Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakub – Surah Pertama – Al-Fatihah

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 1 – Al-Fatihah – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

[ Download Nota – Ekstraks Dari Tafsir Surah al-Fatihah – https://tinyurl.com/yaovhv8z ]

      سورة الفاتحة

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

 

TERJEMAHAN SURAH AL-FATIHAH  

(1) Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani (

2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (

7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

============================================================================

EKSTRAKS TAFSIR SURAH AL-FATIHAH OLEH MAULANA ABD HADI BIN YAAKUB (DAURAH TAFSIR 2018)

=============================================================================

A. MUQADDIMAH

1. Surah ini masyhur dengan nama “al-Fatihah”, surah yang sentiasa kita baca dalam sembahyang. Nama lain bagi surah al-Fatihah ialah “Ummul Quran”, induk (ibu) bagi al-Quran. Surah ini juga dinamakan “Ta’limul Masalah”, surah yang diturunkan oleh Allah untuk mengajar hamba cara-cara untuk berdoa. Banyak lagi nama untuk Surah al-Fatihah, tetapi di sini kita akan guna dua nama sahaja iaitu, “Ummul Quran” dan “Ta’limul Masalah”.

2. “Ummul Qur’an” maknanya “ibu” atau “induk” bagi al-Quran yang bermaksud, semua isi al-Quran ada (hubungkait) dalam al-Fatihah.

3. Sesiapa yang memahami (tuntutan) makna “al-Fatihah”, boleh memahami semua ayat-ayat al-Quran yang lain. Sesiapa yang belajar dan memahami surah al-Fatihah ini, terutamanya tajuk dan maksudnya yang penting, maka mudahlah baginya untuk memahami 113 surah yang lain.

4. Sebagai muqaddimah pengajian tafsir, kita hendaklah memberi perhatian sepenuhnya kepada surah al-Fatihah. Kegagalan memahami makna yang dituntut dari al-Fatihah, akan menyukarkan kita memahami surah-surah lain.

5.  Sebagai perumpamaan, semua angka, tidak kira apa jumlahnya, hanya akan terdiri dari angka 0, 1, 2, 3  hingga 9. Begitu juga, ayat-ayat al-Quran yang lain, diulang-ulang perkara yang sudah ada dalam al-Fatihah, di segi maknanya (tetapi bukan di segi huruf dan ayat).

6. “Ummul Quran” ini adalah induk di mana perkara-perkara penting disebut di sini. Ianya dibahagikan kepada empat susunan (bahagian).

7. Susunan pertama, “بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ”, susunan kedua, “الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ hingga مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”, susunan ketiga, “إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ’, dan susunan keempat, “اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ hingga akhir”.

8. Dalam sebuah kitab tafsir disebutkan susunan ini seolah-olah Allah ajar supaya kita baca begini (dalam empat susunan), sebagai bentuk munajat dan permohonan.

9. Dalam keempat-empat susunan ini ada “Muqaddam khulu”, yakni, “Wahai sekelian hamba sebutlah, ucapkanlah semasa munajat kalimat, ” بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ” 

10. Begitu juga sebelum ” الْحَمْدُ لِلَّهِ ” sehingga ” مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ” ada satu “jumlah khulu” (kalimat), ucapkanlah “Alhamdulillah. Begitu juga pada ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ ..” dan pada ” اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ “. Ini adalah kerana Allah ingin mengajar kepada kita supaya baca semasa munajat untuk memohon sesuatu kepada Allah. Dalam munajat ini kita minta yang terbaik dari segala apa yang dituntut.

11. Buat masa ini kita mulakan dengan “khulu” yang kedua iaitu ” الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ” dan dua ayat seterusnya, ianya terdiri dari tiga ayat tetapi mempunyai empat pecahan makna.

12. Dalam sebuah kitab disebutkan, Allah telah bahagikan al-Quran ini kepada empat bahagian, dan semua keempat-empat bahagian ini dimulai dengan lafaz ” الْحَمْدُ لِلَّهِ ” .

13. Bahagian pertama, bermula dari surah al-Fatihah hingga akhir surah al-Maidah. Bahagian kedua bermula dari Srah al-An’am (surah keenam) yang juga bermula dengan lafaz ” الْحَمْدُ لِلَّهِ “


14. ” الْحَمْدُ لِلَّهِ ” dalam surah al-An’am ini mewakili satu perempat (1/4) yang kedua sehingga akhir surah Bani Israel.

15. Bahagian ketiga ialah dari surah al-Kahfi sehingga surah al-Ahzab (surah ke 33). Surah al-Kahfi juga bermula dengan lafaz ” الْحَمْدُ لِلَّهِ “.

16. Bahagian keempat ialah dari Surah Saba’ hingga akhir al-Quran (Surah an-Naas).

17. Hal-hal ketuhanan yang disentuh dalam keempat-empat bahagian ini sebenarnya sudah ada dalam al-Fatihah.

B. TIGA AYAT PERTAMA DARI SURAH AL-FATIHAH

18. Kembali kepada Surah al-Fatihah, tiga ayat ini (dari الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ), mewakili keseluruhah al-Quran di segi ketuhanan.

19. Ianya dibahagikan pula kepada empat bahagian, iaitu ayat ” الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ “, dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu, ” الْحَمْدُ لِلَّهِ ” satu bahagian dan ” رَبِّ الْعَالَمِينَ ” satu bahagian.

20. ” الْحَمْدُ لِلَّهِ ” mewakili satu perempat (1/4) pertama iaitu, dari surah al-Fatihah hingga surah al-Maidah. Manakala ” رَبِّ الْعَالَمِينَ”, mewakili satu perempat (1/4) yang kedua iaitu dari surah al-An’am hingga surah Bani Israil. ” الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ”, mewakili satu perempat (1/4) yang ketiga iaitu dari surah al-Kahfi hingga surah al-Ahzab. Maksudnya, asas dan dasar dari Surah Al-Kahfi sehingga Surah al-Ahzab ialah untuk memberitahu tentang ” الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ”. ” مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”, ialah satu perempat (1/4) akhir, maksud dalam “” مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ” dihuraikan dengan terperinci dari Surah Saba’ hingga Surah an-Naas.

21. Bila kita baca tiga ayat bermula “الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ “ ianya telah merangkumi 30 juzuk di segi ketuhanan; Ayat di dalam surah al-Fatihah adalah merupakan isyarat dan ianya dihuraikan di dalam surah-surah lain di dalam al-Quran.

22. Sebab itulah surah al-Fatihah diulang-ulang, tetapi surah lain dipilih-pilih untuk dibaca; al-Fatihah diwajibkan baca secara tetap (di dalam sembahyang). Dalam mazhab as-Shafie, kalau kita tidak baca surah al-Fatihah dalam solat, solat tidak sah. Isyarat dalam al-Fatihah ini ada dalam 30 juzuk al-Quran.

23. (Kita kena faham) dalam konteks kefahaman dan kepercayaan orang Arab Quraisy semasa wahyu diturunkan.

C- ALLAH SEBAGAI PENCIPTA (KHALIQ)

24. Di dalam kalimah ” الْحَمْدُ لِلَّهِ ” ini ada lafaz “Allah”, “Pujian hanya kepada Allah”, oleh itu dalam lafaz ” الْحَمْدُ لِلَّهِ ” ini, lafaz yang perlu kita fahami ialah kalimah “Allah” itu sendiri.

25. Orang Arab Mekah sudah sedia maklum tentang nama “Allah” dan sifat yang ada pada Allah. Jika ditanya kepada mereka, “Siapa Allah?”, nescaya akan dijawab, “Dia ‘Rabb’ kita”, pencipta kita dan lain-lain makhluk. Semasa al-Quran diturunkan, umumnya orang kafir Mekah tahu dan maklum tentang hal ini.

26. Supaya mereka (orang Arab Quraisy) insaf bahawa Allah adalah maha Mencipta, maka Allah beritahu kepada mereka, sekiranya kamu telah tahu dan terima Allah adalah Maha Mencipta, maka kamu kena terima Dia saja sebagai Pencipta (Allah tidak berkongsi dengan apa-apa yang lain).

