Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 32 – Surah as-Sajdah

VIDEO – SURAH AS-SAJDAH- Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:12 – Mesej Utama

2- 04:19 – Zaman Diturunkan

3- 06:18 – Kelebihan Surah As Sajdah

4- 12:43 – Perkaitan Surah As Sajdah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 16:10 – Beberapa Kata Kunci dan Tema Utama Surah

6- 16:13 – A. Kepada orang-orang kafir disebutkan dengan terang dan terbuka bahawa tempat tinggal mereka nanti adalah neraka

7- 16:46 – B. Di dalam Surah as-Sajdah, perkataan “liqa’ ” disebutkan sebanyak tiga kali

8- 20:18 – C. Di dalam surah ini selain digunakan perkataan “fasiqin” kepada orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, perkataan “mujrimin” digunakan untuk mereka.

9- 07:20 – Selingan – Kisah Maulana Hussain Ahmed Madani dan Shaikh Ashraf ‘Ali Thanvi

SINOPSIS:

=============================

MESEJ UTAMA SURAH AS-SAJDAH

=============================

1. Berimanlah kepada Allah dan hari akhirat setelah merenungi dalil-dalil al-Quran.

2. Balasan kepada orang mukmin dan orang fasiq adalah berbeza.

3. Wahai orang-orang Islam! Bersabar dan istIqamahlah dalam menghadapi ujian-ujian nescaya kamu akan mendapat kemenangan.

==========================

KELEBIHAN SURAH AS-SAJDAH

==========================

Rasulullah s.a.w selalu membaca surah as-Sajdah dan Surah ad- Dahr di dalam sembahyang Subuh pada hari Jumaat.

================================

TEMA UTAMA SURAH AS-SAJDAH

================================

Pertemuan dengan Allah (liqa’) – orang kafir musyrik tidak percaya kepada pertemuan dengan Allah, Nabi Musa berpesan supaya jangan ragu dengan pertemuan itu dan orang yang tidak percaya dengan pertemuan itu akan terbiar di akhirat nanti.

================================

PENGAJARAN DARI SURAH AS-SAJDAH

================================

1. Sifat orang Islam yang baik dan sholeh ialah tidak sombong, sentiasa bertasbih dan bertahmid, bertahajjud, takut kepada tuhan, selalu berdoa kepada tuhan dan mereka juga adalah pemurah.

2. Kerana tidak percaya kepada akhirat, manusia menjadi jahat, buruk pekeRti, fasiq dan penjenayah. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s