[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 08m 50s ] – SURAH SHAD – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/kPpNH_oXP_8 ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 38 – SURAH SHAD
1- 00:29 – Mesej Utama
2- 01:39 – Zaman Diturunkan
3- 01:56 – Perkaitan Surah Shad Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 03:03 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 03:06 – a. Di dalam surah Shad terdapat pengenalan tentang al-Qur’an
6- 04:45 – b. Di dalam surah ini juga digambarkan sikap orang-orang musyrikin Mekah
7- 06:46 – c. Di dalam surah ini disebutkan sifat tiga orang rasul yang suka merujuk dan kembali kepada Allah
8- 07:19 – d. Di dalam surah ini disebutkan istighfar dua orang nabi iaitu Nabi Daud dan Nabi Sulaiman
9- 08:05 – e. Di dalam surah ini juga dinyatakan akibat yang berbeza yang akan diterima oleh orang-orang yang tahu menghargai al Qur’an dan orang-orang yang menolaknya.
SINOPSIS
========================
MESEJ UTAMA SURAH SHAD
========================
1. Seruan supaya beriman kepada Rasul terakhir (munzir) setelah menerima seruan tauhid dan percaya kepada hari kemudian yang dikemukakan di dalam al-Quran.
2. Ancaman kebinasaan dan teguran yang amat keras terhadap kedegilan dan kesombongan orang-orang kafir.
=================================================
TEMA UTAMA SURAH SHAD
=================================================
1. Seruan supaya merenungi al-Quran, menerimanya sebagai panduan hidup pula mendatangkan pahala yang besar.
2. Al-Quran adalah sebuah kitab nasihat dan ia merupakan hujjah daripada Allah untuk sekelian penduduk alam.
3. Al-Quran adalah sebuah kitab nasihat yang menjamin kesudahan yang baik untuk orang-orang yang mempercayainya dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.
4. Al-Quran adalah sebuah kitab yang penuh berkat dan sangat bermanfaat.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 38 – Shad