27. Supaya meresap dalam hati kita bahawa Allah adalah Pencipta, dihuraikan tentang “al-Khaliq” dari surah al-Fatihah sehingga akhir surah al-Maidah (huraian di segi ketuhanan, bukan di segi hukum).

28. Allah beritahu bahawa Dia lah yang mencipta. Jadi, surah-surah selepas ini sehingga al-Maidah, Allah ingin beritahu dan ingin kita faham bahawa Dia lah yang Maha Mencipta.

29. Sifat Allah yang paling menonjol kepada orang Arab ialah sebagai “al-Khaliq” (Pencipta) berbanding sifat-sifat lain seperti ar-Rahman, ar-Rahim, al-Aziz, al-Ghaffar.

30. Bila disebut Allah, mereka secara spontan akan faham bahawa Allah itu adalah “al-Khaliq”, Maha Pencipta.

31. Oleh kerana orang Arab faham bahawa sifat Allah yang paling menonjol adalah “al-Khaliq”, maka penjelasan tentang al-Khaliq dihuraikan oleh Allah taala dalam bahagian (rubu’) satu perempat (1/4) yang pertama.

32. Dalam satu perempat (1/4) bahagian yang pertama yang kita baca (delete) diceritakan banyak perkara, tetapi Allah ingin bagi nampak dalam surah-surah ini (al-Baqarah, ali-Imran, an-Nisa’ & surah al-Maidah) (terutamanya) di segi ketuhanan. Allah ingin beritahu, “Akulah yang mencipta” apabila kita menjelajah dan menguasai surah-surah yang panjang tadi.

33. Sebutan dalam al-Fatihah ialah “ الْحَمْدُ لِلَّهِ” dan huraiannya di sana (dalam surah-surah yang disebutkan tadi).

34. Oleh kerana Allah yang maha mencipta, kita serahkan segala-galanya kepada-Nya.

35. Dia-lah yang mengadakan segala sesuatu, dan tidak ada jasa yang lebih besar dari mencipta dan menjadikan kita. Dunia ini pada asalnya tiada, tetapi diciptakan untuk faedah kita.

36. Apabila meresap di dalam jiwa manusia bahawa Allah adalah Maha Mencipta, maka dia tidak akan derhaka. Jasa-jasa yang lain (selain penciptaannya) manusia tahu, tetapi manusia tidak tahu dan tidak terfikir jasa Allah taala (yang menciptanya).

37. Kita terhutang budi kepada seseorang yang berjasa kepada kita; kita tidak sanggup berkata buruk tentangnya, kita akan bela dia, (kerana) begitulah sifat manusia. “Manusia bersedia untuk menjadi hamba apabila orang berbuat baik kepadanya”. Ini adalah naluri manusia. Jika ada orang yang sentiasa berbuat baik kepada kita sejak dari kita kecil lagi, dalam keadaan susah atau senang, tentunya kita akan layan dia lebih dari adik beradik kita sendiri. Kita akan puji dia, kita akan meraikannya dan tingkah lakunya akan mempengaruhi kita. Hati kita akan terpaut dengan orang yang berjasa kepada kita.

38. Tapi sayangnya (kebanyakan) manusia tidak sedar “jasa” yang paling hebat, yang tiada tandingan, yang tidak dapat diberi oleh sesiapa kecuali Allah. Jasa-Nya yang mencipta kita dari “tiada” kepada “ada”.

39. Tapi oleh kerana kita tidak nampak (kekuasaan) Allah dan jasa-jasa Allah tidak dibaca, tidak di”tadabbur”, maka manusia derhaka kepada Allah, sedangkan kita tidak lupa jasa sesama makhluk.

40. Supaya hamba tidak derhaka kepada Allah, hamba (manusia) hendaklah kenang jasa Allah sebelum mengenang jasa-jasa orang lain seperti ibu bapa dsb.

41. Dengan mengenang jasa Allah, seseorang itu akan menjadi hamba yang taat.

42. Oleh itu memahami sifat “al-Khaliq” itu amat penting, dibicarakan dengan panjang lebar dalam surah al-Baqarah, Aali’Imraan, an-Nisaa’ dan Surah al-Maidah.

43. Dengan menyebut ” الْحَمْدُ لِلَّهِ “, hendaknya ada hubung kait di antara jiwa kita dengan Allah.

44. Tiada makhluk yang dapat menandingi jasa Allah kepada kita. “Saya dulu tidak ada, Allah jadikan saya; saya dulunya dhaif, Allah bagi kekuatan kepada saya; saya miskin, Allah berikan saya kekayaan; saya susah, Allah bagi kesenangan”.

45. Allah hendak supaya bila kita baca surah al-Fatihah dan sebut ” الْحَمْدُ لِلَّهِ “, jiwa kita terus (berhubung) kepada Allah taala

D. BAHAGIAN KEDUA – رَبِّ الْعَالَمِينَ

46. Bahagian kedua ialah ” رَبِّ الْعَالَمِينَ”,

47. “Rabb” maknanya “memelihara”.

48. “Khalaqa” atau “al-Khaliq”, hendaklah difahami sebagaimana dalam konteks Bahasa Arab. Ianya bermaksud, “Mengadakan sesuatu dari tiada langsung” iaitu tanpa sumber. Ini adalah apa yang dimaksudkan sebagai “Penciptaan” dari Allah taala. Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat ini. Dia tidak berkongsi sifat ini dengan sesiapa pun; dan orang kafir Mekah amat jelas dalam perkara ini. Allah mencipta tanpa sumber dan hanya Allah sahaja yang memiliki sifat Maha Mencipta.

49. Kita perlu belajar, tadabbur, mengajar dan menyampaikan kepada orang lain supaya pemahaman tentang sifat ini meresap ke dalam jiwa. Apa yang Allah ingin sampaikan tentang sifat maha mencipta ini akan terasa dalam jiwa.

50. Ayat ” الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ” ini merupakan separuh al-Quran di segi ketuhanan dan tauhid. Jika ianya meresap ke dalam jiwa akan menyebabkan seseorang itu taat.

51. ” رَبِّ الْعَالَمِينَ”, yang memelihara semesta alam yang termasuk manusia dan jin; dan mereka ini akan dimasukkan samada ke dalam syurga atau neraka. Alam-alam (makhluk) lain adalah alat untuk menguji manusia dan jin, yang akan hancur bila tamat tempohnya.

52. Allahlah “Rabb”, Yang Memelihara; “Memelihara” bermaksud Allah jaga selepas dijadikan manusia daripada tiada sehingga matang dan sempurna.

53. Allah adalah “Rabb” (pemelihara) sejak kita masih dalam rahim ibu; dijadikan kita dari benih dan pelihara kita sehingga terbentuk jadi manusia. Selepas tempoh 40 hari, 40 hari dan 40 hari barulah jasad kita terbentuk dengan sempurna dan layak ditiup roh, tapi pada masa ini masih belum boleh keluar dari perut ibu.

54. Allah ajar kepada manusia perkara ini, supaya manusia tahu, walaupun dia tidak nampak (keadaan sebenar).

55. Allah huraikan kepada kita bahawa Dia adalah “Rabb” bermula dari surah al-An’am sehinggga surah Bani Isra’il.

56. Allah menceritakan bahawa Dia adalah “Rabb”, yang memelihara, supaya kita sedar bahawa Dialah yang sebenarnya memberi kita makan dan minum ketika di dalam perut ibu. Tiada ikhtiar dari pihak hamba dalam proses tumbesaran; Allahlah yang menjaganya sepenuhnya. Allah cipta badan bayi yang hanya boleh keluar dari rahim ibu tapi tidak dapat masuk balik ke dalam perut ibunya; begitulah “penjagaan” Allah terhadap kita. Apabila lahir Allah sediakan susu pula. Allah bagi ilham kepada sesiapa saja untuk jaga bayi tersebut; bayi yang tidak tahu apa-apa tetapi mendapat rezeki dengan hanya sekadar menangis. Dengan tangisannya, bayi dapat susu, dia dijaga, dilindungi, dirawat. Hakikatnya, Allah yang jaga, Allah yang pelihara. Dalam proses pembesaran ini, ibu secara nalurinya akan mengutamakan anaknya. Ini adalah kerana Allah campakkan naluri dalam hati ibu supaya memelihara bayi ini. Begitu juga dicampakkan naluri dalam hati bapa supaya anak ini dijaga dan dikawal dengan sempurna. Sehingga ke peringkat bayi ini boleh bercakap.

