Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 37 – Surah as-Shaffat

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 26s ] – SURAH AS-SHAFFAT – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/L7ntcw0VYcc ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 37 – SURAH AS-SHAFFAT

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:25 – Mesej Utama

2- 01:41 – Zaman Diturunkan

3- 02:48 – Antara Ciri Khusus Surah As-Shaffat

4- 04:20 – Perkaitan Surah As-Shaffat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 06:36 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

6- 06:39 – a. Kepercayaan orang-orang musyrikin Mekah bahawa malaikat adalah anak-anak perempuan Allah ditolak di dalam surah ini.

7- 09:53 – b. Surah ini juga membuktikan benarnya  aqidah tauhid bahawa para malaikat tidak berkongsi dengan Allah dalam sifat uluhiyyah-Nya.

8- 10:52 – c. Menggunakan perkataan “fastaftihim”, pegangan dan kepercayaan orang-orang musyrikin dibantah.

9- 12:22 – d. Tuduhan orang-orang musyrikin Mekah terhadap Rasulullah s.a.w.

10- 12:31 – e. Di dalam surah ini sebanyak 5 kali digunakan lafaz “mukhlasin”, `ibadallah, para nabi itu “mukhlis” dan juga “mukhlas”.

11- 13:30 – f. Perkataan “muhsinin” pula digunakan sebanyak 4 kali didalam surah ini untuk menunjukkan para nabi adalah penda`wah.

12- 14:30 – g. Perkataan “al-mukminin” digunakan sebanyak 4 kali didalam surah ini.

13- 15:08 – h. Di dalam surah ini perkataan “salam” digunakan sebanyak 5 kali.

SINOPSIS

                                 ================================

                                       MESEJ UTAMA SURAH AS-SAFFAT

                                 ================================

1. Para malaikat bukan anak-anak perempuan Allah, bahkan mereka adalah hamba-hamba Allah yang sentiasa bertasbih kepada-Nya.

2. Para nabi dan rasul semuanya ikhlas, mu’min dan muhsin.

3. Penghargaan dan sanjungan terhadap khidmat mereka dalam menyampaikan ajaran tauhid yang murni dan kepercayaan kepada hari akhirat.

4. Seruan supaya menerima tauhid yang murni.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 37 – As-Shaffat

Leave a comment