Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 35 – Surah Fatir

VIDEO – SURAH FAATIR – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:07 – Mesej Utama

2- 02:44 – Zaman Diturunkan

3- 03:25 – Perkaitan Surah Fathir Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 04:39 – Beberapa Kata Kunci dan Tema Utama Surah

5- 04:42 – A. Terdapat dengan banyak sekali dalil-dalil tauhid di dalam surah Fathir

6- 14:23 – B. Di dalam surah Fathir juga terdapat penolakan terhadap syirik

7- 19:54 – C. Dalil adanya akhirat

8- 20:12 – D. Perbezaan di antara orang kafir dan orang mu’min juga dinyatakan dalam surah ini.

9- 20:56 – E. Berhubung dengan kekuasaan di bumi, tiga sikap manusia dikemukakan dalam surah ini.

10- 23:10 – F. Manusia diperintahkan supaya menjadikan Iblis dan syaitan sebagai musuh.

11- 24:15 – G. Rasulullah s.a.w. ditenangkan dengan diberitahu bahawa rasul-rasul terdahulu juga telah didustakan.

SINOPSIS:

==========================

MESEJ UTAMA SURAH FATHIR

==========================

Percayalah akan seruan al-Quran kepada ajaran tauhid dan ajaran adanya hari akhirat dengan menyedari adanya hukum pembalasan baik dan buruk Allah, jika tidak kamu akan dibinasakan.

========================

TEMA UTAMA SURAH FATHIR

========================

1. Dalil-dalil “afaaqi” untuk tauhid di mana manusia diseru supaya berfikir tentang air, bagaimana ia dapat menghasilkan buah-buahan beraneka warna. Manusia juga diseru supaya berfikir tentang bukit-bukau dan tanahnya yang beraneka warna. Oleh itu manusia hendaklah beriman kepada tuhan yang esa, tuhan yang begitu hebat dan agung kuasaNya.

2. Manusia hendaklah ingat akan ni’mat-ni’mat Allah; mereka ditanya,”Adakah mana-mana “ghairullah” (“selain Allah”) yang memberi rezeki kepada kamu? Jika tiada maka kemu hendaklah menerima Allah jua untuk disembah dan ditaati”

3. Orang-orang yang merancang keburukan terhadap Rasulullah dan orang-orang Islam akan mendapat azab yang dahsyat dan segala perancangan jahat mereka akan gagal

4. Tiada hak syafaat yang diada-adakan oleh manusia; kerabat terdekat pun tidak berguna apa-apa kepada seseorang di hari kiamat kelak; setiap orang memikul dosanya sendiri. 5. Iblis dan syaitan adalah musuh manusia. Iblis dan pasukannya mahu manusia masuk neraka, kerana itu manusia hendaklah menganggap iblis dan syaitan sebagai musuhnya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s