57. Bila boleh bercakap, bayi ini akan nampak, siapa yang pelihara dia. Yang dia nampak, yang paling dekat ialah ibunya yang pelihara dia. Bila membesar lagi, dia sedar yang memeliharanya ialah bapanya, bukan ibunya. Maknanya, bayi ini pada mulanya telah tersilap. Kemudiannya, lama kelamaan dia mula sedar bukan bapanya yang memeliharanya, tetapi majikan kepada bapanya yang memeliharanya.

58. Semakin dia matang, semakin dia rasa dia terpedaya; hakikatnya manusia akan sentiasa tertipu selagi dia tidak “nampak” dan “kenal” Allah taala. Apabila diberi akal, manusia mula berfikir dan menafikan yang lain, berubah fikirannya disebabkan pengalamannya.

59. Allah berkata, wahai manusia, “Semasa kamu dalam perut ibumu, semasa kamu menjadi bayi, menjadi kanak-kanak, Kamilah yang menjaga kamu”.

60. Tetapi mengapa kamu derhaka?

61. Lumrahnya, tidak diterima akal anak menderhaka kepada ibubapanya. Ini adalah kerana jasa, pengorbanan dan susah payah ibu bapa. Mungkin kita boleh terima hakikat yang seseorang boleh derhaka kepada majikan atau kawan-kawannya, tetapi kita tidak boleh terima hakikat bahawa dia derhaka kepada ibu bapanya. Ini adalah kerana seorang anak tidak akan mampu membalas jasa kedua ibu bapanya. Ingatlah sekiranya seorang anak derhaka kepada ibu bapanya, anak itu yang salah, bukan ibu bapanya.

62. Disebabkan sifat ibu dan bapa yang “memelihara” (rabb) akal manusia tidak boleh terima jika mereka diderhakai, walaupun mereka syirik kepada Allah.

63. Allah ingin beritahu sebelum ibu dan bapa kamu memelihara mu, Dialah yang memelihara kamu, tapi disebabkan Allah tidak nampak di mata mu, engkau rasa Allah tidak ada!

64. Oleh kerana sifat “Rabb” (memelihara) ini, Allah ingin manusia insaf supaya jangan derhaka kepadaNya; kerana yang memelihara mereka adalah Allah.

65. Oleh itu Allah menyatakan ” رَبِّ الْعَالَمِينَ”. Namun, disebabkan manusia tidak sedar dan tidak faham yang sebenar-benar yang “memelihara” itu adalah Allah, mereka akan sentiasa derhaka.

66. Ironinya, mereka tidak derhaka kepada ibubapa, tetapi mereka sentiasa derhaka kepada Allah taala. Ada saja arahan Allah taala yang mereka tidak ikut. Ada saja larangan Allah taala yang mereka langgar. Tidak timbul rasa agung sifat “rabb” di dalam hatinya.

67. Oleh itu untuk melahirkan rasa agung bahawa Allah sebagai “rabb”, maka Allah huraikan sifat “rabb” ini dengan panjang lebar dalam surah al-An’am sehingga surah Bani Israil.

68. Keagungan Allah selepas kita menyebut ” رَبِّ الْعَالَمِينَ” itu benar-benar dirasai sekiranya ianya sentiasa di”tadabbur” dan direnungi.

69. (Sepatutnya) Setiap kali kita menyebut kalimat ” رَبِّ الْعَالَمِينَ” maka akan berkuranglah kederhakaan kita kepada Allah.

70. Dia akan insaf bahawa dia menderhakai orang yang memeliharanya, orang yang memelihara ayah dan ibunya, orang yang mencampakkan naluri ke dalam hati ibubapanya supaya menjaganya.

71. Perasaan ini datang kepada kita apabila kita dapat hayati apa makna kalimah “rabb” (yang sebenar).

72. Makna asal perkataan “rubbubiyah” adalah ” membawa (menjadikan) sesuatu benda atau perkara ke tahap yang sempurna (kemuncak) secara beransur-ansur”.

73. Allah ingin manusia sedar bahawa Allahlah yang memelihara seorang manusia sedikit demi sedikit dari peringkat janin sehingga mencapai tahap matang, dengan menyediakan makan dan minum dengan berbagai cara dan bentuk. Maka apabila akalmu telah matang (akil baligh), bersedialah untuk taat kepada Ku kerana Akulah yang memelihara kamu selama ini.

74. Tetapi manusia tidak taat dan tidak faham kerana dia hanya faham apa yang dia nampak sahaja. Apa yang dia tidak nampak, dia akan nafikan (kewujudannya). Untuk menjelaskan kepada manusia apa yang dia tidak nampak, Allah turunkan wahyu yang menceritakan hakikat berkenaan Allah sebagai “Rabb”. Dengan ini, akan timbul perasaan dalam hatinya bahawa Allah adalah “rabb”. Bila timbul perasaan ini, bila dia sampaikan kepada orang lain apa yang dia rasai, orang tersebut akan terkesan; tidak hanya sebagai lafaz kosong sahaja.

75. Ada ungkapan dalam Bahasa Urdu yang mengatakan, “Kalau kita hanya memindahkan perkataan maka perkataan sahaja yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain, tetapi jika kita menterjemahkan ke dalam jiwa yang kita hayati maka jiwa itu akan meresap kepada hati-hati hamba yang lain”.

76. Dan semua (maklumat) ini adalah mustahil (sampai kepada kita) tanpa wahyu. Wahyulah yang mengubah manusia, membentuk jiwa manusia; (wahyu jugalah) yang pernah mengubah jiwa nabi s.a.w dan jiwa sahabat-sahabat baginda.

77. Wahyu adalah asli dan tulin, tetapi selain dari wahyu ianya boleh jadi tulin atau palsu.

78. Allah ingin beritahu bahawa ” رَبِّ الْعَالَمِينَ” yang disebut itu akan dihuraikan di surah-surah selepasnya.

79. Satu ayat (iaitu ” الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ “) dibahagikan kepada dua pecahan.

E. PECAHAN KETIGA – الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

80. Pecahan yang ketiga ialah ” الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ”

81. Apabila seorang manusia meningkat remaja, mukallaf, dia akan berfikir lebih jauh. Dia ingin keluar dari kongkongan ibu bapa, ingin keluar mencari pekerjaan, ingin berumahtangga, memiliki harta dan kenderaan, menguruskan rumahtangga dan kehidupannya.

82. Pada masa ini, Allah ingin manusia sedar bahawa yang mengurus dan mentadbir mereka adalah Allah taala, bukan tugas mereka dan bukan akal mereka.

83. Walaupun kita telah matang dan rasa boleh berdikari, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa Allah lah yang menguruskan hidup kita sehingga kita mati.

84. Allah ingin memberitahu kepada hamba-hambanya bahawa pengurusan hidup, sebelum dan selepas mati adalah urusan Allah taala.

85. “Ar-Rahman”, yang Maha Pemurah yang mengurus dan mentadbir segala makluk semasa hidup di dunia.

86. “Ar-Rahim”, yang Maha Mengasihani yang akan menjaga hamba yang taat daripada dihukum di akhirat.

87. Apabila telah dewasa, apa-apa kepentingan semasa kecil ditinggalkan, diganti dengan kepentingan baru ialah kerjaya, memiliki rumahtangga bahagia, anak-anak yang berbakti, tetapi malangnya dia gagal memikirkan tentang pengurusan hidup yang berjaya.

