VIDEO – [Durasi – 12m 50s ] – SURAH AT-TAKATSUR – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 102 – SURAH AT-TAKATSUR
1- 00:31 – Mesej Utama
2- 01:23 – Zaman Diturunkan
3- 01:55 – Perkaitan Surah At-Takatsur Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 02:26 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 12:17 – “ﻧﺤﻦ ﻣﻌﺎﺷﺮ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ ﻻ ﻧﻮﺭﺙ ﻣﺎ ﺗﺮﻛﻨﺎﻩ ﺻﺪﻗﺔ” “Kami para Nabi tidaklah mewariskan, segala apa yang kami tinggalkan adalah sadaqah” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
SINOPSIS
=====================================
MESEJ UTAMA SURAH AT-TAKATSUR
============================ =========
1. Elakkan dirimu daripada pemujaan terhadap dunia, jika tidak, kamu akan masuk neraka.
2. Bersedialah untuk menghadapi alam kubur dan akhirat.
3. Janganlah kamu kufur, tidak bersyukur. Kamu akan dipersoalkan tentang ni’mat-ni’mat yang pernah dikurniakan kepadamu.
=====================================
PENGAJARAN DARI SURAH AT-TAKATSUR
=====================================
Apakah kamu akan terus sibuk di dalam dunia ini hingga dimasukkan ke dalam kubur? Manusia, dalam kelekaannya hidup di dunia ini, seringkali lupa; dia hanya tahu berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda. Salah satu sebab manusia leka dan lupa ialah kerana tidak percaya adanya hari akhirat dan adanya balasan baik dan buruk (syurga dan neraka) di hari akhirat nanti.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 102 – at-Takatsur