Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 33 – Surah al-Ahzab

VIDEO – SURAH AL-AHZAAB- Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:23 – Mesej Utama

2- 06:58 – Zaman Diturunkan

3- 19:47 – Kesinambungan Surah Al-Ahzaab Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 20:50 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 20:53 – A. Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya menghadapi keadaan yang sangat sukar dan mencabar ketika berlaku peperangan Ahzaab

6- 26:49 – B. Permulaan dan akhir surah

7- 28:34 – “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan” Ayat 72

8- 37:38 – C. Di dalam surah ini perkataan “saadatana” (ketua-ketua kita), “kubaraa’ana”(pembesar-pembesar kita) digunakan untuk pemimpin-pemimpin kafir, musyrik dan munafiq yang merupakan ahli neraka

9- 39:24 -D. Hukum-hukum politik dan kepimpinan orang musyrik, kafir dan munafiq

10- 40:00 -E. Perkaitan tiga ayat yang dimulakan dengan haraf “lam” dengan amanah

11- 43:17 -F. Gangguan orang-orang munafiq 1

2- 53:04 -G. Perbandingan di antara para Sahabat yang ikhlas dan golongan munafiq

13- 53:37 -H. Hukum-hukum kekeluargaan

14- 55:59 -I. Hukum-hukum pergaulan

15- 01:03:35 – J. Hukum-hukum kemasyarakatan

SINOPSIS:

==============================

MESEJ UTAMA SURAH AL-AHZAAB

==============================

1. Tinggalkan kekufuran dan kemunafikan (dalam keadaan menyedari tanggungjawab dan amanah).

2. Laksanakanlah hukum-hakam Islam dengan ikhlas; baik yang berkaitan kekeluargaan, kemasyarakatan, ketenteraan, pemerintahan dan lain-lain.

================================

PENGAJARAN DARI SURAH AL-AHZAAB

================================

1. Allah memerintahkan kepada nabiNya supaya tidak tunduk kepada orang-orang kafir Quraisy dan sekutu-sekutunya (yang datang sebagai musuh dari luar) dan tidak mengalah kepada musuh-musuh dalaman yang terdiri daripada golongan munafiqin. Allah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w. dan para sahabat supaya bertawakkal kepadaNya dalam menghadapi saat-saat getir.

2. Amanah sebenarnya adalah satu tanggungjawab besar dan satu ujian kepada manusia; golongan soodiqin menyempurnakan tuntutan amanah apabila memegangnya sementara golongan kafir, musyrikin dan munafiqin pula bertindak zalim, dan berkelakuan seperti orang jahil apabila memegangnya.

3. Orang-orang Islam hendaklah memilih jalan sederhana dalam kehidupan kekeluargaan, setiap anggota keluarga hendaklah meletakkan negeri akhirat di hadapannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s