang benar. Natijahnya, “Bagi mereka itu azab yang sangat menghina”.

72. Di akhirat nanti tiada sesiapa yang dapat membantu dan menolong mereka. “Harta benda mereka tidak sekali-kali boleh menyelamatkan mereka”. “Dan tidak juga anak pinak mereka (dapat menyelamatkan mereka) daripada azab Allah walaupun sedikit”

73. “Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya”. Mereka adalah penghuni sebenar neraka.

74. Waktu diazab nanti, Allah berfirman, “Hari dibangkitkan mereka semua sekali. Mereka bersumpah (di depan Allah) sebagaimana mereka bersumpah di depan kamu (Muhammad) semasa di dunia”.

75. “Mereka menyangka bahawa mereka berada di atas pegangan yang benar”. “Ketahuilah! “Bahawa mereka itu benar-benar berbohong”.

76. Terjadinya demikian adalah, “Kerana mereka dikuasai oleh syaitan”. Natijah daripada penguasaan syaitan ialah, “Syaitan melupakan mereka daripada zikir kepada Allah”, melupakan mereka kepada wahyu Allah. “mereka itulah puak Syaitan”

77. Ketahuilah, “Sesungguhnya puak syaitan ini adalah orang-orang yang sangat rugi”. Sebab kerugian ialah, “Bahawa mereka yang menentang Allah dan Rasul, berada di darjat paling bawah”, iaitu golongan yang benar-benar dihina oleh Allah.

78. Allah telah menetapkan bahawa Dia akan mengalahkan sesiapa saja yang menentangNya. Pada akhirnya, Allah akan menzahirkan kekalahan golongan penentang ini. “Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang)”. Mereka yang menentang pasti akan mengalami kekalahan.

79. “Sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa”

80. Tanda-tanda seseorang itu adalah mukmin yang sebenar ialah tidak bergaul dengan mereka yang menentang Allah dan rasul.

81. “Kamu tidak akan dapati mereka yang benar-benar beriman pada Allah dan hari akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul””. Kamu akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, iaitu sahabat-sahabat nabi yang setia, tidak akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan rasul.

82. “Sekalipun orang yang menentang Allah dan Rasul adalah bapa mereka atau anak-anak mereka atau adik-beradik mereka atau keluarga rapat mereka”.

83. Pendirian sahabat-sahabat nabi adalah jelas terhadap mereka yang menentang Allah dan Rasul walaupun mereka adalah ayah, anak-anak, adik beradik atau keluarga terdekat mereka. Ini adalah kerana kasih kepada Allah dan Rasul menyebabkan mereka membenci dan tidak menerima mereka yang menentang Allah taala.

84. “Inilah orang yang ditetapkan oleh Allah iman yang sebenar di dalam hati mereka”. Inilah cara hidup mereka (orang yang beriman) iaitu tiada lagi hubungan dengan orang yang menentang Allah dan Rasul, walaupun mereka (orang yang menentang Allah dan Rasul) adalah ayah atau anak-anak sendiri.

85. Merekalah orang yang ditetapkan dalam hati mereka dengan iman yang teguh. “Dan Allah taala teguhkan lagi mereka itu dengan kekuatan rohani (keyakinan yang sejati)”.

86. Dan di akhirat nanti, “Allah pasti akan memasukkan mereka ke dalam kebun-kebun syurga yang luas. Mengalir di bawahnya sungai-sungai”. “Dan kekallah mereka di dalamnya”

87. “Allah redha kepada mereka dan mereka berpuas hati di atas pemberian Allah”

88. “Mereka itulah (iaitu, mereka yang bersikap sebagaimana sahabat-sahabat nabi) kumpulan Allah”

89. “Sesungguhnya kumpulan Allah (penolong-penolong Allah), mereka yang benar-benar berjaya di dunia dan akhirat” Semoga Allah taala pilih kita termasuk dalam golongan ini.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakub – Surah No 58 – al-Mujaadalah (Ayat 1 – 4)

VIDEO – [Durasi  10m 41s] – Surah No 58-al-Mujaadalah (Ayat 1- 4) – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/UyR8ewtPYcM ]

سورة المجادلة

بسم الله الرحمن الرحيم

قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ (1) الَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِنْكُمْ مِنْ نِسَائِهِمْ مَا هُنَّ أُمَّهَاتِهِمْ إِنْ أُمَّهَاتُهُمْ إِلَّا اللَّائِي وَلَدْنَهُمْ وَإِنَّهُمْ لَيَقُولُونَ مُنْكَرًا مِنَ الْقَوْلِ وَزُورًا وَإِنَّ اللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ (2) وَالَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُوا فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَتَمَاسَّا ذَلِكُمْ تُوعَظُونَ بِهِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ (3) فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَتَمَاسَّا فَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَإِطْعَامُ سِتِّينَ مِسْكِينًا ذَلِكَ لِتُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ (4)

TERJEMAHAN SURAH AL-MUJAADALAH  (AYAT 1 – 4)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

(2) Orang-orang yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

(3) Dan orang-orang yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

(4) Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ] 

===================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===================================================

1. Terdapat kekeliruan tentang hukum-hukum agama di kalangan sahabat nabi (tentang perkara-perkara yang menjadi adat resam di zaman jahiliyah).

2. Seorang sahabat, Aus bin Tsamid, telah meminta isterinya untuk “bersama”, tetapi isterinya enggan menyebabkan dia terlalu marah sehingga berkata, “Ke atasku, kamu pada hari ini telah menjadi seperti belakang ibuku”. “Belakang”, bermaksud, “tidak boleh rapat” (tidak boleh bersetubuh)”.