88. Allah beritahu, pengurusan hidup yang tidak bergantung kepada Allah yang ar-Rahman, ar-Rahim tidak akan berjaya.

89. Allah sediakan kepada kita syariat untuk panduan kita supaya bahagia di dunia dan di akhirat.

90. Urusan hidup kamu adalah dalam genggamanNya sebagaimana Dia mencipta dan memelihara kamu.

91. Apabila hubungan kamu dengan Allah terputus, kamu akan menjadi hamba yang kecewa.

92. Tetapi apabila kamu sentiasa berhubungan denganNya, kamu akan bahagia.

93. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ”, yang mengurus dan yang mentadbir seluruh manusia adalah Allah yang maha Esa.

94. Satu perempat (1/4) dari al-Quran iaitu dari Surah al-Kahfi hingga Surah al-Ahzab adalah untuk menghuraikan konsep ”

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ”. 95. Di sini diterangkan tentang pokok keimanan dan sifat tuhan, ” الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ”, Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

96. “Ar-Rahman” diterjemahkan sebagai “Maha Pemurah” untuk perkara-perkara dunia tanpa mengira siapa mereka, samada muslim atau kafir, samada manusia atau jin atau haiwan.

97. “ar-Rahim” bermaksud, “Ar-Rahimulakhirah” iaitu apabila seseorang mematuhi syariat, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan, Allah tidak akan mengulangi ujian kepadanya untuk kali kedua, iaitu selepas kematiannya; Bahkan, Allah akan bagi nikmat dan rahmat hingga ke Syurga.

98. Dengan sifat “ar-Rahman” Allah ini Dia sanggup melihat hambanya menderita kerana agama, tetapi sifat “ar-Rahim” Allah tidak akan membiarkan hambaNya menderita.

99. Allah sanggup melihat hambanya menderita kerana agama supaya hambanya itu hampir kepadaNya. Tetapi dengan sifat “ar-Rahim”, oleh kerana hambanya itu telah menderita kerana agama, dia tidak akan dibiarkan menderita untuk kali kedua.

100 Perhatikanlah, semua nabi menderita terutamanya nabi kita.

101. Dalam hadis hadis sahih disebutkan, “Sesungguhnya aku disusahkan oleh Allah taala yang mana tidak ada nabi sebelum aku susah seperti itu”. Walaupun umur nabi hanya lebih kurang 63 tahun, tetapi perjuangan nabi sangat besar, medan perjuangan nabi amat luas. Masa yang amat singkat tersebut digunakan oleh nabi dengan penuh pengorbanan. Nabi bersabda, “Sesungguhnya aku disusahkan untuk agama Allah, untuk satu tempoh yang tidak disusahkan seperti itu nabi-nabi sebelum aku”.

102. Allah boleh biarkan hamba yang paling dikasihi-Nya susah kerana sifat “ar-Rahman”Nya.

103. Bukanlah kesusahan yang ditanggung oleh nabi itu kerana Allah ingin menyeksanya tetapi kerana sifat “ar-Rahman”Nya, Allah ingin meninggikan darjatnya di syurga kerana penderitaan yang ditanggungnya.

104. Sheikh Ubaidillah Sindi pernah berkata, “Manusia dibesarkan oleh dua sifat yang bertentangan iaitu sifat kebapaan dan sifat keibuan”.

105. Biasanya sifat bapa adalah tegas, dia sanggup lihat anaknya susah asalkan masa depannya cerah. Sebaliknya ibu tidak boleh lihat apa saja kesusahan yang menimpa anaknya dan sentiasa mencuba supaya anaknya tidak susah dalam setiap keadaan. Seorang anak akan menjadi matang dan sempurna bila dibesarkan dengan kedua-dua sifat yang berlawanan ini. Contohnya, anak yang dihantar ke sekolah pada hari pertama, akan takut untuk pergi ke sekolah, tetapi ayahnya akan memaksanya pergi juga ke sekolah. Tetapi sebaliknya ibunya akan berkata, “Tak apa. Biarlah hari ini dia tak pergi sekolah”. Seorang anak kalau dijaga hanya oleh ibu, dia tidak akan ke sekolah, tapi kalau hanya dijaga oleh bapa anak akan kurang ajar kerana sikap tegas bapanya.

106. Seolah-olah Allah ingin beritahu, “Ar-Rahman” adalah sifat kebapaan, “Ar-Rahim” sifat keibuan.

107. Allah biarkan manusia menderita di dunia supaya mereka berjaya nanti di akhirat. Melalui sifat keibuan (Ar-Rahim) pula, apabila sudah menderita di dunia, Allah taala tidak akan membiarkan hamba itu menderita buat kali kedua di akhirat.

108. Dengan sentiasa membaca ” الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ” kita berharap akan taat perintah Allah walau diuji sepahit mana.

109. Sekiraya kita buat sebagaimana kehendak “ar-Rahman”, kita akan dilayani dengan “ar-Rahim”nya selepas mati.

110. Itulah yang dikatakan seorang yang matang; seorang yang berjaya hidup dengan menegakkan hukum Allah s.w.t.

111. Huraian tentang sifat “ar-Rahman” dan “ar-Rahim” adalah terkandung dalam Surah al-Kahfi sehingga surah al-Ahzab.

112. Di dalam surah-surah tersebut nanti akan diterangkan, bahawa di segi ketuhanan, Allah ingin memperlihatkan kepada kita bahawa Dialah yang Maha Mentadbir, Maha Mengurus.

113. Segala urusan kehidupan kita hendaklah dilaksanakan mengikut syariat Allah.

114. Apabila ada sesuatu hajat, manusia hendaklah memintanya dari Allah kerana Allah adalah “ar-Rahman”. Jangan membuat pilihan bersendirin (tanpa merujuk kepada Allah).

115. Nabi bersabda, “Tidak akan kecewa seseorang yang ber”istikharah” sebelum melakukan apa saja kerja”. Tidak akan kecewa dalam semua hal, kerana Allah adalah “ar-Rahman”.

116. Seseorang itu hendaklah meminta keputusan dari Allah; mana yang lebih baik hendaknya diberi kemudahan, kalau tidak baik hendaknya ditukar kepada yang lain. Sekiranya seorang hamba ber”istikharah” dalam setiap urusan hidupnya, dia tidak akan kecewa dan akan jadi insan yang bahagia.

117. Tapi kebanyakan manusia tidak melakukan solat istikharah, tetapi lebih suka membuat keputusan sendiri. Apabila ditimpa apa-apa ujian dari Allah, maka hendaknya dia bersolat hajat, mengucapkan “إنا لله وإنا إليه راجعون”.

118. “Engkau telah ambil dariku, maka gantikanlahnya dengan yang lebih baik”. Dia akan dapat pahala dan akan diganti dengan yang lebih baik.

119. Amalan “istikharah” adalah tanda bahawa orang itu faham apa itu maksud sifat “ar-Rahman” dan “ar-Rahim”. Kehidupan manusia tidak akan kelam kabut dan kecewa dan sentiasa mendapat kepuasan. Di sebalik kesusahan sentiasa ada pahala, dan (pahala) itulah merupakan harapannya dan dengan ini manusia tidak akan menjadi insan yang kecewa.

120. “Arrahmanirrahim” yang kita baca adalah untuk urusan hidup, lebih-lebih lagi kehidupan semasa dewasa sebelum mati.

121. Satu perempat (1/4) yang ketiga bermula dari Surah al-Kahfi hingga al-Ahzab menceritakan tentang “ar-Rahman” dan “ar-Rahim”.

122. Semoga ianya meresap ke dalam jiwa bila kita menyampaikannya kepada orang lain, kerana ianya mukjizat yang luar biasa.

123. Kita dengar, kita tadabbur dan kita sampaikan kepada orang lain dengan tujuan supaya kita dapat (manfaatnya). Sesungguhnya Allah tidak pernah menghampakan hambanya.

F. PECAHAN KE EMPAT مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

124. ” مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”, yang berkuasa, yang memiliki hari pembalasan.

