[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 12m 30s ] – SURAH SABA’ – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/OAITO4VR1z4 ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 34 – SABA’
1- 00:38 – Mesej Utama
2- 02:25 – Zaman Diturunkan
3- 03:23 – Perkaitan Surah Saba’ Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 04:27 – Beberapa Kata Kunci dan Tema Utama Surah
5- 04:29 – a. Di dalam surah Saba’ beberapa kali rangkai kata وقال الذين كفروا disebutkan untuk menolak segala tuduhan dan kritikan orang-orang musyrikin Mekah
6- 05:49 – b. Rasulullah s.a.w. juga dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti Baginda mereka-reka al Qur’an, gila, dusta, Nabi s.a.w. hanya manusia, Qur’an tidak lebih dari sihir yang nyata
7- 06:40 – c. Orang-orang musyrikin Mekah ragu tentang hari akhirat, mereka tidak yakin dengannya, mereka selalu bertanya: “Bila ianya akan berlaku?”
8- 07:33 – d. Pemimpin dan pengikut
9- 09:15 – e. Syukur adalah tema utama surah Saba’
10- 11:03 – f. Di dalam surah Saba’ dijelaskan tentang ilmu Allah, Dia mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang perkara ghaib.
SINOPSIS
================================
MESEJ UTAMA SURAH SABA’
================================
Terimalah Islam dan elakkan diri daripada keraguan (akibat mengkritik) aqidah tauhid, kerasulan Muhammad s.a.w dan hari akhirat. Janganlah mengikut golongan pemimpin yang tidak bersyukur, mewah dan sombong.
================================
TEMA UTAMA SURAH SABA’
================================
1. Pada hari kiamat nanti, pengikut-pengikut yang lemah bagi ketua-ketua yang sombong akan berkata: “Kalau tidak kerana kamu, tentu kami sudah jadi Islam”. Manakala pemimpin-pemimpin orang kafir akan berkata kepada pengikut-pengikutnya: “Adakah kami telah menghalang kamu daripada mendapat hidayat? Tidak! Kamu sendirilah yang bersalah, kenapa kamu tidak menggunakan aqalmu, kenapa kamu mengikuti kami”. Ingatlah bahawa setiap manusia bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.
2. Daripada sejarah, setiap kali rasul mengingatkan penduduk sesuatu negeri, golongan “mutrafiin” (golongan kaya dan mewah) secara jelas dan terbuka berkata, “Kami tidak percaya kepada apa yang diutus engkau membawanya”.
3. Makhluk jin tidak mengetahui perkara ghaib.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 34 – Saba’
