[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 25m 36s ] – SURAH AL-BALAD – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/sm4ikgjm8p8 ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 90 – SURAH AL-BALAD
1- 00:37 – Mesej Utama
2- 02:25 – Zaman Diturunkan
3- 06:40 – Perkaitan Surah Al-Balad Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 07:12 – Kata Hikmat dalam bahasa Urdu جو کہا نہیں وہ سنا کرو جو سنا نہیں وہ کہا کرو “Hendaklah boleh kata apa yang kita tidak pernah dengar, hnedaklah boleh dengar apa yang orang tidak kata” (“Jo suna nahi wo kaha karo Jo kaha nahi wo suna karo”)
5- 10:10 Di dalam surah al -Balad dan surah as-Syams selepas ini ada tersebut kebebasan memilih pada manusia
6- 14:33 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
7- 14:36 – a. Di dalam surah ini dibuat perbandingan di antara “ashabul maimanah” dan “ashabul mashamah”
8- 14:42 – b. Keadilan kemasyarakatan dan perekonomian adalah suatu jalan yang sukar di lembah kehidupan “aqabah”.
9- 18:05 – c. “Ashabul Mashamah” pula adalah manusia yang malang dan celaka.
SINOPSIS
===================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-BALAD
===================================
1. Di antara dua jalan, pilihlah jalan pendakian yang sukar yang akan membawa kebahagiaan kepada kita di kemudian hari.
2. Berusahalah untuk berada dalam kumpulan “Ashhaabul maimanah” (golongan yang bertuah).
======================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-BALAD
======================================
1. Usaha untuk mewujudkan “keadilan kemasyarakatan” dan “keadilan ekonomi” adalah jalan (pendakian) yang sukar. Ianya berjaya dilakukan hanya oleh orang yang yakin akan adanya hari akhirat. Mereka inilah orang-orang yang bertuah kerana menjadi ahli syurga.
2. Mereka yang berjaya menempuh jalan sukar ini ialah mereka yang sentiasa saling berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan supaya mengasihani satu sama lain.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 90 – al-Balad
