[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 20m 07s ] – SURAH IBRAHIM – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/pHSlQ_BEN0w ]
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH IBRAHIM
==============================
Dengan mengambil pengajaran daripada ancaman al-Quran dan sejarah, manusia hendaklah meninggalkan kekufuran dan sifat tidak mengenang budi. Mereka hendaklah memilih jalan tauhid dan syukur.
=========================
TEMA UTAMA SURAH IBRAHIM
=========================
1. Maksud penurunan al-Qur’an adalah bahawa Allah menghendaki manusia keluar daripada kegelapan syirik dan kesesatan kepada cahaya tauhid dan jalan yang lurus (Ayat 1).
2. Pemimpin-pemimpin yang tidak bersyukur akan ni’mat Allah boleh membawa kaumnya ke negeri kehancuran dan kemusnahan (neraka) (Ayat 28).
3. Allah menyeru manusia supaya merenung dan berfikir tentang bagaimana Dia telah melengkapkan dunia ini dengan segala benda yang diperlukan, ni’mat-Nya tidak terhitung dan tidak terhingga.
4. Allah mengingatkan manusia tentang pemberian bersyarat-Nya bahawa jika manusia bersyukur nescaya akan Dia akan menambah (ni’mat) kepada mereka, dan jika mereka tidak bersyukur maka azab yang akan menimpa mereka kerananya sangatlah teruk (Ayat 7).
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 14 – Ibrahim
