[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 06m 05s ] – SURAH AL-INFITHAR – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/3_mIsGWZk_0 ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 82 – AL-INFITHAR
1- 00:38 – Mesej Utama
2- 02:00 – Zaman Diturunkan
3- 02:21 – Kelebihan Surah Al-Infithar
4- 02:25 – Perkaitan Surah Al-Infithar Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 03:07 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
SINOPSIS
===============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-INFITHAR
===============================
1. Jangan lalai, kamu hendaklah sentiasa beriman dan beramal shaleh.
2. Kita jangan bergantung dan berharap diberikan syafaat dari orang lain bahkan hendaklah berusaha untuk mendapat rahmat Allah dengan amalan kita sendiri.
3. Kesudahan golongan “abrar” dan “fujjar” adalah tidak sama. “Abrar” (yang baik-baik) dan “fujjar” (orang jahat-jahat) adalah berbeza.
=============================
KELEBIHAN SURAH AL-INFITHAR
=============================
Rasulullah s.a.w. bersabda : مَنْ سَرَّهَ أَنْ يَّنْظُرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُ رَأْيَ عَيْنٍ فَاليَقْرَأْ إَذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ Bermaksud: Sesiapa yang hendak melihat hari kiamat seolah-olahnya dengan mata kepalanya dia hendaklah membaca “ إَذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ, وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ dan إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ “..
Di dalam surah ini dinyatakan 5 proses kejadian manusia: (1) (خَلَقَ) iaitu Allah mencipta dan mengatur kejadiannya (2) (سَوَّاك) iaitu Allah menjadikan anggota manusia sesuai dengan tujuan anggota itu diadakan (3) (فَعَدَلَك) iaitu Allah menjadikan binaan tubuh badannya sama padan dengan kekuatannya; (4) Tashwir (صورة) iaitu memberi rupa dan bentuk (5) Tarkib (رَكَّبَك) iaitu menyusun tubuh manusia sesuai dengan rupa dan bentuk yang dikehendaki-Nya.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 82 – al-Infithar
