VIDEO – SURAH HUD – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
SINOPSIS:
==============================
MESEJ UTAMA SURAH HUD
==============================
Dengan menerima seruan al-Quran, ajaran tauhid dan bertaubat daripada syirik dan dosa-dosa dan memohon keampunan daripada Allah, sesuatu kaum diselamatkan dari dibinasakan. Jika tidak, mereka juga mungkin dibinasakan seperti kaum-kaum sebelumnya.
==============================
KEUTAMAAN SURAH HUD
==============================
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Surah Hud, al-Waqi’ah, al-Mursalat, Surah an-Naba’ dan Surah at-Takwir telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)”
=========================
TEMA UTAMA SURAH HUD
=========================
1. Bangsa-bangsa yang bersalah boleh selamat daripada dibinasakan jika mereka beristighfar memohon keampunan daripada Allah.
2. Orang-orang musyrikin meragui al-Qur’an sebagai kalam Allah, lalu mereka dicabar untuk mencipta sepuluh surah seperti surah-surah al-Quran dengan meminta bantuan sekelian makhluk.
3. Hak-hak asasi manusia untuk memilih agama diterima di dalam Surah Hud melalui lidah Nabi Nuh. Allah berfirman: “Bukti yang terang dari tuhanku ada padaku, aku mendapat rahmat dan hidayat daripadanya. Tetapi kalau kamu terus mahu menjadi buta maka aku tidak akan memaksakan seruanku kepada kamu dalam keadaan kamu tidak inginkannya” (Ayat: 28).