VIDEO – [Durasi – 25m 20s ] – SURAH AL-A’LA – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 87 – AL-A’LA
1- 00:37 – Mesej Utama
2- 01:57 – Zaman Diturunkan
3- 06:51 – Kelebihan Surah Al-A`la
4- 08:41 – Perkaitan Surah Al-A`la Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 09:17 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 13:00 Makna “khalaqa”
a) merekabentuk / melakar
b) menjadikan sesuatu daripada tiada
c) menjadikan sesuatu daripada sesuatu
SINOPSIS
=============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-A’LA
=============================
1. Teruskan bertasbih dan mengingatkan manusia dengan al-Quran.
2. Orang-orang yang takut kepada Allah akan terus mengamalkan penyucian diri setelah menerima peringatan daripada al-Quran.
===========================
KELEBIHAN SURAH AL-A’LA
===========================
Rasulullah s.a.w membaca Surah al-A’la dalam rakaat pertama shalat Jumaat, shalat dua hari raya dan shalat witir. Dari sini diketahui bahawa Rasulullah s.a.w sangat inginkan supaya surah ini dihafal dan difahami kandungannya oleh umatnya.
============================
TEMA UTAMA SURAH AL-A’LA
============================
1. Bertasbihlah setelah menerima tauhid.
2. Sentiasalah memberi peringatan kepada manusia dengan al-Quran.
3. Dunia tidak menjadi penghalang kepada orang-orang yang takut kepada Allah dan orang-orang yang membersihkan dirinya.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 87 – al-A’la