VIDEO – [Durasi – 39m 12s ] – SURAH AL-ANKABUT – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 29 – SURAH AL-ANKABUT
1. 00:50 – Mesej Utama
2. 04:31 – Zaman Diturunkan
3. 05:28 – Perkaitan Surah Al- Ankabut Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 06:59 – Beberapa Kata Kunci dan Tema Utama Surah
5- 07:02 – a. Melalui perkataan “yuftanun”, orang-orang Islam didedahkan dengan beberapa prinsip ujian.
6. 09:07 – b. Tema pertemuan dengan tuhan (liqa’ Allah) tiga kali terdapat di dalam surah ini.
7. 14:05 – c. Mujahadah atau usaha gigih untuk agama disebutkan dua kali di dalam surah ini.
8. 19:13 – d. Di dalam Surah al-Ankabut, hijrah disebut dua kali.
9. 22:31 – e. Perkataan “sabiil” tersebut dua kali didalam surah ini.
10. 23:59 – f. Beberapa hukum dan bimbingan.
11. 26:13 – g. Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya menyampaikan wahyu kepada orang ramai dan mendirikan sembahyang.
12. 31:37 – h. Orang-orang Islam yang akan berhijrah ke Habsyah dididik supaya menyampaikan seruan Islam dengan sebaik-baiknya kepada Ahli Kitab di bumi Habsyah.
13. 33:26 Tauhid Walaayah
SINOPSIS
================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-ANKABUT
================================
Ahli tauhid semestinya mengalami pelbagai ujian. Mereka juga mungkin terpaksa berhijrah
================================
TEMA UTAMA SURAH AL-ANKABUT
================================
1. Orang-orang Islam dididik dengan hakikat bahawa selepas seseorang menerima tauhid, dia akan diuji dengan pelbagai ujian. Ianya bertujuan untuk menapis dan memilih orang Islam yang tulen Islamnya.
2. Orang yang bermujahadah di jalan Allah akan Allah buka untuknya jalan-jalan menghadapi cabaran hidup. Allah menghiburkan hati orang-orang Islam yang berbuat baik bahawa: “Aku bersama kamu, kamu sedang memilih jalan-Ku, Aku akan terus memimpin kamu yang memilih jalan-jalanKu” (Ayat 9).
3. Sahabat yang baru memeluk Islam hendaklah bersikap baik dengan kedua ibu bapanya yang kafir tetapi jika mereka memaksa melalukan syirik, janganlah mereka ditaati.
4. Sembahyang mencegah orang-orang yang mengerjakannya daripada perkara keji dan mungkar. Roh sembahyang ialah zikir, yakni ingatkan Allah.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 29 – al-Ankabut