Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 42 – Surah asy-Syuura

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 50m 17s ] – SURAH ASY-SYUURA – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Vrc5VLTZCOI ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 42 – ASY-SYUURA

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN
 

1- 00:47 – Mesej Utama

2- 02:15 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya

3- 15:44 – Perkaitan Surah Asy-Syuura Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 20:45 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 20:48 – a. Melalui perkataan “kazaalika” dijelaskan bahawa kerasulan dan kenabian Muhammad s.a.w. adalah seperti kerasulan dan kenabian para nabi dan rasul terdahulu

6- 25:58 – b. Di dalam surah ini dijelaskan 3 cara wahyu disampaikan kepada para rasul

7- 32:32 – c. Orang-orang yang menegakkan benang basah ketika berbincang tentang zat Allah

8- 34:01 – d. Melalui perkataan”aulia’”, syirik dalam “walayah” beberapa kali ditolak

9- 36:40 – e. Perkataan “istijaabah” beberapa kali digunakan

10- 37:35 – f. Di dalam surah ini dibuat perbandingan di antara dua syariat, yang pertama ialah syari’at Allah dan yang kedua ialah syari’at dan undang-undang rekaan manusia

11- 46:08 – g. Erti menegakkan agama ialah melaksanakan syari’at Allah

12- 48:27 – h. Di dalam surah ini dikemukakan satu prinsip yang paling penting iaitu sama ada untuk dunia atau akhirat

13- 49:33 – i. Di dalam surah ini juga dinyatakan bahawa orang-orang yang diberikan rezeki yang sedikit juga tidak terlepas daripada hikmat kebijaksanaan Allah

SINOPSIS

                                           ================================

                                             MESEJ UTAMA SURAH ASY-SYUURA

                                          ================================

Tegakkanlah sistem kemasyarakatan Islam berpandukan wahyu.

                             ===============================================

                            LATARBELAKANG PENURUNAN SURAH ASY-SYUURA

                              ===============================================

Surah ini adalah sebagai surah selamat tinggal kepada kehidupan Mekah dan sebenarnya pendahuluan kepada tertegaknya negara Islam di Madinah. Di dalamnya diberikan bimbingan-bimbingan dan arahan-arahan untuk melaksanakan syari’at Allah, menegakkan agama dan melaksanakan sistem syura demi mencapai keadilan kemasyarakatan dalam negara Islam. Surah ini menjelaskan tauhid “hakimiyyah” setelah dibuat perbandingan di antara syari’at Allah dan undang-undang rekaan manusia.

                           =================================================

                                           PENGAJARAN DARI SURAH ASY-SYUURA

                           ==================================================

1. Umat Islam hendaklah menegakkan sebuah negara Islam berasaskan syura untuk membasmi dan menghapuskan musuh-musuh Allah.

2. Allah adalah wali bagi segala-galanya; Dialah yang melindungi dan menjaga segala-galanya.

3. Sama ada untuk dunia atau akhirat, manusia memerlukan kegigihan untuk mencapainya. Orang yang bertungkus lumus hendak mendapatkan dunia sahaja tidak akan mendapat apa-apa di akhirat. Orang Islam yang baik ialah orang yang gigih dalam usahanya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 42 – asy-Syuura

Leave a comment