7- 06:37 – c. Ayat 20, maksud perkataan “aayaat” di dalam ayat ini ialah dalil-dali bagi adanya balasan baik dan buruk
8- 07:11 – d. Beberapa ayat dalam surah ini dimulakan dengan perkataan “wa fi”
9- 13:33 – e. Dalil “anfusi” bagi adanya hari akhirat.
SINOPSIS
==================================
MESEJ UTAMA SURAH AZ-DZARIYAAT
==================================
1. Balasan baik dan buruk pada hari kiamat pasti akan berlaku.
2. Percayalah akan adanya hari kiamat berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran.
======================================
TEMA UTAMA SURAH AZ-DZARIYAAT
======================================
1. Pada diri manusia sendiri terdapat dalil tentang adanya balasan baik dan buruk. Hati kecil manusia menerima ada baik dan buruk, oleh itu ianya tidak teragak-agak untuk menerima adanya balasan baik dan buruk.
2. Apa yang berlaku kepada Kaum Tsamud, Kaum ‘Aad dan kaum Nabi Nuh yang derhaka adalah bukti dari sejarah tentang adanya balasan baik dan buruk.
3- 02:45 – Perkaitan Surah Al Hujurat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 03:31 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 03:34 – a. Di dalam surah ini orang-orang Islam yang mentah dan orang-orang munafiq diseru sebanyak lima kali dengan lafaz يا أيها الذين آمنوا
6- 04:27 – b. Orang-orang Islam dinasihatkan supaya tidak terus menerima berita daripada orang fasiq
7- 04:54 – c. Firman Allah إنما المؤمنون إخوة yang terdapat di dalam surah ini menjelaskan kepada umat Islam tentang persaudaraan sejagat mereka
d. Orang-orang Islam dilarang mengumpat sesama Islam
e. Firman Allah إنما أكرمكم عند الله أتقاكم menjelaskan bahawa orang yang mulia dan terhormat di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang lebih ketaqwaannya
f. Lima sifat orang-orang mu’min yang sebenar disebutkan di dalam surah ini.
SINOPSIS
==================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-HUJURAAT
==================================
Di samping sentiasa menjaga diri daripada sifat-sifat nifaq, kamu hendaklah sentiasa menunaikan hak-hak Allah, hak-hak Nabi Muhammad dan hak-hak orang Islam yang lain.
======================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-HUJURAAT
======================================
1. Mengikhlaskan amalan bererti meninggalkan sifat nifaq, tidak mendahului (mengenepikan) Allah dan Rasul atau Kitab dan Sunnah, menjaga hak-hak Allah, menjaga hak-hak Rasulullah dan menjaga hak-hak sesama Islam di samping mempunyai akhlak yang mulia.
2. Orang-orang Islam dinasihatkan supaya tidak terus menerima berita daripada orang fasiq, tetapi hendaklah menyelidikinya terlebih dahulu. Jangan bertindak secara gopoh berdasarkan cerita orang fasiq untuk mengelakkan dari menyesal kemudiannya.
3. Persaudaraan Islam adalah tidak berasaskan warna kulit, keturunan, keluarga dan negara, malah ianya terjalin hasil daripada beriman kepada Allah dan Rasul.
4. Perbuatan mengumpat diibaratkan sebagai memakan daging saudara yang sudah mati.
15- 25:59 i. Di dalam surah ini, sifat ilmu Allah diperjelaskan dengan berbagai cara
SINOPSIS
=====================
MESEJ UTAMA SURAH QAF
=====================
1. Dalil-dalil aqli dan dalil-dalil daripada sejarah tentang pendustaan terhadap rasul-rasul dan adanya hari akhirat yang ditujukan kepada pimpinan Quraisy (yang tidak percayakan akhirat dan tidak percayakan Nabi Muhammad).
2. Perintah supaya Rasulullah s.a.w bersabar, bertasbih, bertahmid dan bersolat di samping mengingatkan manusia (dengan al-Quran) tentang hal-ehwal syurga dan neraka.
==================
KELEBIHAN SURAH QAF
==================
Rasulullah s.a.w selalu mambacanya dalam sembahyang dua hari raya, sembahnyang Jumaat dan sembahyang maghrib.
