Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 17 – Surah al-Isra’

VIDEO – [Durasi – 27m 47s ] – SURAH AL-ISRA’ – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 17 – SURAH AL-ISRA’

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:51 – Mesej Utama

2- 06:36 – Zaman Diturunkan

3- 08:42 – Kelebihan Surah Bani Israil

4-10:39 – Perkaitan Surah Bani Israil Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 12:05 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

6- 12:08 -a. Di dalam Surah Bani Israil selain dinyatakan keistimewaan dan keutamaan Al-Qur’an, dinyatakan juga sikap orang musyrikin terhadapnya

7- 16:38 – b. Satu lafaz khusus telah digunakan sebanyak tiga kali di dalam Surah Bani Israil iaitu lafaz إستفزاز.

8- 25:23 – c. Kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil dan seruan Islam untuk mereka

9- 25:57 – d. Di dalam Surah Bani Israil juga digunakan perkataan وكيل sebagai sifat Tuhan

SINOPSIS

==============================

MESEJ UTAMA SURAH AL-ISRA’

==============================

1. Setelah seruan supaya beriman kepada al-Quran disampaikan, pemimpin Quraisy berusaha membantun (menghapuskan sehingga ke akar umbi) Nabi s.a.w dan pengikut-pengikutnya dari bumi Mekah. Ianya tak ubah seperti tindakan Fir’aun terhadap Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya dahulu. Tetapi Allah, sebaliknya, telah membantun mereka.

2 Berita gembira akan menguasai Mekah dan Baitul Maqdis. 

========================

KELEBIHAN SURAH ISRA’

========================

Hadith bermaksud: Rasulullah s.a.w. tidak tidur di atas tilamnya sebelum membaca Surah Bani Israil (al-Isra’) dan Surah az-Zumar

=========================

TEMA UTAMA AL-ISRA’

=========================

Keistimewaan dan keutamaan al-Quran

a) Qur’an menunjukkan jalan yang lurus (Ayat 9).

b) Al-Qur’an ibarat serampang dua mata, sebagaimana ia menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang mu’min, ia juga menjadi sebab kepada orang-orang zalim bertambah rugi (Ayat 82).

c) Al-Qur’an dapat menjadi pembimbing kepada orang-orang yang percaya akan adanya hari akhirat, manakala kepada orang-orang yang mengingkari hari akhirat ia menjadi dinding yang menghalang mereka daripada mendapat petunjuk (Ayat 45)

d) Al-Qur’an mencabar jika sekalian manusia dan jin saling bekerjasama untuk menulis kalam seperti al-Qur’an ini nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana kalam Allah sama sekali tidak akan sama dengan kalam makhluk (Ayat 88).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 17 – al-Isra’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s