VIDEO – [Durasi – 28m 26s ] – SURAH AL-‘ASR – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
SINOPSIS
==================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-‘ASR
============================ =====
Bersegeralah kamu berada di atas landasan Islam supaya kamu tidak kerugian. Dengan adanya iman, amal shaleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, manusia tidak akan berada dalam kerugian.
=========================
KELEBIHAN SURAH AL-‘ASR
=========================
Imam Syafi’e pernah berkata, kerana begitu padatnya surah ini, “Sekiranya tidak diturunkan selain surah ini nescaya ia sudah pun mencukupi untuk manusia”.
===============================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-‘ASR
================================
Amalan-amalan yang baik hanya akan berguna setelah adanya iman; oleh itu manusia janganlah menangguh-nangguh untuk beriman kerana masa berlalu begitu cepat. Di dalam al-Quran, ungkapan “sabar” juga bermaksud, istiqamah, tetap pendirian, terus menerus mengawal diri, tidak gopoh, menunggu masa yang sesuai, tidak resah dan gelisah, tetap pendirian, jihad dan lain-lain.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 103 – al-`Asr