Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 49 – Surah al-Hujurat

VIDEO – SURAH AL-HUJURAAT – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:57 – Mesej Utama

2- 02:08 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya

3- 02:45 – Perkaitan Surah Al Hujurat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 03:31 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 03:34 – A. Di dalam surah ini orang-orang Islam yang mentah dan orang-orang munafiq diseru sebanyak lima kali dengan lafaz يا أيها الذين آمنوا 

6- 04:27 – B. Orang-orang Islam dinasihatkan supaya tidak terus menerima berita daripada orang fasiq.

7- 04:54 – C. Firman Allah إنما المؤمنون إخوة yang terdapat di dalam surah ini menjelaskan kepada umat Islam tentang persaudaraan sejagat mereka.

D. Orang-orang Islam dilarang mengumpat sesama Islam

E. Firman Allah إنما أكرمكم عند الله أتقاكم menjelaskan bahawa orang yang mulia dan terhormat di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang lebih ketaqwaannya.

F. Lima sifat orang-orang mu’min yang sebenar disebutkan di dalam surah ini.

SINOPSIS:

================================

MESEJ UTAMA SURAH AL-HUJURAAT

================================

Di samping sentiasa menjaga diri daripada sifat-sifat nifaq, kamu hendaklah sentiasa menunaikan hak-hak Allah, hak-hak nabi Muhammad dan hak-hak orang Islam yang lain.

======================================

PENGAJARAN DARI SURAH AL-HUJURAAT

======================================

1. Mengikhlaskan amalan bererti meninggalkan sifat nifaq, tidak mendahului (mengenepikan) Allah dan Rasul atau Kitab dan Sunnah, menjaga hak-hak Allah, menjaga hak-hak Rasulullah dan menjaga hak-hak sesama Islam di samping mempunyai akhlak yang mulia.

2. Orang-orang Islam dinasihatkan supaya tidak terus menerima berita daripada orang fasiq, tetapi hendaklah menyelidikinya terlebih dahulu. Jangan bertindak secara gopoh berdasarkan cerita orang fasiq untuk mengelakkan dari menyesal kemudiannya.

3. Persaudaraan Islam adalah tidak berasaskan warna kulit, keturunan, keluarga dan negara, malah ianya terjalin hasil daripada beriman kepada Allah dan Rasul.

4. Perbuatan mengumpat diibaratkan sebagai memakan daging saudara yang sudah mati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s