SINOPSIS
===============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-WAAQI’AH
===============================
1. Kata dua kepada kepimpinan Quraisy.
2. Perubahan besar akan berlaku di hari kiamat di mana sebahagian manusia diangkat darjatnya dan sebahagian yang lain direndahkan darjatnya.
3. Tinggalkanlah syirik dan pilihlah ajaran tauhid setelah mendapat pencerahan daripada dalil-dalil “anfusi”, “afaaqi” dan “qur’ani” tentang kemungkinan berlakunya hari kiamat.
4. Kesudahan yang berbeza untuk golongan “al-mukazzibuunal-dhaallun” dan “al-musoddiquunql-muhtaduun”
===========================
KELEBIHAN SURAH AL-WAAQI’AH
===========================
Surah Hud, al-Waaqi’ah, al-Mursalat, an-Naba’ dan at-Takwir telah membuatkan nabi beruban (menjadi tua).
[Nota: Kelebihan-kelebihan Surah al-Waaqi’ah yang popular dalam masyarakat seperti orang yang selalu membacanya akan dihindarkan dari kepapaan dan sebagainya adalah palsu]
==================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-WAAQI’AH
==================================
1. Orang-orang yang menerima benarnya ajaran Islam dibahagikan kepada dua kategori iaitu , “as-saabiquun” dan “ash-haabul yamiin”.
2. “Tasbih” bererti mengakui Allah tidak mempunyai sebarang kekurangan dan kea’iban di samping menyatakan secara terbuka bahawa zat Allah adalah suci dan bersih daripada segala sifat-sifat kurang dan a’ib; sedangkan makhluk-makhluk-Nya pula penuh dengan kekurangan dan ke’aiban, termasuklah kita manusia.
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 56 –AL-WAAQI’AH