[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 37m 33s ] – SURAH AL-A’RAAF – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/–73sdYrcYM ]
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-A’RAAF
==============================
1. Menyatakan undang-undang tuhan dalam membinasakan bangsa-bangsa dan undang-undang penukaran bangsa-bangsa.
2. Sejarah dakwah enam orang Rasul.
3. Pengajaran daripada kehancuran enam bangsa.
4. Pembuktian tentang aqidah tauhid dan pembatalan aqidah syirik.
5. Seruan supaya beriman kepada Rasul terakhir, Muhammad s.a.w.
==============================
TEMA UTAMA SURAH AL-A’RAAF
==============================
1. Kebinasaan kaum-kaum terdahulu adalah kerana mendustakan nabi-nabi mereka; kaum Nuh telah ditenggelamkan (Ayat 64), Kaum ‘Aad telah dibinasakan dengan angin yang kencang, orang-orang yang beriman kepadanya pula diselamatkan (Ayat 72), Kaum Shaleh (Kaum Tsamud) dibinasakan dengan gempa bumi yang kuat (Ayat 78), Kaum Luth telah dihujani dengan hujan batu dan api (Ayat: 84), kaum Shuaib juga telah dibinasakan dengan gempa bumi yang dahsyat (Ayat 91) dan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya telah ditenggelamkan di dalam laut Qulzum (Ayat 136).
2) Dengan menceritakan kisah Adam dan Hawwa’ kepada anak cucunya, Allah mahu mengingatkan mereka tentang tipu daya Iblis. Mereka jangan sekali-kali terpedaya dengan Iblis kerana ia adalah musuh. Iblis mendorong manusia melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bermaruah dan keji. Iblis dan puak-puaknya dapat melihat manusia sedangkan manusia pula tidak nampak mereka. Allah menyebutkan orang-orang yang tidak beriman sebagai kawan Ibhs. (Ayat 27)
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 7 – al-A’raf
