Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 42 – Surah as-Syura

VIDEO – SURAH ASY-SYUURA – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:47 – Mesej Utama

2- 02:15 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya

3- 15:44 – Perkaitan Surah As Syuura Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 20:45 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 20:48 – A. Melalui perkataan “kazaalika” dijelaskan bahawa kerasulan dan kenabian Muhammad s.a.w. adalah seperti kerasulan dan kenabian para nabi dan rasul terdahulu.

6- 25:58 – B. Di dalam surah ini dijelaskan 3 cara wahyu disampaikan kepada para rasul.

7- 32:32 – C. Orang-orang yang menegakkan benang basah ketika berbincang tentang zat Allah

8- 34:01 – D. Melalui perkataan”aulia’”, syirik dalam walayah beberapa kali ditolak.

9- 36:40 – E. Perkataan “istijaabah” beberapa kali digunakan

10- 37:35 – F. Di dalam surah ini dibuat perbandingan di antara dua syariat, yang pertama ialah syari’at Allah dan yang kedua ialah syari’at dan undang-undang rekaan manusia.

11- 46:08 – G. Erti menegakkan agama ialah melaksanakan syari’at

12- 48:27 – H. Di dalam surah ini dikemukakan satu prinsip yang paling penting iaitu sama ada untuk dunia atau akhirat.

13- 49:33 – I. Di dalam surah ini juga dinyatakan bahawa orang-orang yang diberikan rezeki yang sedikit juga tidak terlepas daripada hikmat kebijaksanaan Allah.

SINOPSIS

================================

MESEJ UTAMA SURAH ASY-SYUURA

================================

Tegakkanlah sistem kemasyarakatan Islam berpandukan wahyu. ==========================================

LATARBELAKANG PENURUNAN SURAH AS-SYUURA

==========================================

Surah ini adalah sebagai surah selamat tinggal kepada kehidupan Mekah dan sebenarnya pendahuluan kepada tertegaknya negara Islam di Madinah. Di dalamnya diberikan bimbingan-bimbingan dan arahan-arahan untuk melaksanakan syari’at Allah, menegakkan agama dan melaksanakan sistem syura demi mencapai keadilan kemasyarakatan dalam negara Islam. Surah ini menjelaskan tauhid hakimiyyah setelah dibuat perbandingan di antara syari’at Allah dan undang-undang rekaan manusia.

=================================================

PENGAJARAN DARI SURAH ASY-SYUURA

==================================================

1. Umat Islam hendaklah menegakkan sebuah negara Islam berasaskan syura untuk membasmi dan menghapuskan musuh-musuh Allah.

2. Allah adalah wali bagi segala-galanya; Dialah yang melindungi dan menjaga segala-galanya.

3. Samada untuk dunia atau akhirat, manusia memerlukan kegigihan untuk mencapainya. Orang yang bertungkus lumus hendak mendapatkan dunia sahaja tidak akan mendapat apa-apa di akhirat. Orang Islam yang baik ialah orang yang gigih dalam usahanya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s