125. Kita sudah ada pengalaman kehidupan di dunia, tetapi kita tidak ada pengalaman kehidupan selepas mati.

126. Sehebat mana pun manusia itu, apabila disebut tentang mati, perasaannya akan pudar dan suram. Oleh sebab itu tidak digalakkan bercakap tentang mati bila kita sedang makan kerana ianya akan menyuramkan perasaan kita. Tetapi kita digalakkan supaya selalu ingat kepada mati di waktu-waktu lain, kerana ianya akan memberi cahaya kepada hati dan mendorong supaya kita membuat persiapan.

127. Bila kita ingat kepada mati, kita akan ingat kepada Allah.

128. Oleh kerana manusia tidak pernah ada pengalaman tentang mati dan kehidupan selepas mati, tentu sekali manusia akan rasa takut dan bimbang. Perasaan ini dialami oleh sesiapa saja, termasuk juga nabi atau wali, dan lebih-lebih lagi mereka yang berdosa.

129. Allah beritahu kepada kita, hendaklah engkau, wahai hamba, tahu bahawa yang berkuasa dan memiliki segala-galanya pada hari pembalasan adalah Allah.

130. Maka kamu hendaklah jaga syariat Allah supaya di hari pembalasan nanti kamu akan dibalas dengan pembalasan yang baik.

131. Allah menceritakan dengan terperinci tentang permulaan akhirat iaitu ketika nazak, di alam barzakh, sirat serta hisab, syurga dan neraka.

132. Melalui ayat-ayat al-Quran ini, manusia seolah-olah sudah berada di sana, walaupun manusia belum mengalaminya lagi.

133. Jika perkara-perkara akhirat ini sudah meresap dalam hati hamba, amat mudah hamba itu untuk mentaati segala hukum dan syariat Allah; manusia tidak akan derhaka kepada Allah. Dia tidak akan melakukan maksiat kerana dia yakin Allah melihatnya walaupun orang lain tidak nampak. Setiap masa kita akan merujuk kepada Allah taala apa yang perlu kita lakukan, samada ada manusia atau tidak di sekeliling kita.

134. Oleh itu, bila keadaan terdesak, Allah menghalalkan makanan yang asalnya haram, kerana Allah tidak ingin menyusahkan kita, tetapi hanya ingin kita mengikut peraturan iaitu syariat-Nya.

135. ” مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”, مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”, maksudnya, “Maharaja yang berkuasa di hari pembalasan”. Ayat al-Quran ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa semua amalan kita akan dibalas (di hari pembalasan nanti).

136. Kehidupan di dunia yang susah, ditipu (dalam urusan) bukanlah merupakan pembalasan; jika kita sabar setelah menjadi mangsa penipuan, kita akan mendapat ganjaran (pahala). Kita sebenarnya tidak rugi, malah sentiasa mendapat untung, disebabkan adanya hari pembalasan.

137. Kecualilah kalau kehidupan kita hanya untuk (kesenangan) dunia sahaja, sekiranya kita ditipu, maka itu adalah satu bentuk hukuman. Akan meranalah kita sekiranya tidak memepercayai hari pembalasan.

138. Nabi bersabda, bermaksud, “Aku hairan tentang orang mukmin (orang yang meyakini Allah, meyakini hari pembalasan), semua urusan hidupnya ada pahala, kalau diuji oleh Allah dengan ujian dia bersabar, dengan bersabar dia dapat pahala, bila diberi sesuatu nikmat dia bersyukur, dengan sebab dia bersyukur, dia dapat pahala”. Maksudnya, ketika susah dia dapat pahala, di waktu senang dia pun dapat pahala kerana dia mukmin, iaitu, seorang yang yakin adanya Allah dan yakin adanya hari pembalasan.

139. Huraian tentang hari pembalasan diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran dari Surat Saba’ sehingga Surah an-Naas. (Dalam surah-surah tersebut) Allah menceritakan tentang hari akhirat seolah-olah hari akhirat itu berada di depan kita.

140. Sebenarnya bahagian-bahagian (tiga perempat) sebelum ini mewakili kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran iaitu Taurat, Injil dan Zabur. Tiga bahagian pertama al-Quran mewakili kitab-kitab sebelum al-Quran, seolah-olah, walaupun kita tidak baca kitab Taurat, Zabur dan Injil, tetapi kitab-kitab tersebut ada dalam al-Quran. Tetapi bahagian yang terakhir dalam al-Quran, iaitu pemberitahuan tentang akhirat, tidak ada dalam kitab Taurat, Injil dan Zabur.

141. Allah telah kumpulkan perkara-perkara tentang akhirat di dalam al-Quran dan tidak ada perkara seperti ini di dalam kitab-kitab sebelumnya. Ini adalah khas untuk umat Muhamad s.a.w.

142. Inilah sebabnya mengapa nabi baca surah-surah akhir dalam al-Quran ini dalam solat berjemaah, yang memberitahu tentang tauhid dan akhirat, supaya umatnya sentiasa mendengar dan membacanya.

143. Bila kita baca ” مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”, “Engkau ya Allah yang menguasai hari pembalasan”, maka tolonglah kami untuk mendapat taufik supaya kami selamat di negeri akhirat, iaitu pada hari pembalasan nanti.

144. Bila Engkau uji kami (ya Allah), kami boleh bersabar dan bila Engkau beri nikmat kepada kami, kami boleh bersyukur. (Sesungguhnya) ini adalah anugerah dari Allah.

145. Bila kita sentiasa membaca ” مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”, maka akan timbul dalam hati kita bahawa Allahlah yang berkuasa pada hari pembalasan.

146. Bila kita sentiasa dengar dan baca keempat-empat perkara ini, ianya akan meresap ke dalam hati.

147. Oleh kerana Allah yang mencipta dan memelihara, mengurus dan mentadbir kehidupan kita sebelum dan selepas mati.

G -PECAHAN KELIMA إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

148. Oleh kerana Allah berkuasa penuh pada hari pembalasan maka, ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ”, “Kepada Engkau sahajalah Allah kami bersedia menjadi hamba, kami bersedia melakukan apa saja ketaatan dan ibadat”.

149. “Dan kepadamu sahaja ya Allah kami meminta bantuan dan pertolongan”.

150. Kami minta pertolongan hanya kepada Engkau, Ya Allah, terutamanya berkenaan perkara luar dari “asbab” (sebab musabab).

151. Kami tidak meminta bantuan daripada nabi yang telah mati, daripada wali yang telah mati, daripada malaikat dan jin. Kami akan minta bantuan hanya daripada engkau, wahai Allah.

152. ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ” merupakan intipati kepada keempat-empat sifat tadi.

153. Dalam ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ” ada “muqaddam khulu”, setelah engkau kata ” الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ “, ” الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ”, ” مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”, maka bacalah pula, ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ”.

154. “Engkau saja yang kami perhambakan diri dan kepada Engkau saja kami minta bantuan dan pertolongan”

155. Di antara pertolongan yang kami inginkan ialah hidayat, kebahagiaan, kepuasan, penyelesaian segala masalah, penyempurnaan segala hajat, samada di dunia atau di akhirat.

156. Apabila kita bersedia untuk beribadat (bila cukup umur), akan diajar kepada kita ibadat yang direstui Allah dan apabila kita menunaikannya Allah akan memenuhi janjiNya dan mengabulkan doa kita.

157. Malangnya (kebanyakan) manusia tidak memahaminya, lain yang disuruh lain yang dibuat, apa yang Allah ajar ditinggalkan, yang orang lain ajar dibuat. Tapi dalam masa yang sama dia berseru,”Ya Allah, bantulah kami”.

158. Oleh itu, cubalah kita fahami apa yang dituntut dari surah al-Fatihah apabila membaca surah tersebut.

159. Saidina Abu Bakar berkata, al-Fatihah adalah rahsia kepada 30 juzuk al-Quran, kunci kepada semua ayat-ayat al-Quran yang lain.