===================
TEMA UTAMA SURAH QAF
===================
1. Sifat -sifat pemimpin Musyrikin Mekah,
a. Sangat tidak bersyukur
b. Sangat degil dan keras kepala terhadap kebenaran
c. Sangat suka mencegah orang daripada kebaikan
d. Berada dalam keraguan
e. Musyrik
2. Keutamaan-keutamaan Rasulullah s.a.w serta para Sahabatnya.
a. Orang-orang yang bertaqwa
b. Orang yang suka merujuk kepada Allah
c. Sangat menjaga hak-hak dan tanggungjawab
d. Takut kepada Allah walaupun tidak melihat-Nya.
e. Mempunyai hati yang menghadap Allah
f. Penyabar, suka memuji Allah dan bertasbih kepada-Nya.
g. Mengingatkan orang ramai dan menasihati mereka dengan al-Quran ketika berda’wah dan menyampaikan agama.
3. Kewujudan hari akhirat dibuktikan dengan dalil naqli bahawa tuhan yang telah menciptakan buat kali pertama, kenapa tidak mungkin menciptanya buat kali kedua?
11- 22:23 – Kesinambungan Surah Al-Fath Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
12- 24:49 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
13- 24:52 – a. Di dalam surah ini sebanyak dua kali orang-orang Islam diingatkan bahawa kemenangan dan pertolongan itu datangnya daripada Allah
14- 25:05 – b. Orang-orang munafiq yang buruk sangka terhadap Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat yang ikhlas telah diberi peringatan sebanyak dua kali
15- 25:42 – c. Berita gembira akan mendapat kemenangan untuk orang-orang Islam
16- 26:54 – d. Orang-orang yang tidak ikut serta mengerjakan `ibadat `umrah bersama Rasulullah s.a.w. disebutkan sebagai “mukhallafun” (orang-orang yang ketinggalan di belakang)
17- 29:01 – e. Para Sahabat yang ikhlas yang telah berbai`ah di bawah pokok (dalam Bai`ah Ridhwan) telah diberikan gelaran “radiallahu anhum”
18- 29:27 – f. Perjanjian Hudaibiyah yang telah berlaku di antara orang-orang Islam dengan orang-orang Quraisy
SINOPSIS
===========================
MESEJ UTAMA SURAH AL-FATH
===========================
Berita gembira untuk orang-orang Islam bahawa selepas perjanjian Hudaibiyah mereka akan mendapat banyak kemenangan dan harta kekayaan.
============================================
KELEBIHAN DAN PENGAJARAN DARI SURAH AL-FATH ============================================
1. Surah al-Fath lebih disayangi Rasulullah s.a.w daripada dunia dan segala ni’matnya.
2. Sifat orang-orang mukmin yang sebenar ialah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu tentang kebenaran Islam lalu sanggup berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raganya.
3. Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir Quraisy dianggap oleh sesetengah pihak sebagai perjanjian yang tidak menguntungkan orang-orang Islam sehinggakan sebahagian dari mereka tidak berpuas hati dengannya. Tetapi kemudiannya Allah menurunkan “sakiinah” kepada mereka.
3- 16:30 – Tiga Surah Madaniyyah Selepas Surah-surah Yang Dimulakan Dengan “Ha Mim”
4- 17:42 – Perkaitan Surah Muhammad Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 14:53 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah Muhammad
6- 14:55 – a. Di dalam surah ini terdapat perbandingan di antara dua pasukan yang bersedia untuk berperang
7- 24:56 – b. Kepada orang-orang Islam diberitahu bahawa “maula” (penolong, pelindung, pembantu dan penjaga) mereka adalah Allah
8- 25:16 – c. Di dalamnya disebutkan tentang sunnatullah dalam membinasakan bangsa-bangsa dan umat manusia di dunia.
d. Halangan paling besar di jalan jihad ialah sifat bakhil dan kedekut
9- 30:00 – e. Taqwa adalah syarat utama untuk mencapai kejayaan dalam jihad
10- 30:50 – f. Tentang golongan munafiqin yang tidak senang dengan al Qur’an
11- 31:02 – g. Aktiviti-aktiviti dan perancangan jahat orang-orang munafiq
SINOPSIS
===========================================
MESEJ UTAMA SURAH MUHAMMAD (AL-QITAAL)
===========================================
Untuk mendapat kejayaan dunia akhirat, berjihad dengan harta benda (infaq) dan jiwa raga di jalan Allah adalah suatu kemestian.
