[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 22m 58s ] – SURAH AL- QAMAR – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ErwfFSfKbHk ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 54 – AL- QAMAR
1- 01:13 – Mesej Utama
2- 05:34 – Zaman Diturunkan
3- 06:23 – Perkaitan Surah Al-Qamar Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 07:39 – Ayat Tarji`
5- 12:28 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 12:31 – a. Surah ini mengemukakan kisah benar kaum yang telah mendustakan ajaran yang dibawa oleh rasul masing-masing
7- 15:11 – b. Di dalam surah ini, “mukazzibin” (orang-orang yang mendustakan) disebut sebagai “mujrimin” (orang-orang yang durjana dan bersalah serta berdosa)
8- 16:24 – c. Kaum Nuh telah ditenggelamkan dengan air dalam jumlah tertentu yang dikehendaki Allah
9- 17:29 – d. Satu fakta sains telah disebutkan di dalam surah ini
10 – 19:10 – e. Orang-orang kafir Quraisy diberi ancaman bahawa mereka tidaklah lebih baik daripada orang-orang kafir dari kalangan bangsa-bangsa dan umat-umat terdahulu
11- 19:42 – f. Di dalam surah ini sudah terdapat ramalan tentang kekalahan dan kegagalan orang-orang kafir meskipun bilangan mereka ramai
12- 21:36 – g. Hari Kiamat
13- 21:58 – h. Perkataan “nuzur” telah digunakan sebanyak tujuh kali di dalam surah ini
SINOPSIS
==================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-QAMAR
==================================
1. Ramalan tentang kekalahan dan kegagalan pasukan bersekutu orang-orang kafir.
2. Ancaman terhadap orang-orang musyrikin Mekah yang mendustakan ajaran Rasulullah.
3. Ancaman kebinasaan telah diberikan kepada lima kaum yang mendustakan rasul-rasul mereka.
4. Janganlah mendustakan Rasulullah dan al-Quran, sebaliknya manusia dinasihatkan agar membenarkannya.
======================================
MENARIK DARI SURAH Al-QAMAR
======================================
1. Kisah lima kaum yang mendustakan ajaran Rasul masing-masing. Mendustakan Rasul Allah adalah dengan mengatakan baginda bukan Rasul Allah, mendustakan al-Quran dengan mengatakan al-Quran adalah bukan kitab Allah manakala mendustakan akhirat pula ialah dengan mengatakan ia sama sekali tidak akan berlaku.
2. Satu fakta sains telah disebut, iaitu Allah menjadikan setiap benda dengan kadar dan ukuran yang tertentu. Setiap unsur yang terdapat di dalam setiap benda sama ada ia bahan organik atau bukan organik masing-masing daripadanya berada dalam kadar, jumlah, ukuran dan timbangan yang tertentu. Setiap satu daripadanya mempunyai skop dan had yang tertentu.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 54 – al-Qamar