160. Rahsia surah al-Fatihah ini boleh diketahui bila kita memahami ayat ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ”, “Kepada Engkau sahaja ya Allah kami bersedia menjadi hamba dan kepada Engkau sahajalah kami memohon bantuan dan pertolongan”.

161. Bila kita boleh memahami ayat ini, kita boleh memahami Surah al-Fatihah, dan bila kita dapat memahami Surah al-Fatihah, kita akan memahami al-Quran seluruhnya.

162. (Kata Saidina Abu Bakar) al-Fatihah itu adalah rahsia al-Quran dan rahsia al-Fatihah itu sendiri ialah ayat ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ”.

163. ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ ” ” dihuraikan dalam surah 39, Surat al-Zumar, kerana mesej penting surah az-Zumar adalah sama seperti dalam lafaz ini

164. Manakala huraian kepada ” إِيَّاكَ نَسْتَعِينُ” ialah di dalam surah 40 hingga 46 (dikenali sebagai “Haa mim tujuh”).

165. إِيَّاكَ نَسْتَعِينُ” adalah merupakan ” maqlub” dan ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ ” adalah sebagai muqaddimah. “Maqlub” ini dihuraikan dalam tujuh surah ( iaitu dari Surah 40 hingga 46 )

166. Selepas kita memahami maksud ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ ” melalui surah az-Zumar dan ” وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ” melalui surah “Haa Mim tujuh” tadi, maka mudahlah bagi kita untuk memahami ayat-ayat yang lain dalam al-Quran.

167. Ada riwayat dari Ibnu Abbas r.hum yang mengatakan setiap benda ada intipati (punca), intipati al-Quran ialah Surah-surah Haa Mim.

168. Dari Tafsir Ibnu Katsir, diceritakan bahawa para sahabat nabi membina madrasah dengan nama “al-Hawamim Saba’ “, yang menunjukkan masyhurnya di kalangan mereka Surah Haa Mim yang tujuh. Ini adalah kerana surah-surah ini menghuraikan makna ” إِيَّاكَ نَسْتَعِينُ”.

169. “إِيَّاكَ نَسْتَعِينُ” adalah satu ayat yang amat penting di dalam Surah al-Fatihah. Istilah “إِيَّاكَ نَسْتَعِينُ” dikenal dalam pengajian tafsir sebagai “Mengesakan Allah dalam meminta bantuan dan pertolongan”.

170. Di antara cara kita minta bantuan dan pertolongan ialah dengan menyeru nama “Allah”, “Ya Allah” atau “Allah humma”; seruan ini merupakan lafaz-lafaz “isti’anah” (meminta pertolongan) yang tidak boleh digunakan sama sekali kepada selain dari Allah.

171. “isti’anah” merupakan teras kepada syariat, asas yang paling penting dalam agama, yang jika digunakan kepada selain Allah akan menyebabkan syirik.

172. Ianya suatu perkara yang amat penting yang sebenarnya boleh difahami dengan mudah, tapi oleh kerana kejahilan, perkara yang paling penting ini telah rosak. Apabila asas aqidah rosak, apa saja amalan akan ditolak dan tidak sah.

173. Oleh itu, mulai hari ini, kita hendaklah sedar dan faham bahawa ” إِيَّاكَ نَسْتَعِينُ” adalah satu perkara yang amat penting.

174. Sebagaimana kata-kata Saidina Abu Bakar bahawa rahsia Surah al-Fatihah itu pada ayat ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ”.

175. ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ” sebenarnya adalah dua ‘jumlah’ (dua bentuk ayat), pertama ayat ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ ” dan satu lagi ” وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ”.

176. ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ ” adalah sebagai pendahuluan (muqaddimah), dan yang lebih penting dari ” إِيَّاكَ نَعْبُدُ ” malah yang paling penting ialah ” وَإِيَّاكَ نَسْتَعِين

177. Al-Quran adalah perkara yang paling penting, surah yang paling penting dalam al-Quran ialah Surah al-Fatihah , dan “Isti’anah” ialah ayat yang paling penting dalam Surat al-Fatihah. Oleh kerana kejahilan, perkara yang paling penting ini dirosakkan dan diselewengkan.

178. Ramai orang menggunakan lafaz “Ya” ini kepada selain dari Allah, seperti “Ya Rasulullah”, “Ya Nabi Allah”, “Ya Habibulllah”. Berwaspadalah kerana dari sinilah pintu-pintu kerosakan akan berlaku.

179. Pada mulanya, mungkin hanya kerana ingin bergurau atau bermain-main, tetapi akhirnya (tanpa sedar) menyebabkan rosak akidah. Lafaz-lafaz ini tertolak kerana ianya telah menukar asas agama kepada selain dari Allah.

180. Tapi biasanya teguran (supaya membetulkan kesilapan) ini tidak mudah diterima kecuali oleh mereka yang memiliki hati yang bersifat “inabah”, iaitu sifat ingin mencari kebenaran, sifat ingin menjadi baik dan pandai. Keinginan supaya dia lulus ujian dan diterima dan bertemu Allah taala di syurga. Pilihan yang bijak ini adalah untuk orang yang belajar dan pandai dalam belajar.

181. Ianya tidaklah payah kerana ianya fitrah kita. Tauhid ialah fitrah ahli syurga dan syirik adalah fitrah ahli neraka, dan tauhid ini menyentuh tentang hal-hal ketuhanan.

182. Bila kita (diizinkan) berkata, “Engkau sahaja tempat kami meminta bantuan dan pertolongan”, ini bermakna Allah izinkan kita meminta bantuan daripadaNya.

H – PECAHAN KEENAM اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

183. Perkara yang kita minta bantuan dari Allah adalah perkara yang terbesar dan terpenting iaitu bantuan supaya Allah bagi pimpinan hidayat. Jika kita mendapat hidayat (dari Allah), seolah-olah kita dapat segala-galanya. Jika kita tidak dapat hidayat tapi memperolehi segala-gala yang lain, ianya tidak bermakna apa-apa.

184. Pimpinan Allah adalah yang paling asas; walau kita diberi semua termasuk satu dunia, tetapi jika tidak diberi hidayat, hakikatnya kita tidak dapat apa-apa; kerana kesudahannya kita dimasukkan ke dalam api neraka.

185. Allah taala memerintahkan supaya kita meminta sebesar-besar perkara iaitu “hidayat”.

186. Oleh kerana Engkau sahaja, Ya Allah, tempat kami meminta bantuan dan pertolongan, maka ” اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ”, “Pimpinlah kami Ya Allah ke jalan yang lurus”.

187. “Hidayah”, sepertimana dalam al-Quran, ada dua cara (maksud), “hidayah” bermakna “tunjuk jalan” atau “pimpin (beri taufiq) ke jalan yang lurus”. Perbezaanya, “tunjuk jalan” bermaksud “tunjuk jalan” kepada semua orang, tetapi yang “dipimpin” (masuk ke syurga) hanya kepada sebahagian orang tertentu. Contohnya, jika ingin ke Petaling Jaya, seseorang akan memberi panduan kepada kita tentang arah jalan-jalan (tunjuk jalan) menuju ke Petaling Jaya dengan harapan kita akan sampai ke sana. Ada kemungkinan kita gagal sampai ke destinasi kerana kita hanya berpandukan kepada panduan yang diberi. Situasinya berlainan jika ada orang yang sanggup membawa kita ke destinasi yang ingin ditujui, maka ianya lebih terjamin.

188. “Hidayat” dalam konteks ini bermaksud “dipimpin”.

189. Dalam bahasa Urdu diterjemahkan maksud “Ihdina” dengan “pimpin” dan bukan “tuju”, iaitu “Wahai Allah, di atas jalan yang lurus ini, Engkau pimpinlah kami dengan sentiasa memberi taufik kepada kami supaya kami terus sampai kepada yang dituju”. Bukan sekadar menyerahkan kepada kami dan membiarkan kami mencari sendiri jalan tersebut.

190. Lafaz “tunjuk” ini Allah gunakan untuk semua manusia, tidak kira samada ianya untuk orang kafir yang akan mati dalam keadan kafir atau untuk orang Islam yang akan mati Islam; Berlainan dengan lafaz “pimpin” yang bermaksud Allah “pimpin” mereka (yang dalam takdirnya mati Islam) supaya mati dalam Islam.

