Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 8 – Surah al-Anfal

VIDEO – SURAH AL-ANFAAL – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri YusoffL

SINOPSIS:

==============================

MESEJ UTAMA SURAH AL-ANFAAL

==============================

1. Falsafah Jihad.

2. Adab dan disiplin Jihad

3. Galakan berjihad

4. Hukum perang dan damai

5. Kelebihan-kelebihan Jihad

==============================

TEMA UTAMA SURAH AL-ANFAAL

==============================

1. Jihad ibarat pembedahan yang mesti dilakukan terhadap anggota badan manusia. Jihad merupakan rahmat kepada kemanusiaan, sebagaimana dalam keadaan-keadaan tertentu untuk menyelamatkan nyawa manusia, pembedahan tidak dapat tidak, mesti dilakuka. Begitulah juga kehidupan bangsa dan umat, kadang-kadang kehidupan mereka perlukan jihad, jika tidak bumi ini akan dipenuhi fitnah dan kerosakan yang besar. Dengan berjihad, kanser berupa fitnah dan kerosakan yang boleh membahayakan tubuh bangsa dapat dihilangkan. (Ayat:73)

2. Orang-orang Islam dilarang daripada bersikap seperti orang-orang Yahudi yang mendengar perintah tetapi tidak mahu menurutnya. (Ayat:21)

3. Orang-orang yang mendengar seruan agama tetapi buat-buat tidak dengar diumpamakan dengan makhluk yang paling jelik iaitu makhluk yang tidak berakal, tuli dan bisu. (Ayat: 22)

4. Umat Islam hanya akan digeruni dan ditakuti pihak musuh dan akan mendapat pertolongan Allah jika mereka taat dan patuh, bersabar, beristiqamah dan berdisiplin. (Ayat: 46)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s