VIDEO – [Durasi – 1j 30m 0s ] –SURAH AL-KAHFI – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 18 – SURAH AL-KAHFI
1- 01:21 – Mesej Utama
2- 03:34 – Zaman Diturunkan
3- 04:46 – Kelebihan Surah Al-Kahfi
4- 11:39 – Perkaitan Surah Al-Kahfi Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 14:30 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 20:10 – a. Perkataan زينة disebut sebanyak tiga kali dalam surah ini iaitu pada ayat 7, 28 dan 46
7- 36:18 – b. Surah ini juga menyebutkan tentang perlindungan dan kekuasaan mutlaq Allah. Ia membatalkan aqidah orang-orang kafir yang percaya غير الله juga berkuasa melindungi dan menjaga mereka. Perkataan ولي، أولياء dan ولاية juga telah digunakan pada beberapa tempat di dalam surah ini, lihat ayat 17, 26, 44, 50 dan 102.
8- 37:22 – c (i) Orang yang disesatkan Allah tidak akan ada sesiapa pun yang dapat menolong dan membimbingnya (Ayat: 17)
9- 37:44 – c (ii) Tidak ada wali (penjaga dan pelindung) kepada manusia selain Allah, Allah s.w.t. tidak berkongsi dengan sesiapa pun dalam menetapkan keputusan- Nya (Ayat 26)
10- 41:56 – c (iii) Selepas musnah kebun seorang tuan tanah yang sombong, terbuktilah bahawa hanya kekuasaan Allah sahaja yang benar (Ayat 44)
11- 42:14 – Perenggan 2 – Ayat 9 – 31 – Ujian dalam Keimanan – Kisah Ashaabul Kahfi
12- 54:39 – Perenggan 3 – Ayat 32 – 59 – Ujian dalam lebih dan kurangnya harta kekayaan – Kisah dua orang tuan tanah
13- 1:05:14 – Perenggan 4 – Ayat 60 – 82 – Ujian dalam banyak dan sedikit ilmu – Kisah Nabi Musa dan Khadir
14- 1:23:12 – Perenggan 5 – Ayat 83 – 102 – Ujian dalam kekuasaan – Kisah Zul Qarnain
5- 1:26:55 – Di dalam surah ini disebutkan dengan terperinci ciri-ciri istimewa Al Qur’an, ia dapat dilihat dalam ayat 1, 2, 3, 4, 6, 27, 29 dan 54
16 1:28:12 – Terdapat 2 ayat di dalam surah ini berkenaan dengan kebebasan beragama iaitu ayat 20 dan 29
17- 1:31:54 – Perkataan الحياة الدنيا tersebut sebanyak 5 kali dalam surah ini, melaluinya hakikat dunia didedahkan
18- 1:36:22 -F. Perkataan لقاء yakni pertemuan dengan Tuhan di akhirat nanti disebutkan sebanyak 2 kali di dalam surah ini.
Beberapa ayat didalam surah ini menyebutkan berkenaan dengan perihal hari kiamat iaitu ayat 21, 47, 48, 49, 52 dan 98.
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-KAHFI
==============================
1. Tujuan perhiasan hidup di atas muka bumi.
2. Ujian terhadap amalan manusia.
3. Ujian istiqamah dengan ajaran tauhid.
4. Ujian banyak harta, kemuliaan dan ramai bilangan keluarga.
5. Ujian harta benda dan anak-anak.
6. Ujian terhadap yang berkuasa.
7. Manusia diseru mengenepikan kecintaan terhadap dunia dan menerima ajaran al-Quran yang menyeru kepada aqidah tauhid dan aqidah adanya hari kemudian.
==============================
KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI
==============================
1. Sesiapa yang menghafal 10 ayat permulaan Surah al-Khafi akan terpelihara dari Dajjal.
2. Sesiapa yang membaca 3 ayat di permulaan Surah al-Kahfi akan terpelihara dari Dajjal.
3. Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi di hari Jumaat, ia akan menjadi cahaya kepadanya di antara dua Jumaat.
4. Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi dia akan mendapat cahaya di hari kiamat dan sesiapa membaca 10 ayat di akhirnya kemudian (andaikata) Dajjal keluar, ia (Dajjal) tidak akan memudaratkannya.
=========================
TEMA UTAMA AL-KAHFI
=========================
1. Semua perhiasan dan kecantikan dunia bertujuan menguji manusia, siapakah antara mereka yang terbaik amalannya. Harta benda dan anak-anak juga merupakan perhiasan hidup dunia.
2. Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya menjaga 3 perkara:
(a) Terus bersabar bersama Sahabat
(b) Sentiasa berhati-hati dengan kecantikan dunia
(c) Jangan tertekan dengan tekanan pihak berkuasa yang kafir.
3. Surah ini juga menyebutkan tentang perlindungan dan kekuasaan mutlaq Allah
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 18 – al-Kahfi