Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 48 – Surah al-Fath

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 31m 56s ] – SURAH AL-FATH – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/eXNFWcpPsKw ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 48 – SURAH AL-FATH

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:39 – Mesej Utama

2- 01:37 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya

3- 02:12 – a. Perang Ahzaab

4- 03:43 – b. Mimpi Rasulullah s.a.w.

5- 12:38  – c. Bai`ah Ridhwan

6- 13:42 – d. Perjanjian Hudaibiyah

7- 17:35 – e. Penguasaan dan penaklukan Khaibar

8- 18:37 – f. `Umrah al Qadha’

9- 19:06 – g. Pembukaan Mekah

10- 20:21 – Kelebihan Surah Al-Fath

11- 22:23 – Kesinambungan Surah Al-Fath Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

12- 24:49 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

13- 24:52 – a. Di dalam surah ini sebanyak dua kali orang-orang Islam diingatkan bahawa kemenangan dan pertolongan itu datangnya daripada Allah

14- 25:05 – b. Orang-orang munafiq yang buruk sangka terhadap Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat yang ikhlas telah diberi peringatan sebanyak dua kali

15- 25:42 – c. Berita gembira akan mendapat kemenangan untuk orang-orang Islam

16- 26:54 – d. Orang-orang yang tidak ikut serta mengerjakan `ibadat `umrah bersama Rasulullah s.a.w. disebutkan sebagai “mukhallafun” (orang-orang yang ketinggalan di belakang)

17- 29:01 – e. Para Sahabat yang ikhlas yang telah berbai`ah di bawah pokok (dalam Bai`ah Ridhwan) telah diberikan gelaran “radiallahu anhum”

18- 29:27 – f. Perjanjian Hudaibiyah yang telah berlaku di antara orang-orang Islam dengan orang-orang Quraisy

SINOPSIS

                                             ===========================

                                                MESEJ UTAMA SURAH AL-FATH

                                             ===========================

Berita gembira untuk orang-orang Islam bahawa selepas perjanjian Hudaibiyah mereka akan mendapat banyak kemenangan dan harta kekayaan.

============================================

 KELEBIHAN DAN PENGAJARAN DARI SURAH AL-FATH            ============================================

1. Surah al-Fath lebih disayangi Rasulullah s.a.w daripada dunia dan segala ni’matnya.

2. Sifat orang-orang mukmin yang sebenar ialah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu tentang kebenaran Islam lalu sanggup berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raganya.

3. Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir Quraisy dianggap oleh sesetengah pihak sebagai perjanjian yang tidak menguntungkan orang-orang Islam sehinggakan sebahagian dari mereka tidak berpuas hati dengannya. Tetapi kemudiannya Allah menurunkan “sakiinah” kepada mereka.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 48 – al-Fath  

Leave a comment