Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 44 – Surah ad-Dukhan

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 46s ] – SURAH AD-DUKHAAN – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/wEwmTrl3v7U ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 44 – SURAH AD-DUKHAAN

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN
 

1- 00:37 – Mesej Utama

2- 04:55 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya

3- 07:29 – Perkaitan Surah Ad-Dukhan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 08:57 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 09:00 – a. Di dalam surah ad-Dukhan, al-Qur’an dikatakan sebagai “kitab mubin” (kitab yang jelas)

6- 09:26 – b. Tuduhan orang-orang Quraisy bahawa Rasulullah s.a.w. gila, dirasuk dan diajar oleh pihak tertentu.

7- 10:33 – c. Awal-awal lagi seruan al-Qur’an kepada tauhid uluhiyyah dikemukakan.

8- 11:14 – d. Di dalam ayat ke 9, dinyatakan keraguan orang-orang Quraisy dengan menggunakan perkataan “imtira’ ”

9- 11:40 -e. Antara jenayah yang dilakukan oleh Fira`aun ialah sikapnya yang bermaharajalela di muka bumi.

10- 12:17 – f. Kisah bagaimana Bani Israil terselamat daripada kezaliman Fira`aun dikemukakan.

11- 12:27 – g. Salah satu sifat Allah dikemukakan bahawa Dia menghukum orang-orang yang zalim

12- 12:36 – h. Di dalam surah ini, orang-orang Quraisy diberi amaran sebanyak 2 kali menggunakan perkataan “fartaqib” (Tunggulah).

13- 13:10 – i. Pada hari kiamat nanti, langit akan kembali menjadi asap.

SINOPSIS

                                           ================================

                                              MESEJ UTAMA SURAH AD-DUKHAAN

                                           ================================

1. Balasan buruk yang akan diterima oleh orang-orang yang menolak seruan al-Quran dan mengingkari aqidah tauhid dan aqidah adanya hari akhirat ialah kebinasaan di dunia dan akan masuk neraka.

2. Demikian juga balasan kepada orang-orang yang mengikut jejak langkah Fir’aun yang memuja dunia dan mencari pengaruh dan kedudukan yang tinggi di muka bumi dengan jalan yang tidak benar.

======================================================

TEMA UTAMA DAN PENGAJARAN DARI SURAH AD-DUKHAAN                           ======================================================

1. Sikap Fir’aun dalam “bermaharajalela” di muka bumi adalah hasil dan akibat daripada aqidah syirik:

a) dalam menerima orang lain selain Allah membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia dan,

b) kerana menerima orang lain selain Allah sebagai hakim dan pemutus perkara.

2. Allah menghukum orang-orang yang zalim dan membinasakan penjenayah-penjenayah kemanusiaan. 

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 44 – ad-Dukhan

Leave a comment