3. Lafaz seperti ini, pada orang Arab (terutamanya penduduk Madinah) adalah bermaksud untuk memutuskan hubungan suami-isteri untuk selama-lamanya, bukan setakat bercerai (kalau bercerai dapat rujuk semula). Ianya dikenali sebagai “zihar”.

4. Menurut adat resam Arab, apabila suami melafazkan perkataan ini kepada isterinya, mereka tidak boleh rujuk selama-lamanya.

5. Isteri Aus, Khaulah, mengadu tentang hal tersebut kepada nabi. Beliau mengadu, “Apa yang akan berlaku nanti (jika mereka bercerai), kerana saya mempunyai ramai anak dan saya miskin. Anak-anak saya masih kecil, mungkin akan terbiar jika dijaga oleh bekas suami saya. Jika saya yang menjaganya, saya akan kelaparan kerana saya miskin”.

6. Nabi menjelaskan jika itulah perkataan suaminya, dengan maksud sebagaimana yang maklum di dalam masyarakat Madinah, maka hukum zihar telah berlaku. Lalu Khaulah mengadu (berdoa) kepada Allah supaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Kemudian, beliau berjumpa lagi dengan nabi untuk mengadukan hal yang sama, untuk mendapat kepastian yang jelas di sisi syariat. Ini adalah kerana mengikut adat resam masyarakat Madinah, lafaz zihar adalah bermaksud untuk berpisah selama-lamanya dengan isterinya. Dia juga mengadukan tentang masalah sara hidup dan penjagaan anak-anaknya. Nabi menjawab dengan jawapan yang sama seperti sebelumnya.

7. Ada riwayat mengatakan bahawa beliau berjumpa Rasulullah sebanyak tiga kali, di samping itu beliau juga mengadu (berdoa) kepada Allah supaya menyelesaikan masalahnya. Setelah itu Allah turunkan surah ini.

8. Adat “zihar” adalah bukan dari syariat Islam tetapi adalah dari adab resam kaum jahiliyyah. Adat ini adalah zalim dan tidak mencerminkan syariat Islam yang adil. Walaupun begitu, ianya menjadi amalan orang Madinah selama ini.

9. Lafaz-lafaz zihar ini menghidupkan adat resam yang zalim, tidak merupakan sebahagian dari syariat Islam yang sentiasa adil. Allah menurunkan ayat berikut untuk menjelaskan hukum yang sebenar;

10. “Sesungguhnya Allah telah mendengar aduan perempuan yang bertanya kepada kamu (Muhammad) tentang suaminya (yang melafazkan perkataan yang demikian). Dan dia mengadu kepada Allah supaya Allah menyelesaikan masalahnya”.

11. Bila beliau datang berjumpa nabi, nabi tidak dapat menyelesaikannya, kerana nabi tidak akan berbuat sesuatu tanpa petunjuk dari Allah. Tanpa arahan dari Allah, nabi menerima apa yang menjadi adat resam semasa itu.

12. “Allah telah mendengar” bermaksud, “Allah telah menerima doa dan rayuan” perempuan yang datang berbincang dengan nabi tersebut. Dia telah mengadu dengan sungguh-sungguh tentang dirinya yang teraniaya dan seolah-olah tiada penyelesaiannya.

13. “Dan Allah sesungguhnya Maha Mendengar (perbualan mereka berdua), lagi Maha Melihat.

14. Ketetapan tentang hukum zihar ialah, “Suami yang berzihar di kalangan mereka itu terhadap isteri mereka (iaitu, berkata kamu seperti ibuku – haram bersetubuh selama-lamanya-), tidaklah isteri itu seperti ibu mereka”, maksudnya dengan lafaz zihar itu, tidaklah menjadikan isteri itu menjadi ibu. “Tidaklah ibu mereka melainkan perempuan yang melahirkan mereka”. Ibu adalah orang yang melahirkan mereka, isteri tidak melahirkan mereka. Ungkapan “zihar” tersebut adalah hanyalah rekaan (yang tidak berpijak di bumi nyata) dan bukan syariat dari Allah.

15. “Sesungguhnya mereka menuturkan perkataan yang mungkar dan dusta”, perkataan yang diucapkan tersebut adalah perkataan yang berdosa dan tidak benar maksudnya.

16. “Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Pengampun”.

17. Inilah kali pertama berlaku perkara ini dalam Islam; untuk dijadikan panduan dan syariat. Ayat al-Quran ini diturunkan untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar di antara adat resam dan syariat Allah taala. Adat resam yang zalim hendaklah ditinggalkan dan kita hendaklah patuh kepada syariat Islam yang adil.

18. “Dan orang-orang yang men”zihar”kan isterinya, kemudian dia ingin membatalkan lafaz zihar yang mereka ucapkan, ke atas mereka (yang ingin kembali kepada isteri setelah lafaz zihar diucapkan) hendaklah memerdekakan seorang hamba”. Ke atas mereka tanggungan untuk memerdekakan seorang hamba, “Sebelum melakukan persetubuhan”.

19. Hukuman kaffarah ini adalah peringatan (supaya kamu jangan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan syariat).

20. “Yang demikian itu, hukuman kaffarah ini, sebagai nasihat supaya jangan mengulangi perbuatan tersebut”. “Dan Allah taala Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan”.

21. “Maka siapa yang tidak mendapati hamba sahaya”, samada tidak mampu untuk membeli hamba sahaya atau tidak wujud hamba sahaya (seperti hari ini), “dia hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum bersama (dengan isterinya)”.

22. “Jika dia tidak mampu berpuasa (dua bulan berturut-turut), “gantinya ialah memberi makan kepada enam puluh orang miskin”

23. “Penetapan (hukum seperti) ini adalah untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintah Allah)”.

24. “dan itulah batas-batas hukum Allah”, undang-undang agama Allah untuk kamu ikuti. 26. Kalu tidak, “Bagi golongan ingkar adalah azab yang pedih”