191. Allah akan bagi “taufik”, di mana jika dia terlanjur, Allah akan sedarkan dia dan izinkan dia bertaubat, di mana akhirnya dia akan sampai ke destinasinya.

192. “Pimpinlah kami Ya Allah ke jalan yang lurus”.

193. (Contohnya), anak kecil yang belum tahu berjalan, jika kita sekadar beritahu kepadanya bagaimana cara-cara berjalan, (kemungkinan) dia akan jatuh; Oleh itu, cara yang tepat ialah dengan “memimpin”nya berjalan.

194. Inilah perbezaan diantara “tunjuk” dan “pimpin”.

195. “Pimpinlah kami Ya Allah, ke jalan yang lurus, supaya kami dapat sampai ke tempat yang dituju”.

196. “Sirat” bermakna jalan, bahasa kiasan untuk perkataan “agama”, kerana “agama” adalah cara hidup (sirat atau jalan) yang boleh membawa kita sampai sehingga berjumpa Allah dalam syurga.

197. Nama kepada cara hidup itu adalah “jalan”, sebab ia boleh membawa kita pergi ke tempat yang dituju. “Jalan” dalam konteks semasa pun, bukan bermakna kita tinggal di atas jalan, tetapi kita guna jalan untuk pergi ke suatu tempat lain.

198. Agama ialah satu penghayatan. Tempat yang ingin kita tuju ialah Allah di syurga, dengan menggunakan “jalan” amalan agama. Jalan digunakan untuk sampai ke satu tempat, begitu juga amalan agama.

199. Berusaha supaya manusia sedar, belajar dan mengajar, dapatkan ilmu dan men”tabligh”kan, adalah jalan untuk sampai ke tempat yang dituju. Sekiranya kita gunakan jalan yang lain, kita akan sampai ke tempat lain dan bukan tempat yang dituju.

200. Allah namakan agama dengan “as-Sirat”. Dan “jalan” ini, sebagaimana Allah ajar melalui surah al-Fatihah, adalah lurus.

201. “Al-Mustaqim”, bermakna lurus, tidak bengkok, ke kanan atau ke kiri. Jalan yang bengkang bengkok, menyebabkan kita akan lambat sampai atau mungkin tidak sampai langsung ke destinasi yang dituju. Tapi jika jalan itu lurus, ianya mudah diikuti, mudah sampai dan lebih cepat.

202. Di antara tuntutan makna “mustaqiim” ialah “asraqu” iaitu cepat sampai. Contohnya, pada hari ini, banyak jalan-jalan bengkok diluruskan, untuk jimat masa perjalanan dan cepat sampai. Kita gunakanlah kebijaksanaan kita untuk menyelesaikan masalah ini.

203. Allah ajar tuntutan agama ini atas jalan yang lurus, tidak ke kanan, tidak ke kiri

204. “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; jangan kamu ikut jalan ke kanan atau ke kiri, yang memesongkan kamu dari jalan yang sebenar; (kalau tidak) nescaya tersasarlah kamu dari jalan yang benar (Surah Al-An’am, Ayat 152).

205. Oleh kerana ianya jalan yang lurus, ianya mudah difahami; tauhid adalah perkara yang mudah difahami kerana ianya bersesuaian dengan naluri dan jiwa kita.

206. Kitab al-Quran ini lebih mudah (difahami) berbanding dengan kitab-kitab yang lain. Sayangnya kita ditakut-takutkan dan menganggapnya susah untuk dipelajari. Allah beritahu, “Kami telah mempermudahkan al-Quran”.

207. Ada orang yang menakut-nakutkan dengan mengatakan belajar al-Quran itu susah dan dia menghalang orang lain dari mempelajari al-Quran. Syaitan berkata, “Jangan kamu dengar al-Quran, hendaklah kamu ganggu majlis-majls al-Quran, mudah-mudahan dengan mengganggu mereka, kamu menang dan mereka kalah”. Inilah (kelakuan) orang kafir yang dibisikkan oleh syaitan sebagaimana tercatat dalam al-Quran.

208. Orang yang selamat ialah orang yang bersegera belajar al-Quran sehingga faham, dan dia amalkan dengan istiqamah tanpa bertangguh-tangguh. Semoga Allah taala pilih kita (di kalangan orang yang belajar al-Quran).

209. Pimpinlah kami wahai Allah ke jalan yang lurus, jalan agama yang membawa terus berjumpa Allah, tanpa susah payah.

210. Jalan lurus itu adalah berupa “amalan-amalan”, tetapi Allah ajar kepada kita “amalan-amalan” tersebut dalam bentuk tulisan, dalam bentuk bacaan (al-Quran). Jika ianya hanya berada dalam kitab, dalam bentuk tulisan, tidak diamalkan, tidak bermakna apa-apa jalan itu (kepada kita).

211. Kerana wahyu ini ada dalam kitab, kita perlu buat sesuatu untuk memindahkannya ke dalam kehidupan kita. Kita perlu berkorban dan bersusah payah, sebagaimana bersusah payahnya nabi dan sahabat-sahabat baginda, dua golongan yang terpilih dan ahli syurga. I – صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ dan غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

212. Allah ajar jalan yang pernah dihayati dan dilalui dalam kehidupan manusia, iaitu, ” صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ “. Jalan orang-orang yang pernah menghayati agama, yang Allah bagi nikmat kepada mereka sehingga dapat mengamalkan dan menghayati agama, jalan yang pernah berjaya dilalui oleh golongan-golongan ini dimana hamba-hamba Allah yang lain dapat mengambil contoh.

213. ” غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ “. Bukan jalan orang yang dimurkai dan bukan jalan golongan yang sesat.

214. Al-Quran menunjukkan contoh orang yang berjaya dan juga orang yang gagal.

215. Orang yang ikut jalan (yang lurus), begini cara hidupnya, dan orang yang tidak ikut jalan (yang lurus), begiitulah cara hidupnya.

216. Maka hendaklah kamu pilih (jalan yang lurus ini) dan ikut, ianya lebih mudah, kerana contohya ada di depan kita.

217. Allah s.w.t ajar kepada kita supaya kita baca (al-Quran) dan ikut jalan orang-orang yang diberi nikmat, taufik, dan hidayat di mana al-Quran yang dalam bentuk bacaan ini dipindahkan dalam kehidupan mereka.

218. Orang-orang yang mana al-Quran yang ada dalam kitab ini dipindahkan dalam kehidupan mereka.

219. Semasa hidup dahulu mereka adalah pengikut-pengikut dan orang yang menghayati dan memperjuangkan wahyu. Wahyu hidup dalam diri mereka. Dalam surah an-Nisa’, dinyatakan bahawa mereka ialah Nabi-nabi, as-Siddiqin, as-Syuhada’ dan Solehin.

220. Itulah golongan yang terbaik, golongan yang berjaya, golongan yang mengikuti “siral tal mustaqiim”, semoga Allah juga pilih kita (dari kalangan tersebut).

221. Bukan golongan yang “maghdhu”, iaitu golongan Yahudi, sebagaimana yang diberitahu oleh nabi s.a.w.

222. Bukan golongan “Dhaaallin”, yang diberitahu oleh nabi sebagai golongan Nasara (Kristian).

223. Di dalam al-Quran Allah gabungkan golongan Yahudi dengan kaum “Musyrikin”.

224. Lafaz ” وَلَا الضَّالِّينَ “, nabi beritahu bahawa ianya merujuk kepada golongan Nasara, iaitu golongan yang sesat dalam mencari (kebenaran). Allah turunkan kepada mereka kitab tetapi mereka berpaling daripadanya. Allah tunjukkan contoh, tapi mereka tidak mengendahkannya, malah sebaliknya menggunakan fikiran mereka sendiri. Apa yang dijumpai adalah perkara lain (dari kebenaran); mereka sesat dalam mencari (kebenaran). Mereka tidak menjumpai (hidayat) kerana mereka tidak ikut apa yang diajar. mereka adalah golongan yang jahil dan degil.

