Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 40 – Surah Ghafir

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 21m 42s ] – SURAH GHAAFIR (MU’MIN) – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/eg23FYzxnN0 ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 40 – SURAH GHAAFIR (MU’MIN)

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN
 

1- 00:31 – Mesej Utama

2- 02:16 – Zaman Diturunkan

3- 05:14 – Perkaitan Surah Mu’min Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 06:28 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 06:31 – a. Di dalam surah ini terdapat dua kali seruan supaya menerima tauhid yang murni

6- 07:11 – b. Perbahasan orang-orang musyrikin yang tidak bermakna dan sia-sia disebutkan sebanyak 4 kali di dalam surah ini

7- 07:57 – c. Punca sebenar penolakan seruan Rasulullah s.a.w. ialah kesombongan dan kebongkakan pemimpin Quraisy

8- 08:18 – d. Di dalam kebanyakan surah al-Qur’an ada sesuatu perkara yang disebutkan di dalam perenggan pertamanya diulang sebut pada perenggan terakhirnya

9- 09:59 – e. Di dalam surah ini satu dakwaan yang sama yang dikemukakan oleh dua kepimpinan yang berbeza bahawa mereka boleh memimpim orang ramai kepada “sabilurrasyad” (jalan yang benar)

10- 20:19 – f. Di dalam surah ini orang ramai diingatkan supaya jangan mengikuti kuasa-kuasa thaghut dan pemerintah-pemerintah diktator

11- 21:10 –  g. Setelah menolak seruan tauhid, orang-orang musyrikin Mekah memulakan perbahasan-perbahasan yang sia-sia dan tidak masuk aqal

SINOPSIS

                                     ===================================

                                     MESEJ UTAMA SURAH GHAAFIR (MU’MIN)

                                     ===================================

1. Nasihat supaya menerima seruan tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat yang dikemukakan oleh al-Quran berpandukan dalil-dalil ‘aqli, anfusi, afaaqi dan tarikhi.

2. Untuk mempertahankan kuasa dan pengaruh, tidak perlulah manusia bertengkar, bertekak dan berbantah (untuk menolak kebenaran).

                             =======================================

                             PENGAJARAN DARI SURAH GHAAFIR (MU’MIN)

                             =======================================

1. Punca sebenar penolakan seruan Rasulullah (oleh pemimpin-pemimpin Quraisy) ialah kesombongan dan kebongkakan.

2. Jangan mengikuti kuasa-kuasa thaghut dan pemerintah-pemerintah diktator kerana mereka tidak dapat menyelamatkan kamu pada hari kiamat kelak. Pemimpin-pemimpin tersebut akan masuk ke dalam neraka dan di sana mereka saling bertengkar dan menyalahkan satu sama lain. 

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 40 – Ghafir

Leave a comment