============================================
TEMA UTAMA SURAH MUHAMMAD (AL-QITAAL)
===========================================
1. Orang-orang Islam diberitahu bahawa “maula” (pelindung, pembantu dan penjaga) mereka adalah Allah. Oleh itu mereka tidak perlu gentar dalam menghadapi musuh, meskipun bilangan mereka sedikit kerana akhirnya mereka akan mendapat kemenangan.
2. Halangan paling besar di jalan jihad ialah sifat bakhil dan kedekut. Bangsa-bangsa yang bakhil dan kedekut tidak dapat bertahan lama di medan perang.
3. Taqwa adalah syarat utama untuk mencapai kejayaan di dalam jihad
3- 14:11 – Kesinambungan Surah Al-Ahqaaf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 18:31 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 18:34 – a. Di dalam surah al Ahqaaf terdapat tema-tema yang membuktikan kebenaran ajaran tauhid
6- 21:06 – b. Surah ini termasuk dalam satu surah “jalaliyyah”
7- 27:06 – c. Manusia dipermalukan apabila dikatakan golongan jin lebih baik daripada mereka
8- 28:36 – d. Beberapa keistimewaan al-Qur’an dan seruan tauhidnya
9- 38:23 – e. Beberapa sikap orang-orang musyrikin Mekah
10- 47:02 – f. Di dalam surah al-Ahqaaf juga dinyatakan sebab-sebab utama bagi kebinasaan bangsa-bangsa
SINOPSIS
=============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-AHQAAF
=============================
Setelah percaya kepada al-Quran yang diturunkan oleh tuhan al-‘Azizul Hakiim dan mendapat pengajaran daripada akibat buruk yang menimpa kaum ‘Aad yang musyrik, kamu hendaklah menjadi penda’wah kepada al-Quran sepertimana sikap golongan jin yang berakidah tauhid.
=============================
TEMA UTAMA SURAH AL-AHQAAF
=============================
1. Kesombongan dan takabbur adalah penghalang yang paling besar kepada orang-orang musyrikin dari memeluk agama Islam dan sebagai balasannya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
2. Sebab-sebab utama bagi kebinasaan bangsa-bangsa:
a) Kerana kefasiqan mereka dengan menderhakai Allah dan melakukan perbuatan keji
b) memuja tuhan ciptaan mereka sendiri
c) kerana tidak mempercayai ayat-ayat Allah (sebagaimana yang menimpa kaum ‘Aad).
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 45 – SURAH AL-JAATHIYAH
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:35 – Mesej Utama
2- 06:03 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya
3- 10:35 – Kesinambungan Surah Al-Jaatsiyah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 11:13 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 11:15 – a. Di dalam surah ini dua kali disebutkan “al `Aziz al Hakim” sebagi sifat Allah
6- 11:29 – b. Tujuan diturunkan al Qur’an
7- 12:01 – c. Salah satu tujuan kejadian langit dan bumi
8- 12:17 – d. Beberapa dalil tauhid telah dikemukan
9- 13:19 – e. Beberapa kesalahan berat orang-orang musyrikin
Nota Tambahan:
05:17 Atsar Sayyidina `Uthman r.a.: فهذا أثر معروف عن عثمان -رضي الله عنه-، وثابت عن عثمان بن عفان الخليفة الراشد الثالث -رضي الله عنه-، ويروى عن عمر أيضاً -رضي الله عنه-: إن الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن
SINOPSIS
================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-JAATHIYAH
================================
1. Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-‘Aziz Al-Hakiim) telah menjadikan alam semesta ini mempunyai tujuan tersendiri.
2. Untuk menerangkan tujuan itu, dalil-dalil al-Quran dikemukakan.
3. Oleh itu kamu hendaklah beriman kepada seruan tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat yang dibawanya.
4. Hindarilah daripada pemujaan dunia dan hawa nafsu.
======================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-JAATHIYAH
======================================
Beberapa kesalahan berat orang-orang musyrikin Mekah:
a) Percaya bahawa ada tuhan selain Allah sebagai pelindung, penolong dan penyelamat.
b) Walaupun telah menerima seruan tauhid, mereka terus menunjukkan sikap takabbur dan sombong terhadap ayat-ayat tuhan.
c) Mereka tidak yakin terhadap hari akhirat.
d ) Mereka berhujjah, “Cuba kamu hidupkan kembali nenek moyang kita yang telah mati” (Ayat 25)
e) Mereka leka dan lalai terhadap pertemuan manusia dan tuhan di akhirat kelak.
f) Mereka menjadikan hawa nafsu sebagai “ilah” (tuhan yang ditaati dan diturut kehendak-Nya).
g) Ada di kalangan mereka golongan “dahriyyah” (atheis) yang betul-betul memuja dunia.
