Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 21 – Surah al-Anbiya’

VIDEO – SURAH AL-ANBIYA’- Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:40 – Mesej Utama

2- 05:45 – Zaman Diturunkan

3- 06:57 – Perkaitan Surah Al-Anbiya’ Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 08:46 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 08:50 -A. Di dalam Surah al-Anbiya’ setelah menyebutkan nama beberapa orang nabi dikatakan semua mereka adalah manusia yang baik dan manusia yang dipilih Allah.

6- 10:19 – B. Di dalam surah ini beberapa nama nabi disebutkan kemudian dinyatakan peribadi dan perjuangan mereka secara rinqkas.

7- 19:26 – C. Rasulullah s.a.w. diperolok-olokkan dan dipermain-mainkan.

8- 20:21 – D. Rasulullah dituduh dengan pelbagai tuduhan.

E. Salah satu tujuan utama kejadian alam semesta dan kejadian manusia.

F. Satu perkara ajaib telah didedahkan berkenaan dengan kejadian langit dan bumi.

G. Pendedahan yang menakjubkan tentang air

SINOPSIS 

=============================

MESEJ UTAMA SURAH AL-ANBIYA’

==============================

1- Sekelian nabi menyeru kepada aqidah tauhid

2. Nabi Muhammad adalah rahmat untuk sekelian alam, dialah pewaris ajaran Nabi Ibrahim yang sebenar dan dia adalah mata rantai terakhir para rasul, oleh itu bersuluhkan dalil-dalil al-Quran janganlah kamu mendustakan rahmat Allah itu; berimanlah kepadaNya kalau tidak musibah akan menimpa kamu.

==============================

TEMA UTAMA SURAH AL-ANBIYA’

==============================

Tujuan manusia diciptakan adalah untuk mengujinya dengan kebaikan dan keburukan. Ia akan menghadapi kesukaan dan kesedihan, setelah mati dia akan diminta menjawab tentang segala tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Para nabi:

a) melakukan kerja-kerja yang baik, bahkan mereka berlumba-lumba dalam kerja-kerja kebajikan,

b) memerintahkan supaya umatnya bershalat dan berzakat,

c) adalah orang-orang yang baik dan shaleh, mereka adalah orang-orang yang tinggi akhlak dan peribadinya,

d) adalah hamba Allah yang sangat benar dan setia, mereka sangat kuat beribadat,

e) berdoa ke hadrat Allah dengan penuh minat dan penuh harapan di samping penuh rasa takut dan gerun kepada Allah,

f) adalah orang-orang yang khusyu’. Khusyu’ ialah ketundukan jiwa dan fikiran yang kesan-kesan baiknya ternyata pada jasad dan anggota badan,

g) adalah contoh dalam kesabaran dan sifat istiqamah ketika menghadapi keadaan-keadaan yang sulit.

NOTA: Satu pendedahan ajaib telah dikemukakan tentang kejadian langit dan bumi bahawa kedua-duanya pada asalnya bercantum kemudian ia dipisahkan oleh Allah. Alangkah sesuainya pendedahan yang dibuat 1,400 tahun yang lalu dengan teori “Big Bang” yang dikemukakan oleh saintis moden hari ini. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s