[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 45m 37s ] – SURAH AZ-ZUMAR – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/L7P6svay2SY ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 39 – SURAH AZ-ZUMAR
1- 06:22 – Mesej Utama
2- 09:03 – Zaman Diturunkan
3- 12:30 – Ciri Khusus Surah
4- 13:39 – Kelebihan Surah Az-Zumar
5- 14:32 – Perkaitan Surah Az- Zumar Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
6- 19:01 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
7- 19:04 – a. Di dalam surah Az-Zumar terdapat pengenalan tentang al-Qur’an
8- 24:34 – b. Seruan al-Qur’an yang terkandung di dalam surah ini
9- 26:12 – c. Salah satu ciri khusus surah Az-Zumar ialah perkataan “khalis” beberapa kali digunakan di dalamnya
10- 28:14 – d. Di dalam surah ini manusia dituntut supaya menerima ajaran tauhid yang suci
11- 29:56 – e. Di dalam surah ini berkali-kali seruan kepada tauhid ibadat diberikan
12- 32:59 – f. Di dalam surah ini perkataan “ya `ibad” digunakan untuk orang-orang yang beriman
13- 36:52 – g. Beberapa sifat pemimpin-pemimpin musyrikin Mekah
14- 38:20 – h. Jenis kesyirikan orang-orang musyrikin Mekah
15- 42:23 – i. Taqwa merupakan tema khusus surah Az-Zumar.
16- 44:20 – j. Perkataan “ulul albab” tiga kali digunakan di dalam surah Az-Zumar.
SINOPSIS
================================
MESEJ UTAMA SURAH AZ-ZUMAR
================================
Hendaklah berpegang dengan aqidah tauhid yang suci dan sempurna meskipun kamu terpaksa berhijrah.
=================================================
KELEBIHAN SURAH AZ-ZUMAR
=================================================
‘Aisyah meriwayatkan, bermaksud: “Nabi s.a.w tidak tidur di atas tilamnya sebelum membaca Surah Bani Israil dan Surah az-Zumar”.
=================================================
TEMA UTAMA SURAH AZ-ZUMAR
=================================================
1. Al-Quran diturunkan oleh Allah dengan benar, ia bersih daripada segala kebengkokan dan ia merupakan kalam yang terbaik dan sangat besar kesannya kepada jiwa manusia, oleh itu manusia hendaklah beribadat dan taat kepada Allah, tuhan yang menurunkannya tanpa mencampuradukkan ibadat kepada-Nya dengan ibadat kepada yang lain.
2. Manusia hendaknya tidak berputus-asa terhadap rahmat Allah, selepas benar-benar bertaubat, beriman dan menganut agama Islam, amalan-amalan yang dilakukan seseorang manusia itu membuatkannya berhak dan berkelayakan mendapat rahmat Allah.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 39 – az-Zumar
