VIDEO – [Durasi – 12m 14s ] – SURAH AL-MUNAAFIQUUN – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 63 – AL-MUNAAFIQUUN
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
2- 01:30 – Zaman Diturunkan
3- 03:05 – Kelebihan Surah Al-Munaafiqun
4- 03:39 – Perkaitan Surah Al-Munaafiqun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 04:40 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 04:43 – a. Ayat 7 -هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنفِقُوا عَلَىٰ مَنْ عِندَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّىٰ يَنفَضُّوا ۗ وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ
7- 06:14 – b. Ayat 10 – وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ
SINOPSIS
======================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-MUNAAFIQUUN
======================================
1. Bimbingan kepada orang-orang Islam supaya memahami pelbagai helah dan taktik orang-orang munafiq.
2. Peringatan kepada golongan munafiq bahawa penyakit nifaq boleh dirawat dengan ingat kepada Allah, ingatkan mati dan infaq fi sabilillah.
====================================
KELEBIHAN SURAH AL-MUNAAFIQUUN
====================================
Rasulullah s.a.w. membaca surah al-Jumu’ah dan Surah al-Munaafiquun di dalam shalat Jumaat.
======================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-MUNAAFIQUUN
======================================
1. Untuk teguhnya negara Islam dan untuk umat ini berjaya dalam jihad, mereka hendaklah menjauhi sifat nifaq, banyak-banyak mengingati Allah, tidak menunjukkan minat yang berlebihan kepada dunia tetapi sebaiiknya mereka hendaklah dengan sukarela dan senang hati berbelanja di jalan Allah.
2. Ingatlah, bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi; tiada siapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendak-Nya.
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 63 – AL-MUNAAFIQUUN