3- 07:29 – Perkaitan Surah Ad-Dukhan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 08:57 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 09:00 – a. Di dalam surah ad-Dukhan, al-Qur’an dikatakan sebagai “kitab mubin” (kitab yang jelas)
6- 09:26 – b. Tuduhan orang-orang Quraisy bahawa Rasulullah s.a.w. gila, dirasuk dan diajar oleh pihak tertentu.
7- 10:33 – c. Awal-awal lagi seruan al-Qur’an kepada tauhid uluhiyyah dikemukakan.
8- 11:14 – d. Di dalam ayat ke 9, dinyatakan keraguan orang-orang Quraisy dengan menggunakan perkataan “imtira’ ”
9- 11:40 -e. Antara jenayah yang dilakukan oleh Fira`aun ialah sikapnya yang bermaharajalela di muka bumi.
10- 12:17 – f. Kisah bagaimana Bani Israil terselamat daripada kezaliman Fira`aun dikemukakan.
11- 12:27 – g. Salah satu sifat Allah dikemukakan bahawa Dia menghukum orang-orang yang zalim
12- 12:36 – h. Di dalam surah ini, orang-orang Quraisy diberi amaran sebanyak 2 kali menggunakan perkataan “fartaqib” (Tunggulah).
13- 13:10 – i. Pada hari kiamat nanti, langit akan kembali menjadi asap.
SINOPSIS
================================
MESEJ UTAMA SURAH AD-DUKHAAN
================================
1. Balasan buruk yang akan diterima oleh orang-orang yang menolak seruan al-Quran dan mengingkari aqidah tauhid dan aqidah adanya hari akhirat ialah kebinasaan di dunia dan akan masuk neraka.
2. Demikian juga balasan kepada orang-orang yang mengikut jejak langkah Fir’aun yang memuja dunia dan mencari pengaruh dan kedudukan yang tinggi di muka bumi dengan jalan yang tidak benar.
3- 10:42 – Perkaitan Surah Az-Zukhruf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 11:27 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 11:31 – a. Qur’an disebutkan sebagai “kitab mubin” dan “zikr”
6- 11:50 – b. Rasulullah s.a.w. diarahkan supaya berpegang teguh dengan kitab itu
7- 12:19 – c. Orang-orang musyrikin Mekah mengkritik al Qur’an
8- 12:30 – d. Rasulullah s.a.w. dituduh sebagai tukang sihir
9- 12:43 – e. Di dalam surah ini dinyatakan bahawa hukuman Allah sangat dahsyat
10- 13:23 – f. Di dalam surah ini beberapa kali dikatakan Allah sebagai “khaliq”
11- 15:25 – g. Tiga orang nabi yang utama juga adalah pejuang ajaran tauhid
12- 16:06 – h. Di dalam surah ini terdapat penafian dan penolakan terhadap “shirk fizzat”
13- 16:36 – i. Orang-orang musyrikin Mekah memperolok-olokkan seruan Rasulullah s.a.w.
14- 16:48 – j. Di dalam surah ini, Rasulullah s.a.w. diberikan panduan dan Baginda juga diberi bermacam-macam “tasliah”.
SINOPSIS
================================
MESEJ UTAMA SURAH AZ-ZUKHRUF
================================
1. Hendaklah kamu menerima tuhan yang menguasai langit sebagai raja yang menguasai bumi.
2. Tauhid “Khaliqiah” dan tauhid “Rububiyyah” sahaja tidak memadai, manusia juga hendaklah menerima tauhid “uluhiyah” dan “ibadat” serta tauhid “hakimiyah”.
=================================================
TEMA UTAMA DAN PENGAJARAN DARI SURAH AZ-ZUKHRUF ==================================================
1. Adalah sunnatullah bahawa Allah membinasakan bangsa-bangsa dengan menghukum manusia yang tidak bersyukur dan orang-orang musyrik.
2. Kekuasaan mutlak (haakimiyyah) di alam semesta dan dalam membuat syariat hanya khusus kepada Allah.
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 45 – SURAH AL-JAATHIYAH