[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 32m 48s ] – SURAH AN-NAJM – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/e411qjGYh9Y ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 53 – SURAH AN-NAJM
1- 00:33 – Mesej Utama
2- 02:13 – Zaman Diturunkan
3- 08:57 – Kelebihan Surah An-Najm
4- 10:22 – Perkaitan Surah An-Najm Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 15:16 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 15:20 – a. Melalui firman Allah (Ayat 3 – 4)
7- 17:01 – b. Daripada firman Allah (Ayat 18)
8- 23:09 – c. Firman Allah (Ayat 21)
9- 25:30 – d. Perkataan “dzan” dalam ayat ke 23 dan ke 28
10- 25:54 – e. Firman Allah (Ayat 26)
11– 26:12 – f. Melalui firman Allah (Ayat 24)
g. Firman Allah (Ayat 34)
12- 32:31 – h. Firman Allah (Ayat 60 – 61)
SINOPSIS
==================================
MESEJ UTAMA SURAH AN-NAJM
==================================
1. Janganlah kamu percayakan syafaat Laata, Manaata, Uzza Dan Syi’ra, sebaliknya kamu hendaklah beriman kepada wahyu tuhan (al-Quran) kepada Muhammad s.a.w.
2. Hindarilah daripada dosa-dosa besar dan lakukanlah amal shaleh.
3. Setiap manusia akan memikul dosanya sendiri dan tidak akan memikul dosa-dosa orang lain.
4. Hanya usaha yang dilakukan oleh individu itu sendiri yang berguna kepadanya.
======================================
TEMA UTAMA SURAH AN-NAJM
======================================
1. Keselamatan di akhirat terletak hanya pada aqidah tauhid dan amal shaleh. Oleh itu manusia tidak seharusnya bergantung kepada syafaat para malaikat dan juga orang-orang shaleh.
2. Adakah mamusia akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? Tidak! Ini menunjukkan kejayaan di akhirat tidak mengikut kehendak manusia, bahkan kejayaan akhirat akan diperolehi sesuai dengan usaha yang dilakukan manusia semasa berada di dunia, sebagaimana ayat berikut: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan bagi) apa yang diusahakannya” (An-Najm – Ayat 39 ].
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 53 – an-Najm
