Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 65 – Surah at-Thalaq

VIDEO – [Durasi – 22m 59s ] – SURAH AT-THALAQ – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 65 – SURAH AT-THALAQ

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:46 – Mesej Utama
2- 01:51 – Zaman Diturunkan
3- 02:58 – Perkaitan Surah Al Thalaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 06:15 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 06:18 – a. Hukum-hukum syari`at Allah
6- 07:12 – b. Hukum-hukum “takwini” (di alam semesta).
7- 09:38 – c. Di dalam surah ini, perkataan taqwa disebutkan dalam 5 ayat
8- 10:25 – d. Di dalam surah ini disebutkan 6 faedah taqwa.
9- 10:29  – (i) Ayat 2 – وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
10- 13:32 – (ii) Ayat 3 – وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ
11- 13:57 – (iii) Ayat 4 – وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
12- 14:40 – (iv) Ayat 5 – وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ
13- 14:49 – (v) Ayat 5 – وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرً
14- 14:55 – (vi) Ayat 10 – فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ
SINOPSIS
=============================
MESEJ UTAMA SURAH AT-THALAQ
==============================
1. Jika berlaku perselisihan pendapat dan perbalahan dalam rumahtangga adalah perlu dijaga batas-batas yang ditentukan Allah dan bertaqwa, jika tidak, azab Allah akan menimpa.
================================
PENGAJARAN DARI SURAH AT-THALAQ
================================
1. Untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan masyarakat Islam, umat Islam hendaklah mengikut al-Quran dan as-Sunnah dengan penuh keikhlasan.
2. Seseorang perlu tetap menjaga batas-batas yang ditentukan Allah walaupun timbul rasa benci terhadap isteri atau suami.
3. Kestabilan dan keharmonian sistem kekeluargaan banyak bergantung kepada sejauh mana suami-isteri bertaqwa kepada Allah dan beriltizam dengan ketetapan-ketetapan-Nya.
Faedah-faedah taqwa:
a) mendapat jalan keluar bagi segala persoalan yang dihadapi
b) mendapat rezeki dari punca yang tidak disangka-sangka
c) Allah akan memudahkan segala urusan seseorang
d) Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan yang dilakukan
e) mendapat pahala yang besar
f) taqwa adalah bukti kecerdikan dan kebijaksanaan seseorang

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 65 – at-Thalaq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s