Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 16 – Surah an-Nahl

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 53m 37s ] – SURAH AN-NAHL – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/Xw_OZirneQA ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 16 – SURAH AN-NAHL
 
TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN
 
1- 01:04 – Mesej Utama
2- 02:59 – Zaman Diturunkan
3- 03:55 – Beberapa Ciri Khusus Surah
4- 05:45 – Perkaitan Surah An-Nahl Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 12:19 – Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 12:22 – a. Dalil-dalil tahuhid khaliqiyyah
7- 24:26 – b. Dalil-dalil tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid haakimiyyah
8- 37:14 – c. Sifat-sifat pimpinan Quraisy dan kesalahan-kesalahan mereka
9- 43:02 – d. Kesempurnaan tauhid tidak mungkin dicapai tanpa menolak thaghut
10- 43:52 -e. Menolak syirik kepada من دون الله dan غير الله. Di dalam surah ini juga dibuat perbandingan di antara Allah dan من دون الله dan غير الله.
11- 44:59 – f. Menolak kepercayaan yang tidak menerima hari akhirat dan dalil-dalil membuktikan adanya hari akhirat
g. Kesombongan pemimpin-pemimpin kafir Quraisy
h. Sifat-sifat taqwa yang ada pada Rasulullah s.a.w. dan Sahabat-sahabatnya
i. Berita gembira akan berhijrah ke Madinah dan kelebihan hijrah
j. Musyrikin Mekah diminta supaya mensyukuri ni’mat Allah seperti Nabi Ibrahim
12- 49:26 – k. Tuntutan menunaikan hak-hak Allah dan janji Allah
 
13- 50:33 – Ayat وَلَا تَكُونُوا كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِن بَعْدِ قُوَّةٍ أَنكَاثًا تَتَّخِذُونَ أَيْمَانَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ أَن تَكُونَ أُمَّةٌ هِيَ أَرْبَىٰ مِنْ أُمَّةٍ ۚ إِنَّمَا يَبْلُوكُمُ اللَّهُ بِهِ ۚ وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ – 92
 
“Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya”.
 
SINOPSIS
                                     ==============================
                                            MESEJ UTAMA SURAH AN-NAHL
                                     ==============================
1. Perdebatan dengan orang-orang yang tidak mempercayai tauhid, risalah dan hari akhirat.
2 Tuntutan menerima tuhan pencipta dan Rabb dan juga sebagai hanya tuhan yang layak disembah.
3. Arahan kepada orang-orang Islam supaya terus menyampaikan dakwah dengan penuh sabar, taqwa, hikmah dan ihsan
 
                                                =========================
                                                        TEMA UTAMA AN-NAHL
                                                =========================
1. Allah s.w.t. menjadikan manusia dalam suatu bentuk dan keadaan yang memestikan ia mati. Ada di antara manusia yang dipanjangkan umurnya sehingga menjadi nyanyuk setelah ia mempunyai ilmu yang cukup (Ayat 70)
 
2. Di dalam Surah an-Nahl diberikan bermacam-macam dalil lain untuk membuktikan tauhid, ia dinamakan “ayat” atau “ayaat” (tanda-tanda kebesaran Allah). Manusia diminta berfikir tentangnya dan merenunginya supaya akhirnya dia menerima Allah sebagai “khaliq” lalu menerima tauhid “khaliqiyyah”, menerima Allah sebagai “rabb” lalu menerima tauhid “rububiyyah”, menerima Allah sebagai “ilaah”, lalu menerima tauhid “uluhiyyah” dan juga menerima Allah sebagai hakim dan pembuat undang-undang lalu menerima tauhid haakimiyyah.
 
3. Allah telah memberi kebebasan memilih antara baik dan buruk kepada manusia, sesetengah manusia menyediakan minuman yang halal daripada buah-buah yang diciptakan Allah, sesetengah manusia pula membuat minuman yang memabukkan daripada buah-buah itu. Orang-orang yang beraqal hanya berpada dan berasa cukup dengan rezeki yang baik daripada Allah lalu bersyukur kepada-Nya, sementara orang-orang yang bodoh pula cenderung kepada rezeki yang haram (Ayat 67).
 
4. Syaitan dan Iblis hanya dapat mempengaruhi orang-orang yang menjadikannya sebagai teman dan orang-orang yang melakukan kesyirikan (Ayat 100).
 
5. Di akhir ayat surah ini umat Islam dihiburkan dan diberi berita gembira bahawa mereka jangan merasakan bersendirian, sebaliknya Allah ada bersama mereka. Ini kerana Allah bersama orang-orang yang bertaqwa dan orang yang melakukan amalannya dengan baik (Ayat: 128).
 
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
 
 

Leave a comment