Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 33 – Surah al-Ahzab

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 1j 06m 41s ] – SURAH AL-AHZAAB – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/IbZBeOhaiKc ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 33 – SURAH AL-AHZAAB

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:23 – Mesej Utama

2- 06:58 – Zaman Diturunkan

3- 19:47 – Kesinambungan Surah Al-Ahzaab Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 20:50 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 20:53 – A. Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya menghadapi keadaan yang sangat sukar dan mencabar ketika berlaku peperangan Ahzaab

6- 26:49 – B. Permulaan dan akhir surah

7- 28:34 – “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan” (Ayat 72)’

8- 37:38 – c. Di dalam surah ini perkataan “saadatana” (ketua-ketua kita), “kubaraa’ana” (pembesar-pembesar kita) digunakan untuk pemimpin-pemimpin kafir, musyrik dan munafiq yang merupakan ahli neraka

9- 39:24 – d. Hukum-hukum politik dan kepimpinan orang musyrik, kafir dan munafiq

10- 40:00 – e. Perkaitan tiga ayat yang dimulakan dengan haraf “lam” dengan amanah

11- 43:17 – f. Gangguan orang-orang munafiq 

2- 53:04 – g. Perbandingan di antara para Sahabat yang ikhlas dan golongan munafiq

13- 53:37 -h. Hukum-hukum kekeluargaan

14- 55:59 – i. Hukum-hukum pergaulan

15- 01:03:35 – j. Hukum-hukum kemasyarakatan

SINOPSIS

                                     ==============================

                                         MESEJ UTAMA SURAH AL-AHZAAB

                                     ==============================

1. Tinggalkan kekufuran dan kemunafikan (dalam keadaan menyedari tanggungjawab dan amanah).

2. Laksanakanlah hukum-hakam Islam dengan ikhlas; baik yang berkaitan kekeluargaan, kemasyarakatan, ketenteraan, pemerintahan dan lain-lain.

                              ================================

                                 PENGAJARAN DARI SURAH AL-AHZAAB

                              ================================

1. Allah memerintahkan kepada nabi-Nya supaya tidak tunduk kepada orang-orang kafir Quraisy dan sekutu-sekutunya (yang datang sebagai musuh dari luar) dan tidak mengalah kepada musuh-musuh dalaman yang terdiri daripada golongan munafiqin. Allah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat supaya bertawakkal kepada-Nya dalam menghadapi saat-saat getir.

2. Amanah sebenarnya adalah satu tanggungjawab besar dan satu ujian kepada manusia; golongan shadiqin menyempurnakan tuntutan amanah apabila memegangnya sementara golongan kafir, musyrikin dan munafiqin pula bertindak zalim, dan berkelakuan seperti orang jahil apabila memegangnya.

3. Orang-orang Islam hendaklah memilih jalan sederhana dalam kehidupan berkeluarga, setiap anggota keluarga hendaklah meletakkan negeri akhirat di hadapannya.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 33 – al-Ahzab

Leave a comment