Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 96 – Surah al-`Alaq

VIDEO – SURAH AL-‘ALAQ – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:50 – Mesej Utama

2- 02:27 – Zaman Diturunkan

3-  03:44 – Ciri Khusus Surah Al-`Alaq

4- 06:23 – Perkaitan Surah Al-`Alaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 09:46 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

6- 09:49 – A. Menyatakan perbezaan di antara kepimpinan orang mu’min

7- 10:10 – B. Di dalam surah Al -Alaq ini dinyatakan beberapa sifat pemimpin mu’min

8- 10:59 – C. Surah Al -Alaq juga menyatakan beberapa sifat pemimpin thaghut.

SINOPSIS

======================================

MESEJ UTAMA SURAH AL-‘ALAQ

======================================

1. Surah ini menyatakan sifat-sifat Allah sebagai Pencipta.

2. Ber”taqarrub”lah (dekatkanlah) kepada Allah dengan melakukan ibadat dan ketaatan kepadaNya dan elakkanlah diri daripada pemimpin yang derhaka.

======================================

PENGAJARAN DARI SURAH AL-‘ALAQ

======================================

1. Umat Islam diperintahkan supaya tidak mentaati Thaghut sebaliknya patuh dan taat kepada Allah dengan ber”taqarrub” kepadanya.

2. Dalam menghadapi kuasa Thaghut, para pendakwah perlu mengadakan hubungan yang kukuh dengan Allah dengan cara beribadat dan banyak bersujud kepadaNya Di antara sifat pemimpin mukmin ialah,

a. Ia berada di atas petunjuk Islam,

b. Sentiasa mengadakan hubungan yang erat dengan Allah melalui shalat,

c. Menyeru manusia kepada ketakwaan dan penyucian jiwa dan berdakwah kepada ajaran-ajaran Islam.

Di antara sifat pemimpin Thaghut ialah,

a. Derhaka kepada Allah dan melampaui batas,

b. Tidak berasa bertanggungjawab kepada sesiapapun di atas perbuatannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s