225. Golongan Nasara sesat dalam mencari Allah kerana tidak ikut petunjuk dari Allah taala.

226. Golongan yang diletakkan dalam kategori yang sama dengan Nasara ialah golongan munafiqin.

227. Munafiqin dan Musyrikin adalah dua kelompok yang berbeza di zaman nabi. Tempat dan cara hidup golongan Musyrikin berbeza dengan orang Islam dan mereka dikebumikan di kubur yang berbeza.

228. Tetapi golongan Munafiqin telah memasukkan sebelah kakinya dalam ke dalam Islam. Mereka tinggal di Masjid Nabawi, duduk bersama dalam majlis Nabi s.a.w, menjadi makmum di belakang nabi; tetapi sebelah kaki lagi mereka, ingkar. Mereka dipanggil “Munafiqin” kerana sebelah kaki sudah menyebelahi Islam tetapi sebelah lagi masih ingkar, dan sekiranya mereka mati dalam keadaan itu, siksaan ke atas mereka adalah lebih teruk dari golongan sesat yang lain. Mereka ditempatkan di dasar neraka yang paling teruk, kerana mereka telah menipu dan dalam kesesatan.

229. Orang-orang Nasara dan golongan munafiqin hampir sama keadaanya, kerana kedua-dua kelompok ini sama-sama mencari kebenaran. Amatlah menyedihkan kerana sebenarnya ada bersama mereka seorang guru iaitu nabi s.a.w. Lainlah jika tidak ada bersama mereka seorang nabi; hakikatnya mereka bergaul dan hidup bersama nabi dalam tempoh yang lama, tapi masih gagal nampak kebenaran. Pastinya ada sesuatu yang tidak kena.

230. (Oleh itu pelajarilah tentang sifat-sifat “munafiqin” kerana dikhuatiri) sekiranya tidak dipelajari tentang apa yang dikatakan sifat-sifat “munafiq” ini, dibimbangi seseorang itu mempunyai sifat-sifat ini tanpa disedarinya.

231. Golongan sesat terdiri daripada empat golongan ini sahaja. Dari kitab “Fauzul Kabir Fil Usul Tafsir” (al-Dehlawi), golongan sesat yang diceritakan dalam al-Quran hanya ada empat golongan sahaja iaitu musyrikin, munafiqin, Yahudi dan Nasara.

232. Sekiranya kita mempelajari (mengetahui) sifat-sifat dan ciri-ciri kesesatan, sebagaimana diceritakan oleh Allah taala, yang ada pada keempat-empat golongan ini, kita akan dapat jaga diri kita dan kita boleh ingatkan orang lain supaya dapat jaga diri mereka.

233. Allah ceritakan dengan panjang lebar tentang golongan Yahudi dalam surah al-Baqarah. Allah ceritakan dengan panjang lebar tentang golongan Nasara dalam surah aali’Imran.

234. Sekiranya kita mempelajari (mengetahui) sifat-sifat dan ciri-ciri kesesatan, sebagaimana diceritakan oleh Allah taala, yang ada pada keempat-empat golongan ini, kita akan dapat jaga diri kita dan kita boleh ingatkan orang lain supaya dapat jaga diri mereka.

235. Yahudi dan Nasara (di dalam Surah al-Baqarah dan aali’Imran) adalah dua golongan yang beragama tetapi sesat. Sesat Yahudi kerana ” الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ” manakala sesat Nasara kerana ”

الضَّالِّينَ “. 236. Selepas surah aali’Imran disusuli pula dengan surah an-Nisa’, di mana diceritakan tentang golongan Munafiqin.

237. Sebab-sebab kesesatan, perangai dan tingkah laku, percakapan dan tutur kata mereka diceritakan dengan terperinci dalam Surah an-Nisa’.

238. (Berhati-hatilah) jika sifat seperti ini ada di dalam diri anda, dibimbangi anda juga adalah munafik.

239. Selepas Surah an-Nisa’ ialah Surah al-Maidah. Dalam surah al-Maidah digabungkan (perihal tentang) semua gologan sesat iaitu, Yahudi, Nasara dan Munafiqin. Yang banyak diceritakan di dalam Surah al-Maidah ialah tentang golongan Yahudi dan Nasara, supaya pengetahuan dan maklumat kita lebih mantap.

240. Seterusnya Surah al-An’am. Dalam surah ini diceritakan tentang musyrikin dari awal hingga akhir. Surah al-Anaam diturunkan sekali gus. Di dalam Surah al-An’am diceritakan tentang golongan musyrikin di segi tindak-tanduk, perangai, cara ibadat dsb supaya manusia tahu apakah yang dikatakan sesat kerana syirik.

241. Apabila kelima-lima surah ini dipelajari, kita akan kenal semua golongan yang sesat.

242. Dengan ini (insyaAllah) bacaan (al-Fatihah) dan ucapan kita akan memberi kesan yang sebenar kepada kita.

I – UCAPAN “AAMIIN”

243. (Selepas membaca semua ayat-ayat dalam Surah (al-Fatihah), akhir sekali kita ucapkan “Aamiin”, “Perkenankan lah, Ya Allah”.

244. Setiap hari kita minta bimbingan, petunjuk dan taufik dari Allah sebagaimana yang diberi kepada golongan-golongan yang diberi taufik.

245. Kita mengkaji dan mempelajari sifat-sifat golongan-golongan yang dimurkai dan sesat adalah untuk mengelakkan kita dari mempunyai sifat seperti mereka dan tergolong dari kumpulan-kumpulan mereka.

246. Apa yang ada dalam al-Quran sebenarnya ada dalam Surah al-Fatihah yang kita baca setiap hari. K – بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

247. Allah ajar supaya kita dapatkan berkat dari Allah untuk semua perkara yang kita lakukan.

248. Keberkatan hanya datang dari Allah, sehinggakan nama Allah pun berkat.

249. Orang kafir Mekah menggunakan nama “Allah” pada masa-masa tertentu, tetapi menggunakan juga nama wali-wali (berhala-berhala) (kononnya) untuk mendapat keberkatan.

250. Dari syair-syair Arab, didapati orang-orang Musyrikin Mekah menggunakan nama Allah dan juga nama wali-wali (berhala) seperti Latta dan Uzza.

251. Adalah merupakan kebiasaan mereka menyeru nama Allah untuk perkara-perkara besar dan menyeru nama wali-wali untuk perkara-perkara lain. Oleh itu, mereka menyebut nama Latta dan Uzza hampir setiap masa, kerana kebanyakan perkara dalam hidup bukanlah perkara besar.

252. Allah ingin membatalkan amalan mereka (yang menggunakan nama selain dari Allah)

253. Allah ingin ajar yang selain dari nama Allah, tidak ada keberkatan, kerana keberkatan hanya datang dari Allah.

254. Keberkatan adalah perkara yang luar biasa. Luar biasanya “keberkatan” adalah seperti “mukjizat” dan “karomah”, yang datangnya dari Allah yang maha Esa.

255. “Mukjizat” bukan dari perbuatan nabi sebagaimana “Karomah” bukan dari perbuatan wali, bahkan kedua-duanya dari Allah.

256. “Keberkatan” juga adalah dari Allah.

257. Untuk memulakan sesuatu perkara, kita hendaklah meminta keberkatan dari Allah.

258. – ” بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ” – Dengan berkat nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

259. Di dalam lafaz ” بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ “, dizahirkan dua perkara dan disembunyikan dua perkara.

260. Disebut ” بِسْمِ اللَّهِ ” dan disembunyikan ” رَبِّ الْعَالَمِينَ “, disebut ” الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ” disembunyikan ” مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”. Ini adalah untuk meringkaskan bacaan.

261. Asalnya ” بِسْمِ اللَّهِ , رَبِّ الْعَالَمِينَ, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ, مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ”.

262. Ianya diringkaskan untuk mudah dibaca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s