Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 50 – Surah Qaf

VIDEO – SURAH QAF – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:45 – Mesej Utama

2- 04:12 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya

3- 02:54 – Kelebihan Surah Qaf

4- 04:12 – Perkaitan Surah Qaf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 05:51 – Hizb Terakhir

6- 09:49 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

7- 10:46 – A. Di dalam surah ini dikemukakan beberapa kritikan dan bantahan orang-orang musyrikin Mekah terhadap al-Qur’an

8- 11:03 – B. Di dalam surah ini disebutkan sifat-sifat pemimpin-pemimpin musyrikin Mekah.

9- 11:51 – C. Sebagai perbandingan, dikemukakan pula sifat-sifat Rasulullah s.a.w.

10- 12:19 – D. Di dalamnya juga tersebut kelebihan-kelebihan dan keutamaan-keutamaan Rasulullah s.a.w, serta para Sahabatnya.

11- 12:58 – E. Di dalam surah ini, kepentingan dan keistimewaan “qalb munib” ditonjolkan

12- 13:53 – F. Empat dalil membuktikan kebenaran akhirat dikemukan di dalam surah ini

13- 29:39 – G. Sejarah kebinasaan bangsa-bangsa dijadikan sebagai dalil bagi adanya pembalasan dan hukuman diakhirat

14- 25:16 H.Dalil-dalil akhirat

15- 25:59 I. Di dalam surah ini, sifat ilmu Allah diperjelaskan dengan berbagai cara

SINOPSIS

=====================

MESEJ UTAMA SURAH QAF

=====================

1. Dalil-dalil aqli dan dalil-dalil daripada sejarah tentang pendustaan terhadap rasul-rasul dan adanya hari akhirat yang ditujukan kepada pimpinan Quraisy (yang tidak percayakan akhirat dan tidak percayakan Nabi Muhammad).

2. Perintah supaya Rasulullah s.a.w bersabar, bertasbih, bertahmid dan bersolat di samping mengingatkan manusia (dengan al-Quran) tentang hal-ehwal syurga dan neraka.

==================

KELEBIHAN SURAH QAF

==================

Rasulullah s.a.w selalu mambacanya dalam sembahyang dau hari raya, sembahnyang Jumaat dan sembahyang maghrib.

===================

TEMA UTAMA SURAH QAF

===================

1. Sifat -sifat pemimpin Musyrikin Mekah,

a. Sangat tidak bersyukur

b. Sangat degil dan keras kepala terhadap kebenaran.

c. Sangat suka mencegah orang daripada kebaikan

d. Berada dalam keraguan

e. Musyrik

2. Keutamaan-keutamaan Rasulullah s.a.w serta para sahabatnya.

a. Orang-orang yang bertakwa

b. Orang yang suka merujuk kepada Allah

c. Sangat menjaga hak-hak dan tanggungjawab

d. Takut kepada Allah walaupun tidak melihatNya.

e. Mempunyai hati yang menghadap Allah

f. Penyabar, suka memuji Allah dan bertasbih kepadaNya.

g. Mengingatkan orfang ramai dan menasihati mereka dengan al-Quran ketika berda’wah dan menyampaikan agama.

3. Kewujudan hari akhirat dibuktikan dengan dalil naqli bahawa tuhan yangh telah menciptakan buat kali pertama, kenapa tidak mungkin menciptanya buat kali kedua?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s