[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 26m 12s ] – SURAH AL-AN’AAM – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/fTopY-Gcvec ]
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-AN’AAM
===============================
1. Pewaris agama yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan aqidah tauhid yang dibawa baginda dari kalangan Bani Ismail bukan dari kalangan orang-orang kafir Mekah, tetapi yang sebenarnya ialah Nabi Muhammad.
2. Perbahasan dan pertikaian pendapat dengan orang-orang musyrikin Mekah.
3. Kritikan terhadap pelbagai bentuk kesyirikan.
4. Bahagian-bahagian tauhid
5. Tuntutan-tuntutan aqidah tauhid
==============================
TEMA UTAMA SURAH AL-AN’AAM
==============================
1. Hukum yang sebenar dan tepat hanya berpunca dari Allah. Dialah yang menghukum dengan tepat dan memberi keputusan yang terbaik.
2. Allah boleh menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan bermacam-macam cara, contohnya:
a) Dengan melepaskan hujan, kilat dan lain-lain dari arah atas,
(b) Dengan mencetuskan gempa bumi, tanah runtuh dan banjir dan lain-lain dari bawah
(c) Dengan mencetuskan perang antara bangsa-bangsa dan puak-puak berkepentingan di dunia.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 6 – al-An`am
