Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 35 – Surah Faatir

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 25m 25s ] – SURAH FAATIR – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/dFTRRUcLzP0 ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 35 – SURAH FAATIR

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:07 – Mesej Utama

2- 02:44 – Zaman Diturunkan

3- 03:25 – Perkaitan Surah Faatir Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 04:39 – Beberapa Kata Kunci dan Tema Utama Surah

5- 04:42 – a. Terdapat dengan banyak sekali dalil-dalil tauhid di dalam surah Fathir

6- 14:23 – b. Di dalam surah Faatir juga terdapat penolakan terhadap syirik

7- 19:54 – c. Dalil adanya akhirat

8- 20:12 – d. Perbezaan di antara orang kafir dan orang mu’min juga dinyatakan dalam surah ini.

9- 20:56 – e. Berhubung dengan kekuasaan di bumi, tiga sikap manusia dikemukakan dalam surah ini.

10- 23:10 – f. Manusia diperintahkan supaya menjadikan Iblis dan syaitan sebagai musuh.

11- 24:15 – g. Rasulullah s.a.w. ditenangkan dengan diberitahu bahawa rasul-rasul terdahulu juga telah didustakan.

SINOPSIS

                                                       ==========================

                                                        MESEJ UTAMA SURAH FAATIR

                                                       ==========================

Percayalah akan seruan al-Quran kepada ajaran tauhid dan ajaran adanya hari akhirat dengan menyedari adanya hukum pembalasan baik dan buruk Allah, jika tidak kamu akan dibinasakan.

                                                          ========================

                                                         TEMA UTAMA SURAH FATHIR

                                                          ========================

1. Dalil-dalil “afaaqi” untuk tauhid di mana manusia diseru supaya berfikir tentang air, bagaimana ia dapat menghasilkan buah-buahan beraneka warna. Manusia juga diseru supaya berfikir tentang bukit-bukau dan tanahnya yang beraneka warna. Oleh itu manusia hendaklah beriman kepada tuhan yang esa, tuhan yang begitu hebat dan agung kuasa-Nya.

2. Manusia hendaklah ingat akan ni’mat-ni’mat Allah; mereka ditanya, “Adakah mana-mana “ghairullah” (“selain Allah”) yang memberi rezeki kepada kamu? Jika tiada maka kamu hendaklah menerima Allah jua untuk disembah dan ditaati”.

3. Orang-orang yang merancang keburukan terhadap Rasulullah dan orang-orang Islam akan mendapat azab yang dahsyat dan segala perancangan jahat mereka akan gagal.

4. Tiada hak syafaat yang diada-adakan oleh manusia; kerabat terdekat pun tidak berguna apa-apa kepada seseorang di hari kiamat kelak; setiap orang memikul dosanya sendiri.

5. Iblis dan syaitan adalah musuh manusia. Iblis dan pasukannya mahu manusia masuk neraka, kerana itu manusia hendaklah menganggap iblis dan syaitan sebagai musuhnya. 

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 35 – Faatir

Leave a comment